Tangan masih terkaku dengan memegang sebatang pensil yang tumpul. Biji mata tetap menatap kertas kosong yang terletak diatas meja. Kadangkala mata sekejap terpejam, sekejap terbuka. Dalam ruang halaman minda, banyak irama pelik yang sedang menari-nari di sekeliling saraf otak yg bersambung. Ahhh..semuanya berserabut, masing-masing berebut mahu masuk ke dalam penyuara idea. Tapi malang, ianya masih tidak menjadi benda yang menarik. Dia cuba memaksa pensil itu bergerak dengan menulis beberapa huruf menjadi sepatah dua kata yang disusun rapi. Tapi akhirnya, conteng ! Padam ! Naik runsing mula menebal. Kepala dipusing-pusing . Oleh kerana tidak tertahan, dia berhenti. Terasa hatinya seperti dibakar api kepanasan. Kenapa masih bercelaru? Beberapa saat sebelum duduk diruang ini, banyak idea yang tergambar di minda. Dan sekarang, otak membeku. Bunyi nafas mula menghembus dengan kasar. Perasaan geram semakin mengila. Sabar-sabar. Tiba-tiba, satu suara datang tanpa diundang. Dia kembali menegakkan badan dalam keadaan duduk. Matanya dipejam dengan tenang. Tarikan nafas mula disedut dengan perlahan. Hembus. Proses senaman itu dibuat berulang-alik. Bila semuanya kembali pulih, minda kosong, hati terasa sedikit lega, dia membuka mata. Baiklah, rangka cerita pertama ditulis. Dia cuba kuasai minda untuk mengawal segala idea-idea yang ada kemudian disusun dengan sebaik yang mungkin. Fokus. Jangan dibiar rasa lemas datang berdamping. Kebiasaaanya, seringkali terjadi apabila niat kuat memanggil-manggil untuk mencoret sebuah fantasi melalui kata-kata tapi selepas itu, sepatah ayat pun tidak tertulis di karya biarpun hanya dengan menulis rangka. Sebab itu, dia fokus dan terus fokus. Dia terus menulis tanpa henti. Bila dah banyak yang di tulis, rasa teruja makin menjadi-jadi.
Namun begitu, tidak semua kejadian yang berlaku dapat berjalan dengan lurus. Pasti ada benda jahat yang sengaja memanipulasikan minda orang dari terus melakukan perkara yang sepatutnya.
Orang bacakah cerita kau tulis ni? Buang masa ja.
Hanya sebaris patah perkataan yang tiba-tiba muncul dalam fikiran, tangannya segera terhenti. Lemah, lemas, risau, takut.. semua perasaan negatif cuba bergabung dalam satu untuk dilontar pada mana-mana sudut lubuk hatinya yang halus. Mata mengerling ke arah kertas. Hanya termenung tanpa sedar. Risau.risau.risau. Itu yang sekarang berada dalam tawanan minda.
Akhirnya kertas itu hanya menjadi helaian kosong dan terbiar.
Cepatnya kau berputus asa. Pernahkah kau tertanya-tanya, kenapa penulis lain boleh jadi orang yang hebat dalam berkarya? Kerana mereka lalui semua itu dengan perasaan "obses" tanpa berfikir tentang sebarang negatif yang bakal menimpa.
Kini satu persatu peluru ayat sedang brertembak-tembakan di dalam otak. Secara perlahan-lahan, ianya berjaya membaiki mood yang hampir hilang. Lama dia terdiam. Tidak lama kemudian, dia mengambil smartphone. Buka google dan taip beberapa isu menarik tentang si penulis itu dan ini. Dia mahu marakkan semula semangat yang hampir mati tadi. Dengan teliti, dia membaca beberapa quotes, beberapa cerita tentang pengalaman mereka, dan beberapa tips yang berguna.
Berjaya, radar jiwa sedang berbalik ke misi semula. Cergas.! Kembali bertenaga. Satu malam itu, dia benar-benar dalam dunianya sendiri dengan mencipta idea yang direka
Tapi.....
Setelah selang dengan hari yang berganti esok, adakah minda ini berterusan? Kerana ada musuh negatif yang sentiasa datang memburu. Masa ! Cukupkah masa untuk buat semua ni? kadangkala manusia susah nak mengatur masa harian dengan seeloknya, ada yang mahu buat itu, buat ini. Itulah yang melambatkan dia dalam menulis. Bukan hanya itu sahaja, apa yang paling dibenci sekali ialah bila satu perasaan kejam akan timbul iaitu malas! Kalau dah rasa penat sikit, mesti akan rasa malas. Kalau dah banyak kerja nak buat, dia akan jadi malas. Sangat payah.! Memandangkan dia sebagai pemula, apa yang dia perlu buat sekarang ialah latihan dan tindakan. Banyakkan ruang minda diisi dengan ilmu bacaan yang berguna.
Jangan berhenti !
YOU ARE READING
SI PEMULA DALAM BERKARYA
AcakSemua yang suka menulis pasti mengalami situasi macam ni, apalagi sebagai pemula !