Sejak kejadian hari tu aku sering bertentang mata dengan kau secara tidak sengaja.... Sepertimana kejadian pagi tadi yang amat mendebarkan hati aku...
**
"Lyana, cepatlah. Nanti cikgu dah masuk.. "Aku memanggil Lyana yang sedang membuat pelaburan besar dalam tandas.. Lagi tadi taknak berlabur.. Masa rehat punyalah panjang.. Time nak masuk kelas ni lah dia membuang sabar jerlah..
"Lyana dah ke belum tu!.. Lamanya kau melabuh.. Ramai pelanggan ke? "Tegur aku lagi setelah hampir 10 minit aku menunggunya di luar tandas.
"Eiii, kejaplah!sakit perut ni.."
Terkekek-kekek aku ketawa di luar tandas..geli rasanya hati mendengar jawapan Lyana... Tiba-tiba.. Mata aku bertentang dengan seseorang sebaik sahaja aku menolehkan kepala aku ke tepi..
Ya Allah Isyraf!pandangan mata dia membuatkan jantungku bergedup dengan laju..bagaikan aliran elektrik yang mengalir ke badan aku.kenapa dengan aku ni!
Bila masa pulak dia ada dekat sini!dia dengar ke aku membebel tadi?!Ya Allah malunya!..aku cepat-cepat masuk kedalam tandas lalu aku membasuh muka aku..muka aku terasa hangat..jantung aku tidak berhenti berdegup..tangan aku menjadi sejuk tak semena-mena.
"Kenapalah kau pandang sini?!"
"Siapa pandang?"
"OIII MAK KAU!! LYANA!TERKEJUT AKU LAH! BILA KAU ADA DEKAT SINI?!"
"Kau dah kenapa?aku dah dari tadi dekat sini...weii kejap..kau okay tak? asal muka kau merah?kau demam ke?"
Lyana menekapkan tanganya di dahi aku..muka aku merah!biar betul!aku cepat-cepat menarik muka aku..
"Ta..takde apa-apa lah..jo..jom lah dah lambat nak masuk kelas ni!"
Aku terus beredar dari situ.. panggilan dan soalan dari Lyana langsung aku tidak layanan bukan sahaja Lyana malah soalan dari Nazihah yang duduk di sebelah aku pun aku hindarkan...nampak sangat ke muka aku ni merah!sampai si Nazihah ni pon perasan..jangan lah isyraf nampak..sudahlahh tempat duduk dia jelas nampak tempat duduk aku dan Nazihah..kenapa aku macam ni!? hati aku,jantung aku bagaikan nak meletus!tumpuan aku didalam kelas hilang tak semena -mena..Isyraf!kau memang bahaya!kau pengacau!pengacau hati aku!
****
"Bucuk,kau main henfon je eh..nak spm kan.."tegur kakak aku..
"kejaplah..penat ni,lagipon esok kan cuti..bagi lah rehat kejap."balas aku meleret
Akak aku yang bernama Aina hanya menggelengkan kepalanya..aku penatlah dahlah tadi kelas Addmath sampai 3 jam..Miss Mei janji sampai pukul 2:30 petang jer,ni tak dia tarik sampai pukul 4..mana tak biol kepala otak aku.memungkiri janji betul!yang paling teruk sekali aku yang kena menahan bengang pasal incident siang tadi....bengang-bengang pon aku masih curi-curi pandang dia...
Nak tau kenapa?sebab sekarang aku dah tahu jawapan bagi soalan yang selama ni bemain di fikiran aku.Aku dah tahu dah kenapa aku selalu berdebar,gelabah,malu bila berdepan dengan dia..semuanya tu sebab aku....Aku dah JATUH CINTA!aku sendiri tak percaya dengan diri aku sendiri..tapi soalan Nazihah petang tadi menyedarkan aku.
**
Setelah pulang tadi kelas tambahan..Nazihah seperi biasa meneman aku menunggu abang aku sampai..aku dah cakap dengan dia tak payah teman tapi budak ni degil!..dia kata bahaya tunggu sorang-sorang..tapi takperlah ada juga aku kawan..kalau tak bosan!
"wei..aku nak tanya sikit ni kau jangan marah eh?"soal Nazihah
"Kau nak tanya apa?..macam sirius je bunyi.."
YOU ARE READING
Si Pengacau Hati!(On Hold)
Teen Fiction********************** Hidupnya yang tenang kini diganggu dengan gelodak jiwa dan perasaannya sendiri. Tak pernah langsung dirinya ingin tertarik pada seorang lelaki. Lelaki yang tak pernah diketahui kewujudan olehnya! Akhirnya, tiada kata nafian la...