14

157 13 1
                                    

Sowon

"Mweorago?!" jerkahku, cuba menghilangkan rasa tak sedap di hati. Ji Sin masuk ke dalam bilikku sambil tersenyum sinis lalu meletakkan jari telunjuknya di mulutnya, tanda minta aku diam.

"Get out!" arahku lalu berjalan ke pintu untuk menolaknya keluar.

"Relaxlah, Sowon," katanya, nada mengusik.

"Ji Sin oppa!"

"Ya?" Amboi, memain pula!

"Get out now!" arahku.

"Sabarlah, yang nak jerit² ni kenapa?" perlinya sambil mendekatiku. Aku ke belakang. Ok, Sowon, just get ready.

"Kau yang sentuh Sojung, kan?" soalku sambil tersenyum sinis. Ji Sin nampak terkejut, tapi dia tetap mengekalkan senyuman sinis tu.

"Mesti budak Jin tu yang cakap dekat kau, kan?"
***

Flashback- Malam kematian Sojung

Ji Sin

Bagus, since laki bini Kim keluar lagi hari ni, aku rasa malam ni aku akan tunaikan keinginan aku. Sojung sejak akhir² ni bermulut lancang. Sebelum bini Kim tu percayakan Sojung yang aku raba dia belakangan ni, baik aku buat je terus. Kalau kena pecat pun, aku tak menyesal.

Jadi, dengan segera, aku telefon pasangan Kim dan cakap yang adik aku sakit, jadi aku perlu balik dengan segera. Pasangan Kim memang kenal dengan keluarga aku sebab mendiang ayah aku bodyguard keluarga diorang. Kepada eomma, aku minta eomma tolong palsukan berita ni dengan alasan, aku pun nak merasa zaman muda aku. Aku tahu, eomma rasa bersalah sebab di umur yang muda, aku terpaksa gantikan posisi appa sebagai bodyguard keluarga Kim jadi eomma berjanji untuk membantuku.

Dan, aku telefon lagi beberapa kawan yang aku kenal di kelab malam. Salah seorang daripada mereka yang tak nak berseronok malam tu gantikan aku memandu dari Seoul ke Busan dengan kereta pasangan Kim. Well, Mr. Kim yang suruh aku pandu je kereta dia sebab nak bagi aku cepat sampai.

Dan dia cakap dia akan mesej dekat Sojung, minta dia bermalam di rumah Jin. Haish, tak guna! Kalau macam tu, macam mana aku nak rasa dia?

Jadi, lepas aku panggil kawan² aku yang lain, aku pun pergi ke sekolah dia. Aku pergi jalan kaki sebab kereta tu tengah tunggu 'aku' untuk dibawa ke Busan.

"Kau nak pergi rumah aku?" Aku dengar Jin tawarkan kepada Sojung untuk bermalam di rumahnya. Huh, dia ingat aku akan biarkan.

"Eo," Sojung bersetuju.

"Kau ingat, senang² macam tu je aku nak lepaskan kau?" kataku lalu keluar ke arah cahaya, menampakkan wajahku di bawah lampu jalan. Sojung kulihat bersembunyi di belakang Jin.

***

"Dan aku rasa kau tahu kut apa yang berlaku lepas tu dari.mulut Jin?" soalku kepada Sowon. Dia kulihat mengepa-ngepalkan tangannya. Mukanya naik merah sebab marah.

"SIAL!!!" Sowon meluru ke arahku dengan penumbuknya. Aku dah ukur kekuatan dia, maka dari itu, aku dah bersedia untuk berdepan dengan budak ni.

***

Jin

Selepas hari ditelan malam, aku pun balik ke rumahku. Smart phone yang aku off tadi aku hidupkan semula sebab aku tak nak ada sesiapa pun yang mengganggu aku. Aku tak nak aku ditanya banyak.

Dan memang betul. Lepas aku on phone, masuk beratus-ratus noti. Semua bertanya aku ke mana. Siapa lagi kalau bukan budak berenam tu? Dan lima yeoja dalam kelas aku yang rapat dengan aku.

BelieveWhere stories live. Discover now