Dayana menanyakan Sara apa yang terjadi. Sara menunjukkan dalaman beg tersebut kepada Dayana. Dayana terkejut apabila melihat beberapa ekor cicak yang mati telah diletakkan dalam beg dia.
Dia tidak mahu pulang ke rumah dengan beg busuk itu. Oleh itu, dia menjemur begnya di luar kelas 6 Setia. Selepas itu , Dayana dan Teesha pulabg ke rumah. Namun, terdapat mata-mata yang melihat aksi mereka.
------------------------------------------------------
Setelah Dayana dan Teesha pulang, Emilia mengambil beg Dayana lalu pergi ke bilik guru. Dia meletakkan beg tersebut di luar bilik guru. Hanya Puan Zaini yang berada di dalam bilik guru kerana terdapat banyak kerja yang beliau harus buat. Selesai melakukan semua kerja, Puan Zaini mengambil beg tangannya lalu keluar dari bilik guru. Dia menutup pintu bilik guru. Tiba-tiba, dia terhidu bau busuk. Dia segera menutup hidungnya lalu mencari sumber bau tersebut. Dia terlihat sebuah beg yang berwarna merah. Dia ingin tahu beg siapakah itu. Oleh itu, dia mengambil beg tersebut dan melihat tanda nama pada beg itu. Tanda nama itu menunjukkan nama Dayana.
Melihatkan situasi itu , The Glamour Girls pergi ke arah Puan Zaini dan memberitahu suatu cerita yang palsu. "Cikgu, Dayana memberitahu saya yang dia tidak suka akan cikgu. Oleh itu, dia melakukan ini," kata Emilia. "Kalau begitu, tidak apa. Saya akan melakukan sesuatu," kata Puan Zaini dengan marah. Sekepas itu, Puan Zaini pun beredar.
"Nanpaknya pelan kita akan berjaya," kata Jessica denfan mempamerkan wajah yang gembira.
![](https://img.wattpad.com/cover/82000545-288-k548839.jpg)