Kris berjalan menuju ke taman yang berhampiran dengan rumahnya.
"Kenapa kau perlu hadir dalam hidupku? Sudah lama aku padamkan memori aku tentang diri engkau."kata Kris sambil mengesat air matanya.
Flashback
"Awak abang nak ucapkan terima kasih sebab banyak bantu abang selama ni."kata Syad.
"No hal lah abang, lagi pun abangkan abang adik."kata Kris.
"Macam tu lah adik abang."kata Raja sambil mengosok kepala Kris.
"Abang sebelum abang habis sekolah adik nak cakap yang selama ni adik taruh perasaan terhadap abang. Walaupun hati adik terluka semasa bantu abang tetapi hati adik akan pulih semula semasa melihat abang tersenyum."kata Kris sambil menunduk memandang lantai. Raja terkejut dengan pengakuan Kris.
"Maafkan abang jikalau selama ini abang ada sakitkan hati adik. Abang hanya anggap adik sebagai adik abang sahaja tak lebih dari itu. Lagipun abang nak seorang yang matang untuk menjadi kekasih abang."kata Syad.
"Tak apa lah abang, adik kena balik ni ada hal kat rumah."kata Kris.
"Jalan elok-elok tau."kata Syad.
"Baik abang."kata Kris.
Sejak dari hari tu Syad makin menjauhkan diri dari Kris. Kris menjadi tertekan lalu pada suatu hari...
"Arghhh!!! Kenapa abang perlu jauhkan diri dari aku?😔😔😔 apa salah aku? Ke pasal aku luahkan perasaan aku pada dia???"kata Kris.
"Adik tolong belikan gula,bonda nak masak tapi gula dah habis."kata Puan Sofia a.k.a bonda Kris.
"Baik bonda"kata Kris.
Kris menghidupkan superbike yang dihadiahkan oleh ayahandanya semperna hari jadinya yang ke-14 lalu deruman superbikenya membelah jalan di kawasan perumahan itu. Semasa di selekoh ada kereta yang menuju dari arah bertentangan dengan superbike Kris. Kris tak sempat nak mengelak lalu berlaku perlanggaran yang teruk.
Kris koma selama 6 bulan dan wajahnya terpaksa dilakukan pembedahan kerana perlanggaran tersebut telah membuat wajah Kris teruk. Disebabkan kemalangan itu juga yang telah mengubah Kris dari seorang yang pendiam dan ulat buku kepada seorang yang berperwatakan nakal.
End flashback
________________________________________
" Assalammu'alaikum...." kata seseorang
"Wa'alaikumussalam, kejap kejap."kata Kris.
Kris terkejut setelah melihat siapa yang datang ke rumahnya. Siapa lagi kalau tak bukan lelaki yang dia cuba jauhi selama ini, iaitu Raja Muhammad Irsyaduddin bin Raja Rayyan Suhaimi.
"Cikgu buat apa dekat sini?"tanya Kris.
"Sepatutnya saya yang tanya apa yang awak buat dekat sini sebab kalau tak silap saya ni rumah Kristiana Nellya Kim binti Aizat Affendy Kim kan?"tanya Raja balik kepada Kris.
"Errkkkkk....."
"Kris!!! Siapa yang datang tuh???"tanya mama Kris lalu dia melangkah ke pintu rumah. "Eh?? Raja rupanya yang datang. Kenapa tak masuk je???" sambungnya lagi.
" Takpe lah aunty.Saya datang ni pon nak berjumpa dengan Kris aunty, boleh aunty tolong panggilkan Kris?"tanya Raja.
"EH??? Kenapa nak kena panggil Kris pulak, dekat depan kamu ni lah Kris. Ouh lupa pulak aunty, dulu aunty cuba call kamu tapi tak dapat. Kris dia kemalangan dulu,teruk jugaklah muka dia sebab terkena cermin kereta yang melanggar dia. Dia terpaksa membuat pembedahan di bahagian muka. Alhamdulillah, nasib baik peluang Kris untuk hidup masih ada..." kata mama Kris.
"Ouh..." kata Raja sambil memandang ke arah Kris. Terkejut melihat wajah Kris yang berbeza dengan dahulu. Sekarang ini wajah Kris lagi cantik dan comel dari dahulu.Dia terkejut dengan berita tentang kekasih hatinya yang selama ini dia menghilang. Dia bukannya sengaja tetapi masalah tentang keluarganya yang membuatkan dia terpaksa jauhkan diri dari Kris. Dia amat mencintakan Kris sejak dari dia mengenali Kris sebagai adik angkatnya, dia suka akan sikap Kris yang pemalu, lemah lembut, sayang akan haiwan dan satu lagi sikap yang dia tertarik adalah sikap baik hati Kris.
"Buat ape lagi tercegat depan pintu tu? meh la masuk." kata mama Kris.
"Baik aunty." kata Raja sambil melangkah masuk ke dalam rumah Kris. Sebentar tadi dia terkejut melihat rumah Kris yang besar dan dekorasi di dalamnya sungguh elegan dengan gaya seperti berkerabat diraja. Raja tidak pernah datang ke rumah Kris. Bagaimana dia boleh berkenalan dengan family Kris? Mereka selalu makan malam di luar. Bukannya dia tak nak datang ke rumah Kris dahulu tetapi dia sibuk dengan persediaan SPM. ' Siapa mereka sebenarnya? Rumah mereka ni macam bukan calang calang orang boleh beli. Pakaian mereka ketika aku makan malam dengan mereka sungguh sedarhana.'kata hati Raja.
"Kejap lagi uncle balik jadi Raja makan malam dekat sini je lah."kata mama Kris.
"Baiklah aunty."kata Raja.
YOU ARE READING
Siapa Dia Sebenarnya???
RandomMafia? Vampire? Werewolf? Apa semua ni? Siapa dia sebenarnya?