"Eh?! Sayang awak nak kemana ni? Kenapa sayang kemas barang ni? Kenapa barang abang pun sayang kemas sekali ni?"tanya Raja.
"Kita kena pindah, lagipun appa kata yang dia dah sediakan rumah untuk kita. Ada hal yang penting menunggu kita di sana."kata Kris.
"Apa yang penting sangat tuh? Sayang kita baru je berkahwin sayang takkanlah kita nak tinggalkan appa dengan omma sayang macam tu je? Kenapa abang asyik rasa ada benda buruk yang akan berlaku je ni? ada benda yang sayang sorok dari abang ke?"tanya Raja.
"Abang akan tahu bila kita pindah kat tempat tu. Kris memang tak nak tinggalkan appa dengan omma macam tu je lagipun keadaan omma tak berapa stabil. Kris rasa tu hanyalah perasaan abang je kot dan kalau Kris ada sorok apa-apa, suatu hari nanti abang akan tahu jugak tentang apa yang sayang sorokkan ini."kata Kris.
"Hurmmm.... Ikut sayang je lah tapi dengan satu syarat."kata Raja sambil membuat muka yang tidak dapat ditafsirkan.
"Kris terima je... sekarang cakap lah apa syarat dia?" tanya Kris. ' Dah kenapa pulak dengan mamat ni buat muka yang menyeramkan? Kalau dia cakap yang dia nak tidur bilik sekali dengan aku memang tak lah tapi aku dah cakap terima dah tadi. Dia bukannya boleh dijangka pun kadang-kadang otak dia ni masuk air jugak.'kata hati Kris.
"Abang nak kalau kita pindah rumah baharu kita kena tidur bilik sekali sebab abang taknak berjauhan dengan kekasih hati abang ni."kata Raja.
"Erkkkk........ Yelah abang."kata Kris kemudian dia mengeluh.
______________________________________________________________________
"Omma appa, Kris gerak dulu tau."kata Kris.
"Baiklah Kris tapi sampai je Kris kat sana please call omma eh Kris."kata omma Kris.
"Nae omma, sampai je Kris kat sana Kris akan call omma. Tapi omma dengan appa kena jaga diri jugak tau sebab sekarang diaorang dah tahu keberadaan kita. Kris tak sanggup nak tinggalkan omma dengan appa tapi kalau Kris tak pergi siapa nak jaga kerajaan tu?"kata Kris.
"Tidak apa Kris, kamu pergi je lah appa dengan omma kamu pandai- pandai lah jaga diri lagi pun appa dah upah bodyguard untuk jaga kami." kata Encik Aizat.
Kris dan Syad melangkah ke omma dan appa Kris untuk bersalam sebelum pergi ke destinasi yang mereka tuju.
"Syad, appa nak kamu jaga Kris ni elok-elok tau. Walaupun Kris ni nakal tapi hati dia baik tau. Jaga dia elok-elok mana lah tahu suatu hari nanti appa dengan omma terpaksa pergi ke? Ingat tau pesan appa ni."bisik Encik Aizat apabila Syad bersalam dengan dia.
"Baik appa, Syad akan jaga Kris macam Syad jaga nyawa Syad sendiri dan Syad akan sayang Kris sampai ke jannah tau appa."kata Syad.
"Kris, omma nak Kris jadi isteri yang solehah, patuh cakap suami,jangan melawan,jangan meninggikan suara dan Kris harus menjalankan tanggungjawab Kris sebagai isteri." bisik omma Kris semasa Kris menyalam tanggan ommanya.
"Baik omma, Kris akan selalu ingat kata-kata omma tu." kata Kris.
"Sayang, sudah-sudah lah tu ommanye oi. Diaorang harus bertolak segera takut tak sempat nak sampai pulak nanti."kata Encik Aizat.
"Saya sedih lah bang sebab Kris dah nak pergi jauh dari saya." kata omma Kris.
"Tak apa omma, nanti kalau Kris ada masa Kris balik sini ok." kata Kris sambil pujuk ommanya. "Baiklah omma appa, kami bertolak dulu. Assalammu'alaikum."sambungnya lagi sambil melangkah masuk ke dalam kereta yang telah disediakan.
"Wa'alaikummussalam." balas kedua ibu bapa Kris.
_____________________________________________________________
YOU ARE READING
Siapa Dia Sebenarnya???
RandomMafia? Vampire? Werewolf? Apa semua ni? Siapa dia sebenarnya?