Bulan baru telah tiba. Suasana di tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Convent amat bising dengan gosip yang terhangat. Suasana kembali senyap apabila guru disiplin sekolah itu, Puan Zaini berdiri di atas pentas sambil menunjukkan jarinya tanda menyuruh semua orang diam.
Selepas itu, beliau menyerahkan majlis itu kepada Dayana selaku pengacara majlis pada minggu itu. Selesai menyanyi lagu 'NEGARAKU' , lagu negeri Kedah dan lagu sekolah , tibalah masa untuk Puan Zaini berucap. Beliau menyatakan bahawa beliau bertugas dengan Puan Nooriah dan Puan Sharifah pada minggu itu.
Beliau mengambil sepucuk surat daripada guru yang duduk bersebelahan.
"Saya ada satu berita baik. Berita ini ialah sekolah kita akan menubuhkan sebuah kelab yang baru. Nama kelab ini ialah Kelab Fesyen. Cikgu pilih seramai 20 orang murid untuk menjadi ahli kelab ini. Mereka ialah Dayana , Seri, Emilia, Jessica, May , June, Julie , Nana , Alisha, Ziela, Teesha, Joana , Divya , Swetha, Gowri , Jagatiswarii, Alagu , Joey, Shevi dan Sara. Selepas tamat perhimpunan ini, 20 orang yang saya panggil tadi sila datang ke Bilik Sal."kata Puan Zaini.
Selepas beberapa minit, perhimpunan pun tamat. Semua pelajar bergegas pulang ke kelas.
