Loceng berbunyi,setiap isnin semua pelajar berhimpun di dewan,sedikit bising dari semua pelajar yang ada di sana.Rossa dan yang lain duduk sebaris tengah.Len yang leka melihat risalah edaran semasa masuk dewan tadi menyiku si kakak.
"Tak sangka sudah 6 bulan kita masuk sekolah ini ya!"Len menunjuk risalah kepada mereka,masing-masing membuka risalah.
"Ye lah,ada temasya minggu hadapan!"bisik Rosalinda.
"Dengar setiap tahun ada Temasya dan ballroom!"ujar Len lagi.
"Wah menarik!"ujar Rin pula,Rossa hanya tersenyum melihat keseronokan adik dan temannya.
Suasana mula senyap bila Putera memiliki rambut gelap kemerahan masuk ke dewan ,keadaan ibarat Malaikat maut yang ingin ragut nyawa sesiapa yang bersuara.
Selepas Putera Asura melepasi ruang dewan,guru-guru pula maju ke pentas,selepas semua ada guru kanan menunjuk ke microfon meminta semua nyanyi lagu kebangsaan sekolah dan kota.
Ikrar sumpah dari wakil pelajar dan akhir ucapan Putera Asura.
"Pagi semua!"ucap Sang Asura.
Semua mengucap selamat pagi.
"Semua tahu setiap tahun sekolah kita ada buat Temasya, jadi saya mahu semua pelajar menikmati keseronokan dan saya harap para pelajar di sini tidak melanggar apa peraturan!kalian tahu hukuman apa yang kalian akan di kenakan kalau langgar peraturan..saya tak perlu terangkan!"senyum Sang Asura.
Semua pelajar angguk.
Selepas selesai ucapan,Sang Asura beredar dari dewan diikut pengikutnya.
____________________________________________________
"Putera tu....dewa maut ke!"ujar Len sambil meletak kepalanya di atas meja.
Ketiga-tiga ketawa.
Guru kelas masuk.Dia menulis di papan hitam "SILA BERBINCANG PERSEMBAHAN TEMASYA!"semua pelajar memandang satu sama lain.
"Cikgu!tahun ini budak tahun 1 kena ambil bahagian ke?"ketua tingkatan mula tanya kepada Guru wanita.
"iya..tahun ini peraturan di ubah sedikit,tahun pertama boleh serta termasya hanya kategori persembahan sahaja."Guru itu menjelaskan mudah semua pelajar memahami.
"Jadi,kalian boleh terlibat buat persembahan berkelompok atau persendirian terbuka kepada semua pelajar bukan itu sahaja ada pertandingan persembahan terbaik dan costum tercantik!"senyum Guru itu lagi.
Keadaan di dalam kelas teruja.Guru cuba membehentikan mereka dari buat riuh rendah.
"Ok...berbincang baik,lepas itu ambil borang ini!"Guru kelas merujuk sekeping kertas kepada semua pelajar-pelajar.
"Teman...ada berani!"Len menaikkan keningnya.
"Kau berani!"si kakak mencabar adiknya,bingkas Len bangun menuju meja gurunya.
"Pantang di cabar ye!"gelak Rosalinda.
__________________________________________________________
Kantin kelihatan bising dengan pelajar-pelajar yang sibuk membeli makanan dan ada yang berbincang program temasya.Keempat teman memerhatikan borang di depannya itu.
"Persembahan apa nak kita buat!"Len memandang wajah-wajah di depannya itu.
"Bukan kamu punya idea ke?"ujar Rossa,yang fikir Len ada idea buat persembahan apa nanti.
Len tersengih, di garu pipinya.Rin ketok kepala Len.Ketiga ketawa.Len mengembong pipinya .
"Malam ini datang rumah kita cari idea!"ujar Rossa.Semua setuju dengan cadangan Rossa.
________________________________________________________
Rosalinda menolong kakaknya mengemas dapur,di siku kakaknya.
"Dah bagi tahu papa!"Rosalinda menanya katanya.
Rossa tersenyum,dia pergi arah Rimau hitam.Senyuman Rossa begitu manis.
"Papa..malam ini teman kami nak datang,pasal program sekolah,temasya yang akan diadakan di sekolah jadi ingat nak berbincang persembahan kami nanti!"Rossa menjelas ke semua pada lelaki itu.
Rimau Hitam memandang puteri sulong itu,dia mengangguk setuju.Rosalinda gembira jarang mereka bawa teman datang rumah mereka.
Len dan Rin menekan loceng,pintu di buka seseorang terketar-ketar Len ingin bercakap bila yang membuka seorang lelaki berbadan sasa merenung tajam ibarat menanti mangsa untuk dirobek -robek.
"Pa..jangan usik kawan kami!"Rossa menolak tubuh sasa itu.Rimau usap kepala anak gadisnya itu.
"Korang jom masuk Rosalinda kat atas!"Rossa mengajak si kembar masuk.Rimau terus duduk di sofa.Rossa membawa mereka ke bilik,tiba-tiba Len terjah ke katil Rossa.
Rin menarik adiknya bangun,rossa dan adiknya ketawa melihat kedua adik beradik itu bergurau.
"Sudah mari kita berbincang!"Rosalinda membantu Rin menarik Len.
"Len..ada kek pisang!"umpan Rossa,bingkas Len duduk di sebelah Rossa,Rin sempat cubit peha Len.
Mereka berbincang sambil menikmati hidangan yang menyelerakan mereka.
YOU ARE READING
MELANCOLY CINTA
FantasyBerkisah kerabat di raja moden,di mana nasib sebuah Kota di timpa malang gara-gara Kota kecil yang di perintah Raja Kamui mempunyai waris berkembar yang boleh membawa orang yang mengahwini boleh menahluki dunia. Raja Putih telah meramalkan Puteri be...