4 ( Special Appearance- Park Chanyeol)

209 18 0
                                    

Sowon's POV

"ARGH!!!" aku terjaga lagi dari mimpi yang sama- mimpi 'aku' meminta tolong dari diriku sendiri dan bila aku nak approach diri aku, 'aku' yang tu jatuh ke bawah. Apa maksud semua ni?

"Sowon ah, are you okay?" tanya Aunt Marry sambil mengetuk pintu bilikku. Memang dah jadi habit aku untuk kunci pintu bilik sebelum tidur.

"I'm okay, aunty. Sorry for interrupting your sleep," jawabku. Aku cuba menenangkan diri. Mimpi tu benar² menakutkan aku.

Aunt Marry pernah cakap aku ada kembar. Adalah 'aku' adalah kembar aku? Apa nama dia? Aku yakin aku pernah sebut nama dia tapi kenapa aku tak ingat langsung? Sia tahu ke kewujudan aku? Dia cari aku ke? Dia ditimpa masalah ke? Rayuan dia.. benar² menyakitkan hati aku. As if aku akan bunuh sesiapa je yang berani sakiti dia.

Mataku terpandang ke arah laptop. Haru pernah cakap Google Image membolehkan kita cari orang pakai gambar. Betul ke?

Tanpa membuang masa, aku terus menghidupkan laptop dan menggunakan apps Google Image.

There, ada artikel pasal orang yang mukanya hampir sama dengan aku. Dan tajuk dia..

Aku perlu balik ke Korea

***

"But you promised to not to seek for your parents," Aunt Marry menghalangku.

"Aunty, they need me too. My sister died and I have to look for the culprit," bentakku sambil mengemaskan baju. Peliklah dengan aunty ni. Kenapa dia tak nak aku balik Korea?

"Are you insane? If that culprit killed your sister, that means you are in danger. Sowon, you are save here," pujuknya lagi.

"I will come back. Believe me," kataku secara baik.

"Your mom must be sad right now," kerja² mengemas bajuku terhenti. Antara eomma dan justifikasi adikku, yang mana satu yang perlu aku pilih?

"Sowon ah, stay here."

"I believe my mom will understand my situation. I have to go back to Korea. Don't worry, aunty. I'll come back here. I promise. You are not losing me," pujukku lagi.

Aunty Marry mengeluh.

"If you say so.. don't forget to pay for your respect to your mom," pesan Aunt Marry.

"I will," kataku lalu menzipkan begku.

***

"Eomma, mianhae. Sowon janji Sowon akan balik. They need me, mom. Can you pray for me from up there?" kataku sebelum meninggalkan kolobarium tersebut.

Aku segera masuk ke dalam teksi untuk mengejar masa penerbanganku. Ini adalah kali pertama aku menaiki kapal terbang antarabangsa. But I'm a survivor. Aku mesti boleh sampai ke Korea dengan selamat. Urusan sekolah, aku cuma maklumkan yang aku akan mengambil cuti untuk beberapa minggu ni untuk menyelesaikan hal keluarga. Aku tidak melakukan apa² pertukaran sekolah sebab aku memang tak ada niat nak terus menetap di sana. Cuma aku tergerak untuk menegakkan keadilan untuk kematian adikku. Dalam artikel tu cakap penjenayah masih belum ditangkap dan mangsa yang seorang lagi tu masih lagi dirawat di hospital. Artikel tu hampir dua bulan yang lalu. Aku tak tahulah kalau² mangsa yang dimaksudkan tu dah bangun ke belum. Apa² pun, kuncinya terletak pada mangsa yang lagi satu lagi tu.

Setelah beberapa jam menaiki kapal terbang, akhirnya aku sampai ke Korea. I've told you, right? I'm a survivor. Dan sekarang, aku cuma perlu cari penyambut tetamu aku je.

임 소원

Merangkak jugalah aku baca ejaan tu. Aku tak cekap sangat bahasa Korea sebab eomma tak pernah ajar aku tulisan Korea. Eomma cuma banyak bertutur Bahasa Korea je dengan aku dekat rumah. Sekarang, barulah aku faham kenapa eomma tak pernah nak ajar aku pasal Korea sebab dia memang berharap aku takkan jejakkan kaki ke tanah ginseng ni lagi. Yang aku boleh baca ni pun, thanks to Haru, satu² nya kawan dari Korea yang berpindah ke US. Dialah yang ajar aku tulisan Korea ni.

"Im Sowon?" tanya seorang lelaki. Bagi aku dia tak tinggi sebab aku pun tinggi. Hahaha.

"Ne," jawabku.

"Park Chanyeol imnida. Saya yang akan jadi guide cik sepanjang cik dekat Korea ni," dia memperkenalkan dirinya.

"Thanks. Tapi, saya hanya perlukan awak untuk tolong saya cari keluarga saya, since saya tak cekap sangat Bahasa Korea..."

"Boleh, cik. Tapi sebelum tu, kita kena pergi ke tempat penginapan dulu sebab saya rasa cik mungkin tak dapat jumpa keluarga cik dalam masa yang terdekat ni since cik tak ada maklumat yang lengkap pasal keluarga cik. Tak apa, saya hantarkan cik ke hotel dululah sebab dah malam, kan?" gamitnya.

"Okey," balasku.

***

"Er, cik memang tak ada apa² info pasal keluarga cik ke?" tanyanya.

"Erm, saya cuma ada ni," aku menghulurkan keratan artikel yang aku print dan masukkan dalam handbegku. Reason kenapa aku tak buka je dalam phone, sebab aku malas nak berdepan dengan kemungkinan phone aku hang sebab aku tukar ke plane mode tadi.

Chanyeol menghentikan keretanya.

"Saya bukan hantu. Itu kembar saya. Itu je yang saya ada," kataku, bagaikan boleh membaca fikirannya.

"Bukan apa, cik. Ni lagi senang sebab ni jadi kes polis. Saya rasa kita boleh cari info pasal keluarga cik dekat balai," katanya, sedikit gugup.

"Kalau macam tu, boleh awak hantar saya hari ni?" tanyaku.

Chanyeol mengangguk.

***

"Cinjjayo. Saya memang anak diorang! Ni kembar saya," ulangku sekali lagi. Polis ni boleh pula cakap aku buat plastic surgery semata-mata nak ambil kesempatan ke atas keluarga Sojung. Sebabnya diorang cakap appa aku jutawan.

"Seolma," polis tersebut menyebut-nyebut perkataan yang sama.

"Ah, jugullae? Don't you know how sleepy I am? Are you doing your job or not? I'm telling you the truth. I came here just to look for my parents. Is it hard for you to understand?!" Ha, kau! Kan dah terkeluar pekat Inggeris aku. Ternganga ahjussi tu.

"Cik, sabar, cik," Chanyeol menenangkan aku. Panas hati ni! Menggelegak sis!

"Macam ni tuan. Apa kata tuan telefon je keluarga ni dan tanya betul ke si mati ada kembar. Kan senang?" cadang Chanyeol. Betul tu! Kalau buat macam tu dari awal kan senang?

Polis tersebut menjelingku. Aku jeling dia balik. Menggelegak hati aku tengok muka dia. Harap muka je innocent, tapi mulut!!!

"Ne, algeseumnida," balasnya.

"Macam mana?" tanya Chanyeol.

"Encik Kim tak ada dalam Korea sekarang. Dia ada business trip. Macam nilah," dia memandang ke arahku.

"Apa kata adik stay untuk beberapa hari lagi sebab pembantu dia cakap dalam dua tiga hari lagi dia akan balik."

"Okay kalau macam tu. Tapi, pasal mangsa yang satu lagi ni," aku tunjuk pada perkataan yang mention pasal mangsa yang lagi satu tu.

"Dia sedar tak lagi?" tanyaku.

"Maaf, dik. Itu maklunat sulit sebab mangsa pun hampir mati dibunuh. Kami tak boleh bagitahu dekat sembarangan orang."

Menyirao darahku.

"Saya bukan sembarangan orang! Saya kakak mangsa!" ulangku lagi.

"Maaf. Selagi identiti cik belum disahkan sebagai keluarga mangsa, kami tak boleh bagitahu cik. Harap cik faham. Ni prosedur kami."

Aku menghembus nafas berat. Kalau tunggu dua tiga hari, lagi, campur dengan siasatan ke atas kematian adik aku, mahunya aku balik US nanti, dah final exam. Aduh, apalah yang aku buat kat sini ni? Kenapalah aku main terjah je? Kan aku sendiri yang susah?

"Cik fikirkan masalah tadi ke?" tanya Chanyeol sambil mengerlingku dari cermin pandang belakang memandangkan aku duduk di belakang.

"Eo," jawabku. Chanyeol nampak terkedu. Dah kenapa?

"Tak apa, saya akan bantu cik untuk cari sekolah adik cik. Mungkin dari situ kita boleh dapatkan info dari kawan² dia," kata Chanyeol.

"Cinjja? Gomaweo," ucapku, sedikit senang. Sekali lagi, dia terkedu. Kenapa?

BelieveWhere stories live. Discover now