Dalam perjalanan ke sekolah , Dina ternampak sekumpulan perempuan popular di sekolahnya sedang ketawa."Hmm..seronok sangat ke kawan dengan Natalia tu ?"-Dina.Itulah Dina.Seorang murid tahun 6 Biru yang tiada kawan.Setiap hari kesunyian hingga ramai yang mengejeknya.Tapi dia tak kisah sebab dia tahu yang dia pasti akan terlepas dari semua ni.
Natalia pula , seorang pelajar popular yang mempunyai ramai kawan & peminat.Dia juga selalu keluar jalan2 dengan kawannya.Baginya , pelajar2 yang kurang popular atau dikenali dianggap seperti 'daun yang gugur'.Sebab itu ramai yang cuba menonjolkan diri supaya Natalia mengenali mereka kecuali Dina.
Di dalam kelas..
Semua murid sibuk bermain dengan kawan masing2 kecuali Dina.Dina hanya sibuk melukis tanpa menghiraukan orang lain."Ha , siap pun" kata hati Dina selepas siap melukis dirinya dalam versi kartun.Lukisan itu menunjukkan dirinya yang sedang duduk di atas katil sambil bermain telefon bimbit.Tiba2 Natalia dan gengnya masuk ke kelas(sbb Dina & Natalia tu sekelas).Dina segera menyimpan lukisan itu.
"Korang semua , lusa ni ialah hari jadi aku.So , korang boleh bawakkan hadiah untuk aku ye.Sekian" kata Natalia."Teruknya.Mentang2 kau budak hot kat sekolah ni ade hati nak buat party" bisik Dina.Lalu , dia pun sambung melukis.
Pada hari jadi Natalia..
"Ini dia hadiah dari saya Natalia" kata seorang pelajar skema yang juga peminat Natalia."Thanks.Izah , letak ni kat meja aku" lalu Izah yang merupakan orang kanan Natalia pun mengikut arahannya.
Seperti yang dikatakan , majlis itu dijalankan di kelas 6 Biru pada waktu rehat.Dina tidak ada di kelas itu kerana di tak dijemput.Kesian."Huuh..aku tak pasti kalau dia tu sebenarnya suka tak jadi popular" fikir Dina lalu terus ke kantin untuk rehat.
Di tempat Natalia dan gengnya..
"Huh , bestnya majlis aku tadi.Ramai kasi hadiah.Mahal pulak tu" tiba2 Natalia ternampak Dina sedang duduk di dewan seorang diri."Hm..cikgu tak kasi kerja rumah.Tapj kenapa dia ade kat situ sambil menulis ? Baik aku kacau dia" Natalia pun ke tempat Dina duduk lalu terkejutkannya.
Dengan pantas , Natalia segera mengambil buku Dina."Natalia , pulangkanlah buku tu.Saya tak kacau awak kan" Natalia tidak menghiraukan tapi sebaliknya dia pergi dari sana sebelum Dina sempat mengambil buku itu.
Baru saja Natalia mahu membaca isi kandungan buku itu , loceng habis waktu rehat sudah berbunyi.Natalia pun segera memasuki kelasnya di 6 Biru.
Semasa sesi pembelajaran , Natalia cuba mencari waktu yang sesuai untuk membaca buku itu."Entah2 buku ni kosong je macam otak dia.Tak pun cuma ade 2 patah perkataan je dia tulis" fikir Natalia.Akhirnya dia membuat keputusan untuk membaca buku itu di rumah.
Waktu balik..
Baru saja Natalia ingin keluar dari kelas , Dina menghalangnya."Nat , saya tak nak cari gaduh dengan awak tapi tolonglah bagi balik buku tu" Natalia hanya membuat muka lalu menolak Dina ketepi."Saya akan pulangkan bila saya dah habis baca dan sebarkan isi buku ni ke seluruh sekolah.Bai" Natalia pun pergi meninggalkan Dina yang sudah menitik air matanya.
"Haraplah yang dia tak apa-apakan buku aku tu" kata Dina.Kemudian , dia pun pulang ke rumah dengan sedihnya.Sebaik saja tiba di rumah , tiada sesiapa di rumah kerana adik-beradik Dina yang lain sedang tinggal di asrama manakala ibu bapanya sibuk bekerja.
"Izzu , Najla , Tina , aku dah balik" katanya kepada kawan khayalannya.Disebabkan Dina tak ada kawan , dia hanya mempunyai kawan khayalan yang dia lukis di kertas dan berikan mereka dialog untuk bercakap.
"Korang , tadi kat sekolah Natalia curi buku aku" katanya kepada kawan-kawannya.Kemudian , Dina memberikan dialog untuk mereka.
Izzu : Teruknye dia.Tak patut.
Najla : Haah.Kalau boleh nak je aku tumbuk dia.
Tina : Kesiannya.Harap dia tak buat sesuatu kat buku tu.
"Terima kasih korang.Koranglah kawan aku yang terbaik".Dina kemudian terus bercakap dengan kawannya sambil air matanya menitis kerana mengenangkan dirinya yang tiada kawan.
BERSAMBUNG
hu hu.Aku yg buat citer ni pon rasa nk nangis ;-(
YOU ARE READING
What's Happening Inside My Head ?
Random..entah2 otak dia tu kosong jer.. ...eh ? Aku kat mana ni ? Wau..biar betik.. Menceritakan Dina yang tiada kawan dan sangat sunyi.Pada suatu hari , Natalia mengatakan yang otak Dina ni kosong.Apakah yang dia akan beruabah fikiran selepas ni ? N...