Bab 3
Adry meraup mukanya.kenapa mia selalu anggap dia orang luar,kalaupun mia tak terima dia sebagai bakal suami apa salahnya terima dia sebagai seorang sepupu,tapi dia tak nak mia terima dia sebagai seorang sepupu tapi sebagai seorang suamiahhh..kenapa masalah ini lebih susah nak diselesaikan dari soalan spm.
"ahhhhhhhhhhh....."
"kenapa ni Ad,dari tadi uncle tengok Ad macam ada masalah je..sampai terjerit jerit ni"
"ehh.un...uncle bila uncle datang,Ad tak perasaan pun...."
"macam mana nak perasaan kalau dari tadi dok termenung,lepas tu tiba tiba menjerit nasib la uncle ni tak de serangan jantung,kalau tak .....tak dapat la nak mewalikan si mia.."ujar uncle Azhar.sengihan di wajahnya melegakan Adry.
"uncle jangan la buat lawak di petang yang hening ni,buatnya terdengar kat mia mati aku kena cincang dengan mia sebab buat papa dia macam tu."bisik hati kecilnya.
"uncle sorry la,Ad tak bermaksud nak buat macam tu.uncle jangan la cakap macam tu buatnya mia dengar mati Ad kena cincang."
"hahahahhahah.."Aikkk...ketawa pula uncle ni,tau la mia tu manja dengan dia tapi jangan dia ingat yang mia tu tak ganas.aku yang baru dua tiga kali jumpa mia balik lepas bertahun berpisah pun boleh nampak.
"Ad,uncle tau apa yang Ad fikir.mia jadi ganas,tak sopan dan kurang mesra tu semuanya bersebab.siapa yang tak stress Ad,baru kehilangan orang yang tersayang lepastu disuruh kawin pulak.Ad,uncle ni nampak setiap kedukaan yang cuba mia tutup dengan kegembiraan yang dia beri pada uncle.dia nak semua orang tahu yang dia kuat tapi..."suara yang tadi ceria berbual dengan Adry kini bertukar menjadi sayu.
Hati tuanya sedih dengan keadaan puteri tunggalnya semenjak tragidi yang melanda keluarga mereka.perkahwinan yang diatur semua cadangan dari emaknya.emaknya sedih apabila melihat keadaan mia jadi emaknya terus mencadangkan perkahwinan antara adry dan mia.tetapi kenapa adry yang menjadi calonya dia tidak tahu,tapi apa yang dia tahu dia cukup tertarik dengan peribadi Adry.
"uncle,Ad tahu apa yang uncle rasa.ad pon sedih bila tengok mia macam tu.tapi uncle, ad rasa ad patut tarik diri dari perkahwinan ni.ad tengok mia mungkin akan bahagia dengan abang dia tu.lagipun ad rasa mia tak suka ad..ad pun tak nak dia stress,mungkin bila ad batalkan perkahwinan ni dia mungkin akan kurang stress.."
"uncle mintak maaf,kalau apa yang uncle cakap tadi buat ad sedih.uncle cuma nak ad tahu yang uncle tak nak ad tarik diri sebab ad adalah calon yang paling sesuai untuk mia.nampak je macam dia memberontak tapi uncle tahu dia akan ikut jugak cakap uncle walaupun dia tahu dia akan terseksa."
"ad sebenarnya buntu uncle sebab ad,ad tak nak mia terseksa so ad rasa ad patut batalkan...."
"pasal hal kawin ad tak perlu risau,cuma ad perlu janji dengan uncle satu perkara..."
"apa uncle?"
"kalau betul ad tak nak tengok mia sedih,ad kena pikat hati mia.dengan tu cara itu saja,mia akan kembali jadi macam dulu.."
"maksud uncle?ad tak paham.kalau ad pikat dia dan dia jatuh cinta dengan ad perkahwinan ni akan kekal tapi kalau untuk kembalikan dia,cinta saja tak cukup uncle."
"sebab tu,uncle nak ad pikat dia.uncle nak ad tunjukkan kasih sayang ad pada dia supaya dia kasih sayang yang ad berikan akan mewarnai hidup dia yang sentiasa kelam dan ad tak perlu risau kerana uncle tahu Andrian akan kekal sebagai abang di mata mia.lagipun ad tak tau banyak tentang mia mugkin dengan cara ni ad akan kenal mia dengan lebih dekat."
Mungkin betul cakap uncle yang aku kena pikat mia.kalau tak da usaha mana nak nampak hasilnya,iya tak?hahahah sambil memikat kita kenal kenal sekali iye dok hahaha...tenang dah hati aku sekarang ni..bagus jugak uncle nampak aku terpekik terlolong.
YOU ARE READING
Bahagia yang datang apabila bersamamu
Storie d'amoreMengisahkan tentang seorang wanita bernama Mia yang hanya ada papa dan orang terdekat yang bekerja di villa papanya setelah kematian ibu dan abang.Dia dipaksa berkahwin dengan Adry a.k.a sepupunya apabila family papanya datang melawat mereka.Dia tid...