😍
Nasi goreng kampung dah habis sepinggan. Tapi perutku masih bergelora minta diisi. Demand punya perut...
Aku bergerak menuju ke bilik. Tubuhku dihempas ke atas katil. Phone dicapai. Baru sahaja tangan aku gatal nak usha update instafamous di aplikasi Instagaram, tiba-tiba timbul satu kotak mesej whatsapp daripada nombor yang tidak dikenali.
unknown :
Hai, ni Arisya ke?Aku mengangkat kening. Siapa ni? orang jahat? Tapi kalau klien macam mana? Nak jawab ke tak? kang tak jawab dia report aku ni pekerja tidak bertanggungjawab macam mana?
Satu lagi kotak muncul.
Unknown :
Ni saya, Harris AshrafAku ternganga. Wuit mana Pak Tengku ni dapat number aku? Aku bukan instafamous tapi kenapa dia stalk aku wei? Ahaks, perasan jap konon dia stalk aku.
Arisya :
Mana Tengku dapat nombor saya?Tak sampai seminit...
Unknown :
Arin bagi.Aku tergamam. Hampeh punya kawan. Tunggu kau Arina, lusa hari Isnin aku uli kau buat cekodok goreng. Tak pun cucur udang ke. Lepas tu makan, cicah dengan sos.
Erghh aku ni suka sangatlah berangan, melalut sehingga terbang ke awang awangan...
Unknown :
Risya jangan salah faham. Saya yang mintak nombor Risya kat Arin.Sekali lagi Aku terkejut. Macam tau tau je apa aku fikir. Tapi... Dah kenapa dia mintak nombor Aku? Betulke teori aku? Dia stalk aku? And one more thing, Risya? Risya?! Tu nama manja aku! few people je boleh panggil aku dengan nama tu.
Arisya :
Tengku nak apa?Unknown :
Laptop saya rosak. Saya nak minta awak tolong baikikan. Arin kata awak mahir.Arisya :
Pergilah kedai. Eh mentang-mentang awak kawan Arina awak ingat saya boleh tolong free?Unknown :
Saya bayar.Arisya :
Ah! Pergi kedai. Baiki kat kedai. nak senang, beli baru terus.Unknown :
Tapi saya tak tahu kat mana. Alah tolonglah baiki. Hari Khamis saya nak pakai.Aku tercengang. What?? Kedai banyak je kot yang boleh baiki komputer. Cuma kena hulur duit ja.
Arisya :
Saya busy.Unknown :
Saya bayar awak dua kali ganda. Nope! 3 kali ganda dari harga normal. How's that?Arisya mengetuk jari ke bibir. 'Aku tengah kopak ni. Almaklumlah tengah bulan. Duit dah habis pergi Johor haritu. Tu lah kau, shopping sakan! Nak claim tapi dengar kata macam dapat lagi dua minggu. Alah baiki komputer je...'
Arisya :
Okay. Awak bagi komputer awak kat Arin. Nanti Arin bagi saya.Unknown :
Hmmm. K.Macam kecewa je. Hakk biarlah! haha tapi aku pun kecewa sikit. Ingatkan dia nak ngorat aku ke apa. Rupa rupanya mintak repair laptop je. Ahh... tapi, tak kuasa aku nak hadap muka dia dah. Memanglah kawan tapi aku masih tak boleh nak lupakan kejadian yang berlaku malam hari jadi dia tu. Erghh... malu!
throwback
"Risya nak makan kek tak? Saya nak ambik kek ni." Soal Arina.
Aku menggeleng kecil. Arina berjalan menuju ke arah barisan buffet. Sementara itu, Aku menikmati dessert yang memenuhi pingannya.
"Hai, bakal isteri."
Aku mengangkat muka. Eh siapa yang berani gelar aku bakal isteri dia? Bertunang pun belum.
Alangkah terkejutnya Aku bila muka kacak Harris yang menyapa mata.
"Sedap?" Soalnya lembut, sambil memamdangku dengan mata coklatnya.
Woi! Suara tu macam biasa sudahlah! Kang tak pasal-pasal aku crush kat kau!
"S-sedap!" jawab Aku kecil. Gugup, siak.
Harris tersenyum. Nampak segak dan mampu mencairkan hati mana-mana perempuan. Rasa macam nak pengsan Aku dek kehenseman Harris.
"Awak ni cantiklah." Pujinya tiba-tiba. Kembang aku dibuatnya tetapi perasaan itu cepat cepat dibuang.
Pipi Aku mula memerah. Aku mengerling memandang Arina. Kau ambik kek ke buat kek? Lama betul?!
Aku hanya diam. Menyembunyikan muka dari penglihatan Harris.
"Awak, ada comot kat sini." Ujarnya tiba-tiba sambil jari ditunjukkan ke arah hujung tepi bibir.
Aku mengambil sehelai tisu. Lap.
Harris menggeleng kecil. Tisu di tangan Aku diambil lalu dilapkan ke bahagian hujung bibirku.
Jantungku berdegup kencang. Seakan mahu terkeluar dari badan. Mukaku memerah bak tomato dan membahang.
Waahhhh cliche!
No! I mean! Wahhhhh romantiknya!
Tak tak! I mean Wahhh aku dah gila!!
Macam nak menjerit sahaja Aku waktu tu. "T-terima k-k-kasih," ujarku, gagap. Muka ditundukkan. Terdengar tawa Harris.
"Okaylah. Awak makan. Saya nak jumpa kawan jap. Nanti nak balik bagitahu ya?" Pesan Harris sebelum berlalu pergi.
End flashback
Memalukan!
•I'm•
Harris mengeluh kecil. Rancangannya untuk berjumpa lagi dengan gadis itu sudah hancur lebur. Komputer di sisi dipandang sayu.
Dia menilik jam. Baru pukul 11 pagi. Dan dia masih belum bersarapan.
'Alang-alang dah macam ni, baik aku keluar pergi lunch terus.' Fikir Harris lalu bergerak ke dalam bilik air. Entah mengapa dia asyik teringatkan Arisya. Gadis itu seperti pernah dijumpainya sebelum ini. Tetapi di mana dan bila? Entahlah... Harris sendiri tidak pasti.
Tapi Harris yakin, gadis itu pernah dilihatnya sebelum ini.
•Excited•
YOU ARE READING
•Inikah Takdir•
RomanceBiarlah begini. Jika ini takdirku, aku redha menerima. Jika dia pergi, aku akan tetap setia. Pilihan ditangannya. ×Tengku Harris Ashraf & Nur Alisya×