(Patung sebenar Annabelle 1970)
ANNABELLE
Pada tahun 1970, seorang gadis telah menerima
sebuah patung dengan stail Raggedy-Ann
sebagai hadiah dari ibunya yang telah membeli
patung tersebut dari satu jualan kebajikan.Gadis itu pada masa itu sedang belajar di sebuah kolej.
Gadis itu menyukai patung itu dan ia diletakkan
dalam apartment tempat dia tinggal, tetapi
selepas itu dia dan teman serumahnya
menyedari kejadian-kejadian aneh mula berlaku
di apartment tersebut membabitkan patung itu.
Ia selalu ditemui dalam bilik lain walaupun ia
tidak disentuh oleh sesiapa pun sebelum itu.Mereka sering menemui cebisan kertas kain lama
yang diconteng dengan tulisan kanak-kanak.
Pernah juga mereka menemui patung itu dalam
keadaan berdiri walaupun kaki patung itu dibuat
dari kain guni saja.
Gadis-gadis yang ketakutan telah menghubungi
seorang perantara psikik, yang memberitahu
patung itu telah dirasuk oleh roh seorang kanak-
kanak perempuan yang telah meninggal dunia di
bangunan apartment mereka. "Annabelle"
memberitahu dia sukakan gadis-gadis kolej itu
dan mahu tinggal bersama mereka.Bagaimanapun, setelah ia diberi keizinan untuk
tinggal bersama, jumlah aktiviti paranormal di
apartment mereka telah meningkat, antaranya
salah seorang kawan lelaki mereka telah
diserang oleh patung Annabelle pada suatu
malam, meninggalkan kesan cakaran yang
sangat teruk di bahagian dada dan perutnya.
Buntu dengan kejadian tersebut, gadis-gadis
kolej itu telah menemui dua orang penyiasat
paranormal yang dikenali ramai iaitu Ed dan
Lorraine Warren.Pasangan yang telah berkahwin
itu mendapati yang patung Annabelle bukan
dihantui roh kanak-kanak perempuan, sebaliknya
satu mahkluk yang telah menipu tentang
identitinya bagi merapati gadis-gadis kolej
tersebut, mungkin dengan niat mahu merasuk
salah seorang dari mereka.Gadis-gadis itu kemudiannya memberikan patung Annabelle
kepada pasangan Warren, yang kemudiannya
menyimpan Annabelle dalam satu kotak kaca di
museum mistik milik mereka di Connecticut.
Papan tanda pada kotak itu ditulis, "AMARAN :
DENGAN POSITIF, JANGAN BUKA KOTAK INI."......................................................
Sila vote dan comment