Rimau Taring mengeluarkan kotak yang menyimpan rantai kebesaran kota kecil Cherry's,rantai bulan sabit dan bintang mula berkilauan.Hatinya tidak berkeruan.Kuasa mereka sudah tidak dapat di dilindungi.Nyawa ke dua waris dalam bahaya.
Rimau Taring mesti membawa ke dua Puterinya keluar dari Kota Pendekar Laut.Esok mereka harus berangkat.
Rosalinda dan Rossa pulang ke rumahnya.Pintu di ketuk tiada jawapan dari ayah mereka.
"Rossa mana ayah?"ujar Rosalinda,lampu masih menyala.
"Tengok kunci dalam pasu.."Rosalinda ikut cakap kakaknya.Kunci masih ada ,mereka buka pintu dan memanggil ayah mereka.
Rimau Taring keluar dari bilik stor.Kedua mereka terkejut bila Rimau taring muncul tiba-tiba.
"Lewat kalian pulang?"ujar Rimau Taring.
"Ada majlis di dewan sekolah,kami lewat sedikit kerana buat persembahan terakhir."Rossa memeluk tangan ayahnya itu.
"Ayah..!!nak tahu kakak menari dengan Putera Asura!!"Rosalinda terus bagi tahu Rimau Taring.
"Adik!!!!"merah wajah Rossa bila Rosalinda terus bagi tahu ayahnya.
"Sudah...pergi bersihkan diri dan istirehat ya!"Rimau mengusap kepala kedua-dua anaknya.
"Baik!!"serentak mereka menjawab.
Dia membersihkan diri ,ingatannya kepada majlis tari menari terbayang di ruang matanya.Denyutan jantungnya laju,pertama kali dia merasa perasaan itu.Senyuman lelaki dingin yang di gelar Putera berdarah Dingin tidak pernah dia lihat.Hari ini Putera itu memberi senyuman paling manis kepadanya.
"Kyaaa!!"Rossa tutup wajahnya bila teringat renungan Sang Asura padanya.
"Kakak!!"Rosalinda meluru masuk ke bilik air,bila mendengar kakaknya menjerit.
"Nape!?"Rossa menanya kembali.
"Dia yang menjerit ditanya kita kembali!?"Rosalinda cekak pinggangnya.
"Ouh..hehehe!"sengih Rossa.
________________________________________________
Sang Asura masih tidak dapat lelapkan mata,wajah Rossa masih dalam fikiran,haruman manis gadis itu masih melekat di tubuh.Wajah manis Rossa yang malu-malu membuatkan dia cepat merindui gadis itu.Sejak pertemuan pertama lagi dia mula tertarik gadis berambut coklat panjang itu.Senyuman ikhlas dari raut wajah Rossa berjaya menambat hatinya.
Sang Asura bangun dari kerusinya,dia memandang luar jendela,dia teringat kuasa dari Rossa masa majlis tarian tamat.Masalah pasti melanda kuasa yang diingini jaguh sedunia ada di Kota Pendekar Laut.Ramalan pakciknya memang betul hanya yang terpilih sahaja boleh memiliki "cahaya" itu.Kalau betul Rossa Puteri itu,Maharaja Pai Wuliang takkan melepaskan kembar itu sesenang hati.Kerisauan mula menghantui dirinya.
Sang Asura mesti memikirkan sesuatu untuk melindungi Rossa dan kembarnya.
_____________________________________________
Rimau Taring termenung,esok dia mesti bawa anak-anak keluar dari Kota ini.Tempat ini tidak selamat untuk mereka.Cuma satu masalah untuk Rimau mencari alasan untuk bawa mereka keluar dari Kota ini.Dia sedar anak-anaknya sudah serasi dengan kehidupan disini.Dia garu kepala yang tidak gatal.Bila-bila masa jaguh-jaguh yang ingin kuasa cahaya akan datang.
Rimau Taring ke kamar anak-anaknya itu.Kedua-dua nyenyak tidur,di dekati katil keduanya kelihatan lena di buai mimpi.Di usap rambut kedua-duanya.Hatinya begitu tenang melihat waris rajanya membesar dengan baik.
"Rimau Taring!dengan segala kuasa beta ada kamu harus melindungi ke dua-dua Puteri beta dengan nyawa kamu!"arahan Raja Kamui untuknya masih tergiang-giang di ruang fikirannya.Wajah tenang Rajanya memandang wajahnya masih diingati.
Walaupun Kota kecil Cherry's tidak sebesar mana,kota itu aman tanpa peperangan.Sistem perintah Keturunan Kamui lebih kepada perdagangan buah dan herba bunga-bungaan,persahabatan terjalin dengan Maharaja Pai Wuliang dan Pai Asuka membuat kota kecil terjamin dari serangan luar.
Tapi kelahiran kedua kembar itu membuatkan keadaan berubah ramalan mengenai kuasa yang boleh menerajui dunia "cahaya" membuatkan Kota kecil itu di landa peperangan yang tidak habis dari puak badai yang di ketua Jerung Raksasa yang sangat di kenali kejam.
Puak badai adalah puak yang ganas,kebanyakan mereka adalah penjenayah kejam.Ramalan mengenai Puteri berkembar begitu cepat sampai ke puak badai.
Pertemuan Raja Kamui dan Jerung Raksasa tidak berjalan dengan baik.Raja Kamui masih dengan pendiriannya dan dia tahu Kota kecil Cherry's dalam keadaan bahaya.
Dengan memerintah orang kepercayaannya iaitu Rimau Taring membawa kembar jauh dari Kota itu memang telah di rancang.Pengumuman untuk rakyatnya untuk keluar dari Kota itu juga salah satu rancangan Kamui.Tetapi kerana cinta dan setia kepada Raja Kamui kebanyakkan rakyat Kota kecil Cherry's ambil keputusan untuk bersama Raja mereka.Hanya wanita,orang tua dan anak kecil di bawa keluar.Tangisan mereka masih tergiang di telinga Rimau Taring.Kota tercinta terpaksa di tinggalkan untuk keselamatan mereka.Raja dan Pemaisuri masih setia di istana,Pemaisuri menghadiahkan 2 kalung untuk Puteri kembarnya .
"Rimau..bila usia mereka genap 17 tahun hadiahkan kalung ini kepada mereka,beta tidak tahu siapa yang memiliki 'Cahaya'itu.Tapi sebagai bonda beta sangat mencintai mereka tiada pilih kasih untuk mereka..beta harap kamu melindungi waris beta ini Rimau"tangis Pemaisuri,sambil mengucup kembar yang masih merah kulitnya.
Rimau Taring Mengikut titah Pemaisurinya,Raja Kamui memeluk bahu Pemaisurinya.Renungan Raja Kamui bagaikan banyak persoalan yang tidak terjawab.Hati Rimau ingin berjuang disisi Rajanya tapi tanggungjawabnya terhadap kedua waris kembar Rajanya menghalang niat murninya.
Malam dingin tanpa bintang Rimau dan beberapa penduduk kampung itu keluar melalui jalan hutan,beberapa pengawai mengiring mereka hingga sampai jalanan yang selamat.
Rimau Taring menoleh belakang senyuman teman sepejuangannya membuat hatinya sakit,tatapan kali terakhir mereka adalah kenangan paling melukakan perasaan sampai sekarang.
Tanpa sedar air matanya mengalir deras ,dia memenggang ddanya pilu.
***********************************************************************
Suara merdu kedengaran di cuping telinga Rossa,Rossa buka matanya dia lihat sesekeliling tempat itu.Kawasan pergunungan yang tidak pernah dilihatnya.Suara nyanyian masih kedengaran di hawa telinganya.Di cari suara empunya,Rossa terus berjalan mengikut suara itu.Kelihatan seorang wanita berpakaian putih sedang duduk sambil bermain sebuah alatan musik.Wanita itu melihat Rossa,Rossa terpegun kerana wanita itu seirasnya.Senyuman terpamir dari wajah wanita itu.Wanita itu mendekati dirinya.
"Rossa sayang..."wanita itu peluk tubuhnya.
Wanita itu memeluk erat tubuhnya.
"Maafkan bonda dan ayahanda kamu ya sayang!!"ujar wanita itu lagi.
"Kamu kena kuat lindungi orang yang kamu cintai!!"ujar wanita itu lagi.
Air mata Rossa mengalir,pelukkannya menjadi erat.Wanita yang tidak pernah ditemui dan merasa kasih sayangnya muncul di hadapannya.Pelukkan mereka tererai,wanita itu mengucup dahinya.
"Rossa ayahanda kamu masih hidup!!cari lah dia bila tiba masanya...hanya kamu dan adinda kamu boleh selamatkannya!!"ujar suara bondanya.
Rossa terjaga dari mimpi.Mimpi yang akan berubah kehidupannya nanti,teka-teki sedikit demi sedikit mula tererai.Rossa mula yakin dengan pencariannya,kuncinya adalah pada orang yang melindungi dirinya selama ini.Rossa memandang Rosalinda yang masih di buai mimpi,di usap pipi adiknya.Dia harus selamatkan ayah kandungnya.
YOU ARE READING
MELANCOLY CINTA
FantasyBerkisah kerabat di raja moden,di mana nasib sebuah Kota di timpa malang gara-gara Kota kecil yang di perintah Raja Kamui mempunyai waris berkembar yang boleh membawa orang yang mengahwini boleh menahluki dunia. Raja Putih telah meramalkan Puteri be...