Dina memasuki kelasnya dengan perasaan takut.Kerana risau jika ada orang yang telah mengetahui isi bukunya.Mujur tak ada orang dalam kelas.Baru saja hendak duduk , Natalia tiba2 masuk ke dalam kelas dengan muka gediknya.Dina pun dengan berani ke tempat Natalia dan berkata "Nat , saya..tak kisah pun kalau awak tak pulangkan buku tu.Tapi tolong jangan bagi tau sesiapa pasal buku tu.Lagipun , itu saja barang peribadi saya.." Natalia pun menjawab "Buku tu aku tak baca pun lagi.Lagipun , aku tau mane ade ape2 kat dalam buku tu".
Sebaik saja mendengar pernyataan Natalia , Dina segera ke tempat duduknya."Mintak2 ape yang dia cakap tu betul" kata hati Dina.
Jam 0945..
Waktu rehat merupakan waktu kesukaan murid di sekolah.Maka dengan itu , kantin sekolah pasti akan penuh dengan murid yang berebut membeli makanan termasum Dina.Semasa Dina ingin membeli makanan di laluan pelajar perempuan , dia hampir terlanggar Natalia yang ingin memasuki laluan beratur perempuan itu.
Natalia tidak berpuas hati.Dia pun menyuruh orang kanannya menarik tudung Dina kebelakang.Kepala Dina terdongak ke atas sebaik saja tudungnya ditarik.Dina membetulkan tudungnya lalu menoleh untuk melihat siapa yang menarik tudungnya.Dia hanya nampak Natalia dan orang kanannya saja.Dia tak sampai hati nak tuduh mereka.
Sebaik saja membeli makanan , dia pun duduk di tempat yang biasa dia duduk.Dina seperti biasa makan seorang diri tanpa kawan.Walaupun agak sunyi , dia tetap bersabar dan terus berkawan dengan kawan khayalannya.
Selepas waktu rehat..
Cikgu Noraliza tidak masuk ke kelas.Satu kelas 6 Biru berasa gembira.Sementara itu , Dina sedang melukis di dalam sketch booknya.Dia sedang melukis dirinya bersama 'kawannya' sambil tersenyum.Tiba2 Cikgu Mariah masuk ke kelas."Murid2 kelas 6 Biru telah dipilih oleh Sultan Johor untuk ke hari pertabalan beliau.Saya akan beri borang untuk kamu isi kerana lawatan ini percuma.Selain itu , kamu semua perlu bawa semua benda yang cikgu sebut ni.Barangnya ialah , duit belanja , telefon bimbit jika ada , bla bla bla..."
Satu kelas gembira.Dina pula tersenyum manakala Natalia dan gengnya sibuk berborak tentang solekan yang mereka ingin pakai semasa di sana.Ada juga murid yang tidak dapat ke lawatan itu.Pada hari lawatan..
Semua murid berkumpul di dewan.Pada masa itu , hanya kelas 6 Biru sahaja yang dipilih untuk lawatan itu.Dalam perjalanan , Dina duduk seorang diri di dalam bas.Yang lain pula hanya sibuk berbual.Natalia dan gengnya pula berborak sakan.Kalau dengar , boleh pecah gendang teling.Dengan ketawa lagi.Dina hanya mengeluh dengan aksi mereka.
Sebaik saja tiba di destinasi , mereka semua duduk di hadapan sebuah pusat beli-belah bernama Komtar.Kerana perarakan itu akan melalui tempat itu juga."Baiklah , cikgu nak cakap.Pastikan kamu tak tinggalkan sesiapa pun seorang diri.Faham ?" semua murid jawab faham.Kemudian , mereka semua masuk ke dalam mall itu untuk membeli-belah.Sementara itu , Dina duduk di hadapan Komtar 'SEORANG DIRI'
Sambil tersenyum , air mata Dina menitis sambil hatinya berkata "Haih , diorang ni fail BM ke ape ?" Dina pun terus menunggu mereka sehingga akhirnya dia menjumpai mereka di tingkat 3 mall tersebut.
Dalam perjalanan pulang..
Muka Dina masam kerana dipinggirkan oleh mereka semua.Semua murid sibuk berbincang tentang keadaan di dalam Komtar.Pada masa yang sama , Natalia dan gengnya juga membeli beberapa alat solek untuk mereka.
Tiba saja di rumah , Natalia asyik tak berhenti membelek alat solek yang dibelinya."Oh ya , buku tadi" Natalia terus mengambil buku Dina lalu membukanya.Sebaik saja membuka muka pertama buku itu , dia mula rasa mengantuk.Akhirnya dia tertidur sendiri.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
What's Happening Inside My Head ?
De Todo..entah2 otak dia tu kosong jer.. ...eh ? Aku kat mana ni ? Wau..biar betik.. Menceritakan Dina yang tiada kawan dan sangat sunyi.Pada suatu hari , Natalia mengatakan yang otak Dina ni kosong.Apakah yang dia akan beruabah fikiran selepas ni ? N...