Bab3(NAG)

1K 43 4
                                    

Sedar sedar jer dah sebulan Najwa sekolah situ. Jujur dari dirinya sekolah itu best. Mungkin sebab ada Sean kot.

Hari ni seperti biasa Najwa bersekolah seperti hari hari yang lain.

"hai Najwa" tegur Nell dan Dani serentak. Acah acah sweet lah tu.. Ingat sweet ke?

"assalamualaikum. Islam kan? Bukannya kafir" perli Najwa. Perghhh pedas beb!

"waalaikummusalam Cik Najwa Hazirah" ujar Nell dengan muka yang mencebik.

"Sean mana?" tanya Najwa sambil matanya mencari kelibat Sean didalam kelas tu.

"dia cuti hari ni" jawab Dani. Sean sudah memberitahu kepada Dani bahawa dirinya tidak hadir ke sekolah.

"Najwa, pengetua nak jumpa" ujar seorang pelajar lelaki yang boleh lah tahan hensem. Nama dia Omar.

"aiyokk Najwa.. What are you doing? Sampai pengetua panggil kau?" Nell cuba menakut nakutkan Najwa. Tapi Najwa sedikit pon tak takut.. Berani kerana benar beb!

"assalamualaikum. Cikgu nak apa?"

"saya nak cuba ibubap awak" ujar Puan Hjh Saleha dengan muka serius.

Gulp!

"tapi kenapa?" tanya Najwa. Otaknya ligat memikir sama ada dia ada buat kesalahan atau tidak.

"privasi. Saya harap awak boleh bawa mereka jumpa saya selewat lewatnya Khamis ni"

"apakata Cikgu datang ke rumah saya malam ni" cadang Najwa. Dia tahu ibubapanya busy. Mesti tak sempat jumpa.

"sure. Nanti saya datang dalam pukul 9"

"ok cikgu. Kalau tak de apa apa saya pergi dulu" Puan Hjh Saleha hanya menganggukan kepalanya.

Mata Najwa sempat tertumpu ke arah budak baru yang berpakaian nerd. Mahu saja dirinya tergelak melihat penampilan pelajar itu. Najwa segera keluar dari bilik itu.

Najwa masuk ke kelas. Dan focus belajar.

Tumpuannya terganggu apabila melihat Puan Naila masuk ke kelas bersama dengan Budak nerd tadi.

Sebaik sahaja budak nerd itu masuk ke dalam kelas. Pelajar pelajar di dalam kelas mengertawakan budak nerd itu. Mungkin sebab pemakain budak nerd itu kelakar.

Dani lah manusia yang paling kuat gelak. Jahat betul.

"ok. Kita ada new student again" ujar Puan Naila. Again di tekankan.

"kenalkan diri kamu"

"nama saya Alif Fikri" ujar Alif Fikri dengan sedikit gagap. Mungkin malu kot. Muka dia pon dah merah..

"ok. Alif awak boleh duduk sebelah Najwa" arah Puan Naila sambil menunjuk ke arah Najwa

"tapi sebelah saya kan Sean" bantah Najwa. Nanti kesian Sean duduk jauh jauh dari dia.

"tak pe Sean duduk sebelah Sarah" ujar Puan Naila. Sarah hampir melonjat gembira. Yer lah siapa yang tak suka dapat duduk dengan crush kan?

Najwa muka dah berkerut. Marah lah tu.

"hai awak" tegur mamat Nerd ni siapa lagi kalau bukan Alif Fikri.

"hmm" itu jer yang dibalas oleh Najwa.

"kita study sama sama nak tak?" tanya Alif Fikri. Dia tak takut melihat muka Najwa yang semakin merah.

Najwa ambil kertas yang sudah dikoyak separuh lalu ditulis alamat rumahnya.

"nah. Datang ke rumah saya" ujar Najwa. Mak dia berpesan kalau ada ilmu jangan kedekut untuk berkongsi. Sebab tu dia setuju study dengan mamat nerd nie.

"ok thanks"

--------
Di rumah Najwa.

"mama, malam nie pengetua nak datang rumah" ujar Najwa dengan selamba semasa mereka lunch.

"kenapa?" tanya Puan Salmah.

"entah dia kata nak jumpa"

"siapa nama pengetua?"

"Puan Hjh Saleha binti Saleh" ujar Najwa. Muka Puan Salmah terkejut.

"Najwa tolong basuhkan pinggan mama" ujar Puan Salmah. Dia terus bangun dan masuk ke biliknya.

Najwa yang tak perasan muka terkejut mamanya hanya meneruskan makannanya...

Bersambung

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 08, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nerd Atau Gengster?Where stories live. Discover now