03

1.3K 128 17
                                    

Title ;

Exchange , [ Your Own Title ]

Summary ;

“ Hak alah setakat senggugut pun nak meraung! ”

“ Kau rasa lah dulu baru kau tahu! ”

-----

“ Hoi hoi kau apesal merangkak kat tangga? Contact lens jatuh ke? ”

“ Aku senggugut! Tolong aku wei! ”

“ Perempuan memang suka berlakon eh? Apa yang sakit sangat senggugut tu? Kau bantu lah diri kau sendiri, tak kuasa aku nak tolong drama queen macam kau! ”

“ Mak ko hijo! Aku sumpah kau jadi perempuan biar kau tahu padahnya! ”

Description ;

+ Apabila seorang lelaki mempertikaikan senggugut yang dialami oleh rakan sekerjanya.

Explanation ;

Ada seorang perempuan ni, setiap kali dia datang bulan mesti sakit senggugut teruk akan mulai menyerang dia. Ada kala dia terpaksa merangkak untuk daki tangga untuk buat kerja.

Lepastu ada lah seorang rakan sekerja/sekelas dia, lelaki ni memang tak pernah percaya yang senggugut tu sakit yang teramat sangat.

Setiap kali perempuan tu kena senggugut, lelaki ni selalu pertikaikan dan menuduh perempuan ni hanyalah menipu dan berdrama.

Sampai pernah dia tinggalkan perempuan tu sakit kat tengah padang seorang diri sebab dia cuma anggap perempuan tu menipu. Tiada sekelumit rasa simpati atau rasa ingin membantu pun padc hati lelaki ni.

Sehinggalah suatu ketika, waktu tu perempuan tu tengah merangkak naik tangga sebab sakit yang teramat sangat.

Lelaki ni pulak muncul.

“ Hoi hoi kau apesal merangkak kat tangga? Contact lens jatuh ke? ”

“ Aku senggugut! Tolong aku wei! ”

“ Perempuan memang suka berlakon eh? Apa yang sakit sangat senggugut tu? Kau bantu lah diri kau sendiri, tak kuasa aku nak tolong drama queen macam kau! ”

“ Mak ko hijo! Aku sumpah kau jadi perempuan biar kau tahu padahnya! ”

Dan GRUHHHH!!!

Tempat kerja / sekolah diorang terus blackout dan perempuan dengan lelaki tu turut pengsan.

Agak lama diorang tak sedarkan diri. Dan tiba-tiba lelaki itu sedar dari pengsannya. Badan dia terasa sedikit bisa.

Dalam fikiran dia, dia berfikir kot-kot tadi dia disambar petir. Bila dia lihat sekeliling, semuanya gelap.

Tanpa berfikir panjang dia terus berlari ke arah bilik air ditemani dengan cahaya mendung dari luar sebab dia rasa tak selesa dengan kemaluan dia.

Dalam waktu dia berlari ke arah bilik air, kaki dia terasa sejuk akibat ditiup angin seolah-olah dia tidak memakai seluar. Entahlah. Malas untuk dia berfikir.

Dia juga turut perasan yang rambutnya sering melibas wajahnya. Setahunya, dia sudah memotong rambut beberapa hari yang lepas. Namun dia ketepikan perasaan tu, kerana apa yang penting tandas sebab dia betul-betul rasa tak selesa.

Sesampainya lelaki ni kat bilik air, dia terus menuju ke arah singki dan mengepit akibat tidak selesa. Lelaki ni terus mengangkat wajahnya memandang cermin dan....

“ ARGHHHHHHH!!! HANTU!!!! ”

Korang pandai-pandai lah sambung. Korang buat lelaki ni sedar yang senggugut ni bukanlah sakit biasa. Lepastu endingnya korang buatlah rupanya lelaki ni koma lepas kena sambar dengan petir haritu, tu semua mimpi je, lepastu dia insaf. Atau korang buatlah ending sendiri😹😹 Aku tahu idea ni hambar 😹

❤ Loves,
wxlmxx

✿ Story Ideas ✿Where stories live. Discover now