Selepas waktu perhimpunan sekolah , semua murid telah bergegas pulang ke kelas. Pada masa itu, The Galamour Girls duduk di belakang kelas lalu menenangkan Emilia yang menangis teresak-esak. Terdapat sesetengah murid yang hairan dengan perbuatan mereka.
Selepas beberapa minit, Cikgu Wan telah datang ke kelas. "Selamat pagi, cikgu ," ucap semua murid kelas 6 Setia. "Selamat pagi ," balas Cikgu Wan.
Selepas itu, Cikgu Wan menyuruh semua orang untuk mengambil buku Pemahaman 2. Cikgu Wan melihat Emilia mengangkat tangannya. "Ya , Emilia. Apakah masalah kamu?"tanya Cikgu Wan." Buku Pemahaman 2 saya hilang ," kata Emilia sambil menangis teresak-esak.
"Apa? Hilang? Emilia , kamu carilah dalam beg kamu ada buku itu atau tidak," kata Cikgu Wan. "Saya sudahpun cari. Namun, buku itu tiada dalam beg saya ,"kata Emilia. "Saya rasa kamu tertinggal buku itu di rumah kamu," kata cikgu. "Tidak , cikgu. Saya masih ingat yang.....aha cikgu ,baru saya ingat. Saya bagi buku itu kepada Dayana," kata Emilia.Cikgu Wan menanyakan Dayana. Dayana menafikan penyataan Emilia. Tanpa membuang masa , cikgu meminta Emilia untuk memeriksa beg Dayana. Emilia menuju ke arah Dayana. Dia mengambil sesuatu dari dalam poketnya dan meletakkannya ke dalam beg Dayana. Selepas itu , dia berdiri tegak dan memberitahu cikgu yang bukunya tiada dalam beg Dayana. "Dayana , kamu kena salin semua nota dalam buku kamu ke buku Emilia. Sekarang juga ," kata Cikgu Wan. "Tapa , cikgu. Saya tidak mahu menyusahkan orang lain. Saya boleh salin nota itu sendiri," kata Emilia. "Baiklah ," kata cikgu.