Episode8

26 2 2
                                    

Kedengaran suara pengunjung di pesta temasya keramaian membuatkan suasana sekolah itu ibarat pesta .gerai-gerai beraneka jenis juadah kuih muih,minuman dan barang perhiasan dari kelas yang mewakili kelas masing-masing,mereka berlawan menjual barang mereka kepada para pengunjung di situ.

Sang Asura memandang orang ramai yang berpusu-pusu melawati gerai-gerai,dia mempamir senyuman sinis melihat keributan rakyatnya untuk menghiburkan diri.Eyes yang melihat lelaki itu tersenyum bagaikan melihat hiburan mula mendekati lelaki berambut merah gelap itu.

"Seronok tuanku!''sindir Eyes,dia mengembang rambut birunya itu.

Asura memandang kekasih sepupunya itu.Gadis tinggi lampai itu mula mendekatinya.

"Sepatutnya kamu teman Wunan bukan..''mendatar suara Asura.Eyes tersenyum dengan soalan dari lelaki pujaannya itu.

"Wunan lebih suka menghibur dirinya dengan gadis-gadis muda dari aku!''Eyes memangku dagu tirusnya ,sambil melihat keseronokan rakyat Kota Laut itu.

Kota Laut di gelar pusat paling pesat membangun ini kerana banyak kapal -kapal,berpusat di situ.Satu kepastian berkumpul jaguh-jaguh muda seperti Asura dan Wunan menyebabkan kota itu tidak di pandang kecil oleh orang luar.Waris dua kerabat terkuat membuat Kota yang berlatarkan lautan luas itu ibarat medan pertarungan perniaga-peniaga di situ.

___________________________________________________

Tepat pukul 8.00 malam termasyar sekolah akan bermula.Len,Rin, Gumi,Rossa dan Rosalinda mula menghiasi diri masing-masing tema lagu mereka berkaitan dunia fantasy ''Alice in dream world''Rossa membawa watak Alice vokalis mereka.Lagu mereka akhirnya siap dengan bantuan rakan baru mereka Gumi.

Suara orang ramai mula riuh,selepas persembahan band tahun ke 3,persembahan dari tahun ke 2.Suara orang ketawa kendengaran mungkin ada sesuatu yang lucu di lakukan si perlaku di atas pentas.

Rossa membetulkan reben kepunyaan adiknya.Rosalinda sedikit gugup ini kerana dia mula rasa seram sejuk persembahan bakal bermula.

Akhirnya nama kelas mereka di panggil.Rentak yang begitu harmoni kedengaran.

Rossa menaikkan nada suaranya,suaranya yang merdu mula membuat para hadirin senyap.

"Oh......oh...my world!my voice ...i front you!!"dengan lancar Rossa menyanyi bagai memanggil kesemua pengunjung mendekatinya.Rentak mula bertukar ,lagu mula rancak dengan tarian mereka.Suara Rossa mula keluar dengan ceria.Tarian yang berirama membuat penonton terhibur.Kelincahan Len membuat balik kuak mendapat impat dari penonton.Rin tidak juga mahu mengalah dengan lompatan erobiknya,Rosalinda dan Gumi membuat gaya serupa.Mereka begitu seronok hingga lagu mereka tamat .

Dendangan suara Rosaa membuat Asura meluru melentasi langit,kuasa graviti memusat diri Asura terapung antara dewan pementasan.Rossa dengan tarian berkumpulan membuat pengunjung menjerit seronok.Suara Len bercampur dengan Rossa membuat mereka di bawah pentas tepuk tangan.

Wunan yang sejak awal berada di bagunan berdekatan pentas tersenyum,gadis berambut blonde coklat keemasan menarik perhatian sejak awal mereka ketemui,walau jarang ketemuinya bagaikan ada magnet menarik dirinya mendekati diri.Bukan dia sahaja sepupunya Asura juga meminati gadis.

Wunan melihat Asura yang leka melihat kumpulan Rossa membuat persembahan.Asura tidak pernah suka hiburan tetapi hari ini menjadi sejarah hidup Asura mendengar lagu dari gadis yang mula berjaya mencuri hatinya.

Habis Kumpulan Rossa buat persembahan tepukkan mula kedengaran,Len lompat gembira bila melihat pengunjung terhibur dengan persembahan mereka.

Keseronokan mereka terbayar dengan jaya,senyum terpamir di wajah mereka,sekejap tadi mereka rasa risau dan gementar,akhirnya ujian itu di lepasi dengan mudah.Di belangkang pentas mereka di ucapkan kata-kata semangat dari rakan dan senior mereka.

MELANCOLY CINTAWhere stories live. Discover now