Bab 1

415 4 1
                                    

Bab 1

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumusalam..Mia rupanya.kenapa lambat balik?ayah kamu tu risau sampai makan tengahari pon dia tak nak."

"Jalan jammed.tak pe la,nanti Mia tengokkan ayah tu.mak teh jangan risau ye."senyuman manis aku berikan.mak teh la orang yang menjaga aku semenjak aku kehilangan ibu yang tercinta.hendak harapkan kaum kerabat,memang jadi gila la diri ini.kata kata mak teh dan orang yang berada di villa ini yang membuatkan aku terrus bersemangat untuk hidup.

Kakiku bawa ke ruang tamu.semenjak kehilangan ibu rumah ini hilang serinya.tiada gelak ketawa,gurau senda dan leteran ibu.ahh..memikirkan tentang itu mutiara jernih laju sahaja ingin mengalir.baru sahaja air mata ingin keluar ia terus membeku apabila mata ini menagkap wajah wajah yang tidak ku inggini.

"Mia dah balik sayang,kenapa lambat?jalan jammed ke atau banyak kerja?"soalan yang ditanya bagai angin lalu di telingaku kerana mata ingin lebih galak melihat wajah wajah yang tak diundang.

"Mia..mia ,dengar tak papa tanya.Ya allah budak ni termenung pulak dia depan tetamu.mia ..mia ok tak?"

"Papa,sorry Mia penat sikit.tengok orang ramai sikit mula la otak ni fikir macam macam.jalan jammed.mak teh kata papa tak makan lagi,kenapa?nasib baik tadi tak de meeting kalau tak tak boleh nak lunch dengan papa."

Kujawab soalan papa dengan senyuman.ahh.anak apa la aku ni,papa tanya boleh pulak aku buat drama.depan tetamu pulak tu.aishh.rasa marah paa diriku dan malu aku sembunyikan dengan menyalam tangan papa selepas ku jawab soalannya.

"Mia,ni keluarga belah papa.mia kenalkan.mereka datang ni sebab ada hajat.nanti kita bincang,mia tak makan lagikan.mia naik mandi,solat lepastu kita turun makan sama sama.ok."

"Mia dah makan.Mia nak rehat,nanti papa panggil Mia boleh?"

Aku seboleh bolehnya nak mengelak dari berjumpa dengan family papa.tidak betah berada sekeliling mereka.apa yang mereke nak,waktu mama sakit tak de pulak mereka nak datang tanya khabar pon tidak.mata mata yang memandang tidak kuhuraikan.

"Mak teh boleh tolong panggilkan Mia.dia tak turun turun dari tadi.risau saya."

"Tuan,dia tengah rehat.dia kata 5minit lagi dia turun.tuan nak saya panggil dia jugak ke?"

"Adi,dia dah turun tu."kata itu diucapkan oleh seorang wanita.mungkin adik atau kakak papa.tidak dapat kupastikan kerana aku bukan peramah.

"Mia,duduk sini sayang.Mia penat ke?tak cukup rehat ke?"

Soalan yang diajukan oleh papa,aku jawab dengan gelengan.malas rasanya untuk membuka mulut.haishh..nasib baik villa ni besar.apa la yang mereka nak datang ramai ramai macam nak buat kenduri pulak.hampir separuh dari ruangtamu diduduki oleh family papa.

"sebenarnya kami datang ni nak pinang mia,sayang.orangnya ialah sepupu kamu,adry.kamu kenalkan dulu kecik kecik kamu selalu main dengan dia.papa mia dah setuju.jadi mia setuju jugak kan?"

Ayat yang keluar dari mulut nenek,membuatkan aku memandang wajah nenek .bila masa papa setuju.kenapa aku kena kawin.dan yang paling penting kenapa mereka pandai pandai nak aturkan perkahwinan aku.aku terus memandang papa dengan harapan papa menafikan apa yang telah dikatakan oleh nenek.tetapi harapan aku hancur apabila papa menjatuhkan kepalanya.sampai hati papa..

"Kenapa mia kena kawin.mia tak ingat pon sapa adry.mia tak nak kawin."segera aku menolah pinangan yang tak berapa rasmi ini.

"saya adry.saya ingat awak,kita kan selalu main sama sama dulu.mungkin dah lama kot,tak pen anti saya ingatkan awak"segera aku berpaling memandang jejaka yang menyampuk perbualanku dengan nenek.orangnya cukup bergaya,mata bundar,hidung mancung,bibir merah cukup menggoda wanita yang memandangya tetapi aku tidak tergoda walaupun mata ini merenungnya dengan tajam.

"Papa mintak maaf buat sebab setuju tanpa pengetahuan mia tetapi papa rasa adry adalah suami yang terbaik buat mia"ahh..terbaik atau tidak aku tidak mahu tahu kerana keputusanku adalah muktamad.

"Mia,nenek jugak dapat rasa yang dia mampu menjadi suami yang terbaik.mia bukan sahaja dapat suami yang akan memimpin mia ke syurga tetapi mia jugak akan dapat kasih sayang ibu,sayang.percayalah cakap nenek,mia akan bahagia."

"Ye,sayang.mia akan bahagia dengan mama.mama,mak adry.mama pon teringin nak anak perempuan."ucap seorang wanita yang duduk bersebelahan dengan seorang lelaki yang sama umur dengan papa.

Air mata yang mengalir tidak kusapu.mama,mia rindu mama.kenapa mereka buat mia macam ni.tak cukup ke derita yang mia alami kenapa hendak ditambah lagi dengan perkahwinan yang dirancang ini.suasana di ruangtamu menjadi sunyi,mungkin apabila melihat aku menitiskan air mata.

"Mia sayang,jangan nagis.papa tak suka tengok mia nagis.papa buat macam ni pon sebab tak nak mia terus berada dalam dunia khayalan mia.setiap malam papa,Nampak mia duduk dekat balkoni sorang sorang menangis menyebut nama mama.papa tahu mia tunjuk kuat depan papa sebab tak nak papa risau tapi mia,papa tahu semuanya."

Ye,aku menagis.wajah mama,semua tentang mama sentiasa bermain main di mataku.aku tak nak bebankan papa tapi aku juga manusia biasa.

"Maaf,keputusan mia muktamad.mia takkan kawin dengan sesiapa.papa,cukuplah papa yang berada di sisi mia.mia tak perlukan sesiapa lagi.mak teh dan orang di villa dan family mama pon dah cukup untuk mia.mia mintak maaf.mia mengantuk,mia naik dulu.assalamualaikum"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kusalam tangan papa sebelum beredar ke tingkat atas.tidak kuhiraukan panggilan papa yang memanggil aku.kepalaku yang berserabut aku tenangkan dengan membawa diriku ke balkoni.

Aku menangis teresak esak memikirkan apa yang baru terjadi.

"Mamaaaaaaaaaaaaaaaa.kenapa mama tinggalkan mia dengan papa.kenapa........kenapa?"

Ahhhh...aku tidak mampu lagi menyimpan rasa yang membelenggu jiwa ini.ya,aku hanya mampu menjerit melepaskan rasa.biarlah apa yang hendak dikata oleh orang kerana aku tahu mulut manusia memang tidak boleh ditutup.

"Mia..kenapa ni?saya tahu awak sedih sebab tu papa awak nak kita kawin.saya memang dah lama cintakan awak.awak terima ye?"

Sejak bila dia berada di situ.ahhh.aku tak peduli apa yang dia cakap.dia punya ibu dan ayah jadi dia tak rasa apa yang aku rasa.

"Awak boleh jangan nak pegang orang sesuka hati tak?tau tak haram...HARAM..."aku tepis tanganya apabila dia cuba memegang bahuku.

"Jadi kalau haram biar kita halalkan dengan perkahwinan ini.biar kita sama sama menanggung beban yang awak rasa."

"Awak faham tak yang saya kata tak nak.tolonglah,awak tahu tak bila mama saya pergi takde siapa family papa yang datang,tanya khabar pon tak.harihari saya memendam rasa.bila korang datang haritu saya tak tau apa tujuan korang tapi saya...saya benci tengok korang.awak tau kenapa saya tak terima tau tak?"jeritku lantang.biarlah apa orang nak kata.orang nak kata aku biadap pon aku tak kisah.

"saya..saya.."

"saya tak nak terima awak sebab saya tak boleh nak terima orang yang tak kisah pasal keluarga saya.apa awak rasa kalau awak dipaksa untuk kawin dengan orang yang tak kisah pasal family awak.awak mesti rasa yang kalau dia tak kisah pasal family awak,dia jugak boleh buat tak kisah pasal awak.cukuplah hidup saya terseksa ,batal je la perkahwinan ini"

"sayang,maaf pasal apa yang terjadi.tolong jangan fikir macam tu.saya janji lepas ni awak takkan rasa macam tu"

Ingat senang aku nak percaya pada orang yang baru kukenali walaupun sebenarnya dia adalah sepupuku.

"I said NOOOOO"

"sayang.."

"stop panggil saya sayang.."

"Walaupun apa yang berlaku saya tetap akan suruh mammy teruskan"ujarnya tegas.

"SAYA KATA TAK NAKKKKKKK.."jeritku lantang sebelum dunia ini bertukar menjadi gelap.apa yang dengar ramai orang yang menjerit namaku.dan suara yang kubenci meminta maaf dan memelukku erat.

Bahagia yang datang apabila bersamamuWhere stories live. Discover now