Bab 1

94 4 8
                                    

Aku  tidak pernah mengenali kau..malah aku tidak mengetahui nama kau..walaupun kita sekelas kewujudan kau bagaikan angin yang bertiup yang boleh dirasai tetapi tidak pernah aku lihat.Tapi semuanya berubah dengan hanya perbezaan markah matematik tambahan pada akhir tahun lepas.

****                  

"okay guys,saya dah tanda kertas semua orang.I was a little bit disappointed that only four people who got A's  this time."

aku dan kawan-kawan aku sudah berdebar menunggu kertas yang akan diberikan oleh Miss Mei.

"Kau mesti dapat A kan Risha.. Tak macam aku...aku rasa aku gagal lah.. Susah kot soalan hari tu" ujar rakan aku Nazihah

"Insyallah.. Kau janganlah cakap kau gagal.. Kau boleh lah..kalau result tak baik nanti cuba lagi.."

"Entah Naz tenang lah.. Aku pon rasa aku punya teruk jugak.. Takpe nanti kita cuba lagi sama-sama"

Aku dan syafia cuba memberi semangat kepada Nazihah.. Kawan-kawan aku yang lain semuanya membatukan diri akibat takut dengan markah yang akan diberikan sebentar lagi.. Aku ni bagi jer semangat dekat orang tapi diri sendiri pun takut jugak! Miss Mei cakap 4 orang jer dapat A. 4 jer tau!. Yang pasti sekarang ni yang dapat A... Amira budak nombor satu dekat kelas dan Nissa persaing tegar dia. Lagi dua orang tak tau lah.. Ya Allah kau bantu lah hamba mu ini.. Aku bertawakal kepada mu Ya Allah...

"Okay i will call the name.. Take your paper and please do you're corrections.. First"

Seperti yang aku sangka Amira dapat markah tertinggi dan dikuti oleh Nissa.. Seterusnya Miss Mei memanggil nama ketiga tertinggi..

"Next,Isyraf.... Get 78%..and last one is Farisha with 77% congratulations guys"

Aku dapat A... alhamdulillah..Usaha aku selama ini terbalas..Tapi kejap.. Lelaki dapat markah lebih tinggi dari aku! Biar betul! Aku dikalahkan oleh lelaki! Siapa tadi nama dia..aku memang pantang lelaki markah lebih tinggi dari aku.. Terutamanya dalam mata pelajaran matematik tambahan.. Kalau perempuan aku tak kisah sangat.. Sebab aku memang tau persaingan antara perempuan memang sengit! Lagi-lagi zaman sekarang yang memang ramai budak-budak yang cerdik pandai.. Tapi kalau lelaki.. I don't believe this...

"Tahniah Risha kau dapat A. Aku dah agak dah.. Kau memang pandai! " ujar Lyana.

"Thanks korang.. Tapi tadikan siapa eh budak yang nama dia kena panggil sebelum aku? "Soal aku

"Ouhh Isyraf.. Aah dia tu pandai ehh diam-diam jer. " Nazihah

"Tau takper aku ingat bisu ke apa.. Sebab dia jarang bercakap lagi-lagi dengan perempuan.. Tapi diam-diam ubi berisi rupanya.. Cis!  Tak guna betul" tambah Zila

" Tu ah tak sangka dia tu" Syafia

"Kejap siapa tadi Isyraf.. tu siapa? "

"Ya Allah kau ni.. Sekelas takkan tak kenal ..Isyraf lah.. Muhammad Isyraf Hakim Bin Hamzah.. Ketua pengawas tu.. Kau dah kenapa?baru masuk sekolah semalam ke? "

"Ouhh.. Hihihihi tak lah aku lupa yang mana.. Janganlah marah"

Kawan-kawan aku hanya menggelengkan kepala.. Nak buat macam mana aku bukan perempuan yang suka nak tahu nama lelaki ni.. Yang penting aku kenal muka dah lah.. Nama tak penting sangat pun kan.. Ni lah kali pertama aku tanya pasal lelaki.. Tu pun gara-gara markah matematik tambahan..kalau tidak.. Hampeh lah aku nak tanya!

Muhammad Isyraf Hakim...

Sejak itulah bermula detik aku mengenali kau.

***

"Risha! Cepat lah asal lambat sangat kau kemas buku tu.. Nanti cikgu Suhaila marah lah! "

"Yer kejap dah nak siap dah ni.. Tak lari mana pun makmal fizik tulah.. "Ujar aku

Eii si Nazihah ni.. Bising jer aku tau lah ingat aku sengaja ke nak lambat! Kau bawak beg galas boleh lah.. Aku ni kena pegang tau tak buku ni.. Kalau tak susun betul-betul nanti berterabur macam gigi pakcik cleaner dekat bawah tu tau tak!.. Kalau kau nak tolong aku takper jugak.. Bebel jer tau..

Aku berlari anak mengejar Nazihah yang sudah berada dihadapan. Sesudah sampai kami mengambil tempat di bahagian belakang.. Mujur cikgu Suhaila baru sahaja sampai.. Kalau tidak tentu dah kena marah!

"Assalammualaikum cikgu. "Ucap ketua kelas

"Waalaikumusalam.. Duduk semua...harini saya pulangkan kertas latihan yang kamu jawab hari tu..dan keluarkan kerja yang saya bagi semalam.. Kita bincangkan sama-sama.. Aiman tolong bagikan saya keluar sekajap"arah cikgu Suhaila

Alamak kerja samalam! Ada yang aku tak siap lagi.. Macam mana ni..

"Naz, kau dah siap? "

"Dah.. Kau? "

"Wehh tengok beb aku ada yang tak siap.. Semalam aku tertidur.. "

"Kau ni..ambiklah.. "

"Marah ker? "

"Taklah.. Cepatlah salin.kejap lagi cikgu masuk"

Aku terus menyalin jawapan Naziha..selamat ada dia ni kalau tak habislah aku...malam tadi memang dah buat tapi Tonsil aku datang balik..habis berdarah tekak aku!.so emak suruh aku rehat je..tu yang tak siap kerja tu...nasib baik dah okay sikit..kalau tak membisu lah aku hari ni..hihihih ..tiba-tiba Nazihah menepuk bahu aku.

"Aduh!..sakitlah..apa kau ni?!"

"Habis kau khusyuk sangat menyalin! Isyraf tanya kau tu kau dengar tak?"

"Huh?Isyraf?"

"Tu dekat depan kau tu!"

Depan aku?aku terus menoleh kehadapan...Ya Allah betullah dia dekat depan aku..mesti dia nampak aku tengah salin jawapan..hahahah kantoi!

"Farisha,Isyraf nak tanya ni ...ni kertas Farisha ker?"

"err..err bu...bukan.."

"Ouhh..okay terima kasih..maaf kalau ganggu Farisha."

"Ta..tak per..tak gang....ganggu pun."

Isyraf melemparkan senyuman pada aku lalu pergi bertanya kepada rakan sekelas yang lain.

"Risha..kau kenapa macam blushing je ?"

"Ma..mana ada!mengarutlah kau!"

"Lahh,janganlah marah...aku tanya je kan..manalah tau kau tertarik dekat Isyraf..kalau yer aku just nak cakap yang kau nanti banyak pesaing tu je."

"Banyak pesaing?"

"Yerlah..Isyraf tu kan ketua pengawas..lepas tu imam sekolah..akademik pon bagus..cikgu-cikgu pon  percayakan dia.. memang ramailah perempuan yang terhegeh-hegeh dekat dia tu ..sebab  tu aku cakap nanti kau ramai pesaing."

"Bersungguh-sungguh kau terangkan dekat aku kan.. Kalau jawapan bio ni full mark tau tak.. Hihihi.. Haih.. Mana ada macam tu.. Mengarutlah kau ni..aku baru bercakap dengan dia hari ni.selama ni mana ada aku bercakap dengan dia..takkan lah tiba-tiba timbul rasa suka..dah lah daripada aku layan kau baik aku sambung kerja aku yang tak siap lagi ni"

"Aku cakap je.."

"Apa-apa jelah...what i know that not going to be happend okay?"

Aku terus menyambung kerja aku..tapi..apa tadi tu..kenapa aku rasa resah..pandangan dia..senyuman dia..bagaikan api yang membara yang telah mencairkan hati aku yang seperti batu konkrit ni....kenapa aku rasa macam ni???Muhammad Isyraf Hakim....apa yang aku tahu sekarang ni..kau sangat bahaya kepada aku..

Tbc_(9/22/16)








Si Pengacau Hati!(On Hold)Where stories live. Discover now