Baiduri 605

1.2K 36 2
                                    

B605

10 mei , 5 pagi.

"Tetttttt" jam digital berbunyi bingit mnunjukkan tepat pukul 5 pagi. Setiap jam , bunyinya hanya sekali "tettttt" ! Bagaimana aku tahu sudah jam 5 kerana selepas menutup buku ,aku sempat melirik jam tanganku, 4.45 pagi. Nampaknya aku sudah merebahkan diri di sebelah kawan-kawan yang lain selama 15 minit. Dalam kegelitaan itu aku sakit hati terhadap diri sendiri . Aku sangkakan aku berhenti mengulangkaji kerana tewas oleh rasa mengantuk, rupanya kecundang dipukul kemalasan. Aku melihat wajah lena gadis di sebelah ku , aku cuba merampas comforter yg menyelimuti tubuhnya, gagal. Dia berselubung kemas sekali sambil tidur mampus.
Aku cuba menutup mata tapi entah gelisah apa yg menggangguku. Memandangkan kami tidur membiarkan pintu bilik terkuak luas , penglihatan masih mampu mencapai kedudukan pintu utama rumah yg disinari cahaya samar dari kamar mandi. Aku keluar menutup pintu utama tandas , kesilauan pasti menganggu tidurku yang berbaki lagi dua jam.

Aku kembali berbaring dan cuba menyelesakan keadaan beralih ke kiri kanan seperti kucing yang berpusing pusing mencari posisi tidur yg paling nyaman.Kedinginan malam hari seusai hujan lebat dan kilat guruh sabung menyabung semalam membawakan subuh yang teramat sejuk. Aku cuba pejamkan mata.

" Krakk...krakk...krakk!"
Persis bunyi tombol pintu dipulas ganas. Hairan. Seingat aku, semua budak rumah ni sudah balik malam semalam. Aku cuba fokus. Sekali lagi bunyi "krakk...krakk...krakk" memecah suasana. Aku mulai memikirkan yg aneh aneh. Entah pencuri laptop kah? Aku mendongak ke langit , menaikkan leher untuk menjeling tingkap yg membelakangi ku, langsir sudah ditutup rapi. Bunyi aneh sudah berhenti.

"Mungkin student yg balik subuh dalam keadaan mamai silap melewati rumah bernombor 605 ini.Mungkin".

"zapppp"

Bunyi seperti daun pintu ditolak dan tertutup kembali. Walaupun jelas kedengaran aku cuba untuk tidak menghiraukan , walhal mata aku sudah automatik memicing ke arah pintu utama. Pintu tertutup rapi.Aku yakin tiada siapa siapa atau apa apa yg memasuki rumah 605 Baiduri 2 ini. Sungguh aku berasa serabut dengan mata yang pejam celik pejam terkebil kebil. Kali ini bunyi pinggan mangkuk dan sudu garfu pula memecah suasana. Aku tidak mengendahkan meski hatiku sudah mulai tidak sedap. Aku beranikan diri menjenguk ruang meja di luar, tiada apa apa. Berbekalkan keberanian bercampur rasa geram aku bangkit dari tempat beradu , keluar menuju ke tandas pula

Setibanya di hadapan pintu tandas bunyi yang tadi menyakitkan hati (bercampur seram) serta merta senyap seperti kanak-kanak yg terkedu dimarahi pengawas perpustakaan. Aku menguak pintu utama tandas seluas luasnya dan mengasari kaki pintu dengan menolaknya menggunakan penyendal pintu. Kawasan yang punya singki dan tempat dobi manual juga ampaian yg amat terhad pada mulanya gelap telah menjadi terang benderang .Tetapi koridor dari pintu utama ke arah bilik kami masih samar .Mataku cepat cepat melilau ke arah singki mencari pinggan mangkuk
. Kesan minyak maggie masih melekat .Aku merenung lebih dekat dalam mangkuk , air masih ada kesan getaran , tidak tenang seperti baru dilimpahi air paip. Paip tidak pula ada kesan basah.

"Krakk..."

Bunyi tombol pintu yang datangnya dari bilik nombor 2.Bilik pelajar perancngan bandar yg sehingga kini aku tidak pernah tahu nama mereka berdua , sama seperti aku tidak ketahui nama pelajar dari bilik 1. Cukup aku ketahui mereka dari jurusan Photography dan 10 minggu di sini kami hnya bertukar senyuman. Dari senyuman paling manis sehingga yang paling kelat.Aku lebih selesa begitu.

Berbalik kepada pintu yang terkuak ,aku cepat cepat berpaling ke arah bilik no 2. Di sini kemuncak thriller cerita ini, kelihatan kelibat keluar dari bilik itu dan lari meluru ke bilik no 3. Bilik nombor 3 satu satunya bilik milik berdua yang dihuni 4 org pelajar. Dua lagi illegal tetap. Bilik nombor 3 adalah bilik kami , bilik aku. Mata ku mengejar gerak kelibat yang tidak aku pasti bentuknya tapi fokusku dikacau bila terdengar bunyi langsir diselak ganas. Kali ini bukan lagi mata tapi tubuhku turut mengejar lembaga tadi yang sudah meluru ke bilik kami. Di hadapan pintu bilik ku , kaki aku terhenti sendirinya dengan dada yang berombak akibat rasa angker , peluh yg mulai membintit dahi apa yang aku lihat bukanlah sesuatu yang ingin dilihat orang. Jarak dari pintu ke tingkap hanya sekitar 3 hingga 4 meter membantu aku menangkap pergerakan makhluk misteri itu yg sepertinya hendak melompat terjun ke luar tingkap. Dia tidak mengambil lajak tapi kedudukannya yg mencangkung dibibir tingkap membelakangi ku mampu aku gambarkan seperti watak Gollum dalam filem Lord Of The Ring. Dia seperti kesusahan terselit di antara tingkap yg hany mampu dikuak sudut 30 darjah . Makhluk pelik itu melompat terjun ke luar meninggalkan tingkap dengan langsir terbuka. Aku lihat kawan kawan ku masih tidur statik dengan dengkuran tanda mereka mengalami hari yg letih.

Kali ini rasa berani ku sudah disedut kedinginan suhu meski tapak kaki dan dadaku terasa panas , aku tetap menggigil seperti kesejukan. Keberanian sudah hilang ditelan kegelapan malam . Udara lembap meniup membuatkan bulu roma tengkukku berdiri tegak .Aku terus berbaring tidur mengiring sambil kedua lengan menyanggah muka seperti sang peninju menahan tumbukan pihak lawan tapi aku terus menahan esakan rasa seram yg menyelubungi lelapku subuh itu. Entah kodok entah katak beradu tenaga menyanyi menyeru hujan diselang selikan bunyi cengkerik. Berlagulah alam dengan sabar menanti hari esok ,sedang aku tidak sabar hari cepat cepat diterangi fajar yg ada lagi sejam lebih untuk menyinsing.

***
Di pagi hari saat matahari sdh memanjat , masih tersisa rasa takut ku. Hajatku hendak terkucil aku cuba tunaikan cepat-cepat. Rupanya ada antara kawan kawan aku yang bangun lebih awal. Dia diam berdiri ditepi tingkap. Fokus dan teliti. Dikuis kuis pembidang tingkap menggunakan pembaris besi. Berkali-kali dia memuntahkan rasa jijik.

"Euwww! Apa benda ni?"

Dia hulurkan hujung pembaris besi kepada aku. Aku lihat seperti kesan lendir yang sudah kering. Kesan yang biasa aku nampak di kotak kotak ibu kucing melahirkan anak.

"Siapa buka langsir semalam? Kan I dah tutup."

Katanya lagi dengan nada sedikit merungut. Aku tak peduli tentang dia. Aku masih memikirkan tentang kesan lendir yang kering itu. Aku teka , mungkin kesan lelehan air liur makhluk misteri semalam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 25, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Baiduri Bangunan BaruWhere stories live. Discover now