Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ROBERT
Boneka berpakaian pelaut yang memeluk teddy bear kecil ini berasal dari Florida, Amerika Syarikat. Tuannya bernama, Eugene. Asalnya Robert dihadiahkan oleh orang gaji keluarga Eugene pada tahun 1904 sewaktu Eugene masih lagi kanak-kanak.
Sumber menyatakan, boneka itu telah disumpah terlebih dahulu oleh org gaji Eugene yang mengamalkan ilmu hitam kerana rasa tidak puas hati terhadap majikannya.
Eugene menyayangi boneka itu sepenuhnya, namum selepas sebulan kehadiran robert,gangguan aneh mula berlaku. Barang-barang dalam rumah tiba-tiba hilang dan ada yang rosak tanpa diketahui puncanya. Setiap malam, seisi rumah terdengar bunyi seperti orang berjalan di dalam rumah.
Lebih pelik, ibu bapa Eugene sering mendengar Eugene seperti berbual dengan seseorang. Bila ditanya, jawabnya berbual dengan Robert.
Malah ada jiran tetangga yang sering ternampak kelibat boneka kecil bergerak sendiri di dala rumah Eugene sewaktu keluarga itu tiada dirumah.
Setelah Eugene meninggal dunia pada 1974, Robert ditinggalkan dirumah tersebut sehingga datangnya pemilik baru yang mendiami rumah tersebut. Keluarga itu mempunyai seorang anak perempaun yang berusia 10 tahun.
Beberapa hari selepas menduduki rumah tersebut, kanak-kanak itu sering menjerit pada waktu malan mendakwa Robert "hidup" dan bergerak-gerak sendiri di sekeliling biliknya dan menyerang serta mahu membunuhnya.
Akibat tidak tahan dengan gangguan itu, akhirnya Robert diserahkan ke sebuah muzium. Sehingga kini Robert masih menjadi penghuni setia Museum Fort East Martello dan terus dihujani misteri.
Jika para pengunjung meletakkan gula-gula getah di luar kotak pameran, keesokan harinya didapati pembalut gula-gula itu akan berselerak diatas lantai manakala gula-gulanya habis dimakan.