DAYANA DAN THE GLAMOUR GIRLS

84 9 0
                                    

"OMG!Lambat!!!!!",jerit Dayana. Dia mengambil jam tangannya lalu menjerit. Jam tangannya menunjukkan pukul 7.30 pagi.Dia segera turun ke bawah dari biliknya. "Dayana , tolong ambil sarapan pagi, kalau tidak kamu akan tertidur di kelas nanti,"kata ibu Dayana , Puan Hazreen.

"Saya tidak boleh , mama. Saya sudahpun terlewat," kata Dayana sambil menyarung stokinnya. Dia keluar dari rumah lalu menyuruh Pak Mat atau lebih dikenali sebagai pemandu kereta keluarga Dayana untuk menghidupkan enjin kereta.

"Dayana , mama rasa kamu tertinggal sesuatu ," kata Puan Hazreen. Dayana yang sudahpun duduk di dalam kereta dengan segera berlari ke arah ibu bapanya lalu mencium tangan mereka. Puan Hazreen dan suaminya , Encik Zulkifli melambai- lambai tangan mereka kepada Dayana yang sedang pergi ke sekolah.

Dayana merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Convent. Dia merupakan seorang pengawas di sekolah tersebut.

AKU MAHU JADI PELAJAR TERBAIK DALAM FESYENWhere stories live. Discover now