Bab 11

2.8K 37 0
                                    

Di... Janganlah macam tu, beb! Mummy kau tu nak sangat jumpa kau! Lagipun dia kan tengah sakit, takkan kau tak boleh consider? Kata-kata Danny terngiang-ngiang di cuping telinga. Entah mengapa, dia teringatkan petikan khutbah yang dibaca oleh khatib sewaktu solat Jumaat minggu lepas.

Kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan. Ibu ialah seseorang yang telah melahirkan manusia di muka bumi ini dan setiap permulaan kehidupan manusia adalah bermula dari saat ibu melahirkan.

Maka Islam memandang serius hukum berkaitan hubungan anak dengan ibu bapanya. Kita diperintah untuk melakukan kebaikan, berlemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu, kita diharamkan dan dilarang keras untuk melakukan kekasaran apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan sama ada melalui percakapan mahupun perbuatan, hatta bercakap 'ah' sekalipun.

Sebagai anak, tugas dan tanggungjawab bukan tertakluk kepada wang ringgit semata-mata, namun merangkumi perhatian, kasih sayang serta penghormatan buat mereka.

Oleh itu, wajarlah setiap daripada kita menghargai mereka selagi mana mereka masih bernyawa dan diberi kesempatan untuk berkasih sayang.

Kerana khutbah dan juga pesanan Danny, tidur malamnya tidak tenang.

"Ah, persetankan semua tu!" Bantal ditekup ke wajah lalu dia mengambil keputusan untuk terus tidur tanpa memikirkan 'bunyi-bunyi' yang mengganggu pemikirannya sejak petang tadi.

Dalam Diam Aku TerpikatWhere stories live. Discover now