Part 1

367 19 0
                                    

Song Ji Hyo membuka matanya perlahan - lahan. Dia memerhati sekeliling. Kenalpasti di mana dia sekarang.

"Aigoo, apa yang jadi pada aku ni?" katanya sendirian. Kepalanya masih pening - pening lalat. Dia cuba bergerak tapi tak boleh. Baru dia sedar dirinya diikat di kerusi. Dia teringat balik kejadian sebelum dia jadi begini.

Flashback

Semasa tu, Ji Hyo di bank ingin keluarkan duitnya. Ramai orang harini. Penuh. Lambat lah aku keluar ni. Keluhnya sendirian. Dia mengambil nombor giliran dan duduk di kerusi sementara menunggu dipanggil. Bukan dia taknak keluarkan duit guna kad atm tapi dia senang menggunakan buku.

Tiba - tiba kedengaran pintu bank ditolak dengan kasar dari luar. Lima orang lelaki masuk berpakaian serba hitam dan memakai mask menutupi muka. Mereka bersenjatakan senapang M16 dan pistol di tangan memasing.

"Jangan bergerak. Kami nak rompak bank ni." laung salah seorang lelaki itu sambil menudingkan senjatanya pada semua orang di dalam bank. Manakala kawannya berjaga di pintu masuk. Dua orang guard yang berjaga ingin melawan tapi segera di tembak sampai mati.

Bang....bang...bang...

"Argh" jerit beberapa wanita ketakutan. Cepat mereka menyorok di kerusi yang berhampiran. Yang lain ikut sama menundukkan badan.

Ji Hyo terpempan dengan kejadian yang tak diduganya. Dia mahu bertindak tapi pistolnya ketinggalan di dalam kereta. Lagipun dia seorang saja di dalam tu. Ya, dia adalah seorang anggota tentera. Juga dikenali sebagai Army RunningMan. Dia menundukkan badan dengan keterpaksaan.

"Duduk sekarang atau aku tembak. Jangan melawan." arah lelaki itu lagi ataupun mungkin ketua perompak. Dia melangkah laju ke kaunter sambil memegang beg kantung.
"Tunjukkan di mana bilik kebal korang. Isi duit dalam beg ni sekarang." arahnya sambil mengacu pistol.

"B-baik." jawab pegawai bank itu tergagap - gagap. Dia segera membawa lelaki @ ketua perompak itu ke tempat simpanan duit diikuti seorang lagi lelaki yang agak tinggi.
Tiga orang lagi berjaga di situ mengawasi para tebusan.

"Buka bilik ni cepat." arah ketua perompak itu dengan suara bengis. Dia menolak belakang badan pegawai tadi dengan kasar. Hampir tersandung ke depan.

Pegawai itu separuh menggeletar segera menekan punat password pada papan skrin pintu itu.

Klik..

Ketua perompak itu menolak pegawai tadi ke tepi dan membuka pintu bilik kebal itu.

"Cepat. Isi duit dalam ni. Kita tak punya banyak masa."Arahnya pada lelaki yang tinggi tadi. Mereka berdua segera mengisi seberapa banyak wang kertas yang boleh ke dalam beg kantung yang di bawa.

Selesai mengisi duit dalam beg, mereka berdua segera keluar sambil mengangkat beg - beg tersebut. Walaupun berat, kedua lelaki itu dengan senang membawanya.

Siren polis kedengaran di luar...

"Alamak, polis. Siapa yang telefon polis ni? Hah!" jerkah ketua perompak itu bila melihat kereta polis di luar. Dia mengacukan senapangnya secara rambang. Masing - masing menundukkan muka kerana takut ditembak.

"Serah diri anda. Anda sudah dikepung." laung anggota polis diluar menggunakan pembesar suara.

"Macamana, ketua? Kita dah dikepung." tanya lelaki yang agak rendah dari mereka berambut pacak.

"Jahanam! Macamana boleh jadi macam ni? Kita kena guna plan B. Guna tebusan." balas ketua perompak itu dengan marah.

"Baik." jawab lelaki pendek tadi. Dia mendekati salah seorang tebusan wanita yang duduk tidak jauh darinya.

"Argh. Aniya. Jebal. Jangan apakan saya." rayu wanita muda itu. Dia mengalirkan air mata ketakutan apabila dirangkul oleh lelaki pendek itu.

"Kau jangan menangis kalau tak aku tembak. Lap air mata tu." marahnya.
Wanita itu mengelap air matanya pantas dan cuba menahan dari menangis lagi.

Ji Hyo yang melihat berasa simpati. Tak sepatutnya wanita itu dilayan seperti sampah. Dia berasa geram di dalam hati. Dia harus berbuat sesuatu. "Tunggu!" jeritnya agak kuat. Perompak tadi menoleh memandang Ji Hyo yang berdiri tegak.

"Waeyo?" soal ketua perompak itu garang.

"Lepaskan yeoja itu. Biar aku yang gantinya." jawab Ji Hyo memandang tepat pada wajah lelaki itu dengan riak masam.

"Hmm, Kau pun cantik jugak. Lagi cantik dari yeoja ni. Tapi sayang kau garang. Macamana, ketua?"

"Kejap! Aku kenal yeoja ni. Dia salah seorang anggota army RM. Song Ji Hyo. Satu - satunya wanita tunggal dalam kumpulan tu. Dan terkenal di Korea ni. Boleh. Aku setuju. Tukar dia." kata Ketua perompak itu dengan lagaknya. Dia tersenyum senang mendapat musuhnya sebagai tebusan.

Lelaki berambut pacak itu segera melepaskan yeoja tadi dan merangkul bahu Ji Hyo dengan kasar. Dia tersengih sumbing dan mencium rambut Ji Hyo yang beterbangan di tiup angin. "Wangi!" katanya.

"Kami ada tebusan di sini. Bagi kami keluar dari sini kalau tidak tebusan mati." laung Ketua perompak itu dengan kuat di pintu sambil mencekak leher Ji Hyo.

1 saat

2 saat

3 saat

"Baik. Kami akan benarkan anda keluar dari situ. Tolong jangan bunuh tebusan. Kami akan berganjak dari sini." balas ketua polis akhirnya. Dia terpaksa melepaskan perompak itu demi keselamatan tebusan.

Dia mengarahkan semua anggota polis yang bertugas berganjak dari depan bank itu memberi laluan pada perompak itu.

"Dah. Jom kita keluar dari sini cepat." arah ketua perompak pada anak buahnya. Dia mengheret Ji Hyo sambil mengacukan pistol pada kepala Ji hyo. Di bahunya tergalas kantung beg duit.

Mereka yang lain mengacukan senapang masing - masing ke luar kawasan bank sambil berjalan mengikuti dari belakang.

Sampai di Toyota Alphard yang tersadai di luar, mereka berlima diikuti Ji Hyo masuk ke perut kenderaan itu. Pihak polis hanya mampu melihat sahaja kerana di tangan perompak itu, ada Ji Hyo sebagai tebusan.

Ji Hyo hanya mengingat sampai situ sahaja, selepas itu dia dah tak ingat apa - apa. Mungkin dia pengsan.

End flashback.




A/n : Annyeong, readers. Macamana ok tak part permulaan ni? Sila vote dan komen ye. Gomawo. :) ;)

Forest War (RM Vs BigBang) [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now