Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PUPA
Sebiji boneka,berbaju biru dan terlekat reben biru pada rambutnya yang dinamakan Pupa oleh pemiliknya, seorang wanita. Wanita itu memiliki Pupa pada tahun 1920-an sewaktu berusia 6 tahun.
Sewaktu perang dunia ke-2 meletus, Pupa hampir musnah. Namun bersama pemiliknya, Pupa sudah melalui pelbagai perjalanan bermula dari Itali, kemudian ke Amerika dan pulang semula ke Itali sebelum melintasi negara Eropah seterusnya kembali semula ke Amerika.
Pupa bagaikan hidup!! Dikatakan Pupa boleh bergerak sendiri, jadi tidak pelik jika Pupa diletakkan disesuatu tempat kemudian kedudukannya berubah dari kedudukan sebelumnya. Sehinggalah pemiliknya meninggal dunia pada 2005, Pupa terus disimpan oleh waris tuannya.
Pupa diletakkan didalam kotak khas, namun sering kali kedengaran bunyi-bunyi aneh dari tempat penyimpanan Pupa. Pupa kerap membuat bising seolah-olah meminta untuk dilepaskan dari tempat kurungannya.
Acap kali kedudukan pupa didalam kotak itu berubah dari kedudukan asal.