6

182 20 0
                                    

Sowon's POV

"Betul ni, kau nak jumpa dengan dia?" tanya Taehyung lagi. Aku mengangguk.

"Aku nak masuk dengan kau, tapi diorang tak bagi. Sorry ek," Taehyung meminta maaf.

"Eh, tak apalah. It's okay."

"Ok then, I wish you good luck," ucap Taehyung lalu ke belakang satu langkah. Aku mara ke depan untuk masuk ke dalam bilik Jin. Bilik Jin ni special sikit sebab doktor cakap dia tak henti² menyakiti diri sendiri dan juga orang sekeliling dia, jadi doktor tempatkan dia dalam ruangan khas.

Jin memandang ke atas, kaku. Badannya diikat dalam kain. Macam kepompom pun ada cuma bezanya kepala kepompom tak nampak, dia punya nampak.

"Jin ah," panggilku. Jin terus memandang ke arahku.

"Sojung ah," panggilnya. Dia cuba bangun, tapi tak berjaya.

"Gwaenchanha. Kau baring je," aku mendekatinya.

"Sojung ah, dah lama aku tak dengar kau cakap. Aku rindu dengar suara kau," katanya sambil tersenyum. Air matanya bertakung.

"Uljima. Kau pun. Kenapa tak bagitahu orang apa yang jadi malam tu. Kau tahu tak aku takut untuk bagitahu orang," kataku, seolah-olah aku adalah Sojung.

"Uh, diorang tu! Aku cakap benda yang betul pun diorang bukan percayakan aku. Kesian kau. Ji Sin hyung masih kerja dengan ayah kau ke?" tanyanya.

"Jin ah. Sebenarnya, aku dah lupa apa yang jadi malam tu. Doktor cakap aku amnesia sebab trauma. Aku nak lupakan benda yang pahit dalam hidup aku. Boleh tak kalau kau ceritakan balik apa yang jadi malam tu dekat aku?"

"Kenapa kau nak tahu? Eloklah kalau kau dah lupa. Nak ingat² buat apa?" nada suaranya meninggi.

"Jin ah.." aku hilang kata². Matanya memandang tajam ke arahku.

"Aih, geumanhae. Jangan pandang aku macam tu. Kau sebelum ni tak pernah marah aku pun," aku menolak mukanya. Aku pun pakai main hentam je apa yang aku nak cakap.

"Jin ah. Tak adil untuk aku tengok kau terkurung kat sini, sedangkan Ji Sin oppa bebas di sekeliling aku. Aku takut. Kalau kau ceritakan apa yang jadi malam tu dekat aku, mungkin aku boleh cuba untuk ingat balik. Aku nak Ji Sin oppa meringkuk dalam penjara," aku cuba meyakinkannya.

"Malam tu.."

***
Jin's POV

"Kau ingat kau boleh lari dari aku?" suara yang datang tak jauh dari kami menarik perhatianku. Aku memandang ke arah sumber suara itu manakala genggaman Sojung semakin kuat.

"Ji Sin hyung, Sojung bukannya nak lari. Dia just nak bermalam kat rumah saya je. Ala, keluarga saya bukannya orang asing bagi keluarga dia. Eomma kami kan bestie. Hyung bagitahu aje dekat Kim abeonim yang Sojung tidur dekat rumah saya," kataku sementara Sojung menyorok di belakangku. Kelakuan Sojung memang pelik.

"Tak payahlah. Dah banyak kali aku kena marah dengan Tuan Kim. Sojung dah banyak kali menyusahkan hyung ni," kata Ji Sin hyung. Nadanya.. is something.

"Tak apalah. Kalau macam tu, biar saya telefon Kim abeonim. Saya bagitahu dekat dia," aku mengeluarkan telefon pintarku.

"Aku cakap tak payah, tak payahlah!" terus dia menarik tangan Sojung.

"Hyung," aku nyata terkejut dengan kelakuan Ji Sin hyung dan jeritan Sojung yang benar² dalam ketakutan.

"Seok Jin ah," panggil Sojung. Ji Sin hyung terus menariknya tanpa belas kasihan. Ni dah lebih!

"Hyung!" aku menyergah namanya. Aku mengejar mereka memandangkan Ji Sin hyung tak bawa Sojung ke rumah Sojung sebaliknya kawasan rumah yang masih dalam pembinaan. Ani, akku rasa sesuai dilabelkan sebagai telah dalam pembinaan sebab entah faktor apa, penyiapan rumah tersebut terbengkalai.

Sojung melawan dengan kuat, jadi Ji Sin Hyung mendukungnya lalu dibawa pergi dengan laju. Aku cuba mengejar Ji Sin hyung tapi malangnya kejaranku disekat dan aku dipukul oleh dua lelaki yang muncul entah dari mana.

Dan lepas tu, semuanya gelap. Tapi untuk seketika saja sebab aku terjaga dek jeritan Sojung. Kepalaku sakit, badan²ku juga. Tapi aku kuatkan diri demi Sojung.

Bila aku sampai je, aku nampak..

"Sial!" aku meluru ke arah Ji Sin hyung tapi sekali lagi dua ekor malaun tu serang aku dulu. Hanya sekali sepakan di tulang pipi sahaja, aku rebah. Tak cukup dengan tu, diorang pijak² aku. Aku cuba untuk melawan, tapi aku tak mampu. Dan sampai sekarang, aku tak dapat lupakan suara Sojung menangis-nangis memanggil namaku.

***

"Mianhae Sojung ah," kata Jin sambil menangis. Aku yang dengar cerita dia pun turut menangis. Adik aku..

"Mianhae, Jin. Sebab kau sorang je yang ingat benda ni. Aku janji, aku akan humban Ji Sin masuk neraka! Kau behave, ok. Aku nak kau keluar dari sini dengan segera. Kau tolong aku tangkap dia," azamku.

Aku pelik betullah dengan orang sekeliling ni! Cerita sampai macam tu, kenapa diorang cakap dia auta lagi? Tapi, Yoongi cakap Ji Sin ada alibi. Apa jadi sebenarnya? Nampaknya, aku kena siasat benda ni.

Sojung ah, tolong eonni, okay? Eonni janji eonni akan tegakkan keadilan untuk Sojung. Eomma, appa, cepatlah balik. Sowon perlukan korang untuk selesaikan kes Sojung. Hye In eomma, Sowon perlu stay sini lama sikit, paling pun sampai selesai hal ni.

BelieveWhere stories live. Discover now