Aku duduk di sofa ruang tamu dan mendepakan tangan sebab lenguh. Gila tak lenguh! Aku bersihkan dapur sampai berkilat!
"Appa cepatlah jadi pengapit! "
"Nae²"
"Tae nak jadi juru gambar! "
"Ultraman Chim dah nak silap ni! "
Terdengarlah suara anak-beranak kat bilik atas tu. Huh... Sekarang aku tak pasti siapa baby sitter sebenarnya. Now aku nak tidur! Aku penat!
Tiba² muncul suara memanggil namaku. Hehh siapa lagi kalau bukan si gula tu.
"Yah Umji! Kenapa tak sahut saya panggil awak! "
"Mianhae saya tertidur tadi"
"Hehh pergi bancuhkan susu dalam botol² ni"
Suga mengarahkan tiga botol susu ke arahku. Ehh??? Budak² tu masih minum susu dalam botol ni?? Aku malas nak amuk tahu. Aku terus pergi ke dapur untuk bancuh susu.
Setelah selesai membuat susu untuk budak ² tu aku pergi ke bilik mereka sebab Suga tiada di ruang tamu. Bila aku buka pintu bilik diaorang aku tengok Suga tengah bacakan buku cerita untuk diaorang.
"Erm annyeong?? "
Mereka menolehkan kepala ke arah aku. Suga mengarahkan aku masuk lalu memberikan satu botol susu kepada Jungkook, Jungkook terus menyumbat ke dalam mulutnya. Aku tengok mata dia dah macam orang nak tidur. Selepas itu Suga memberikan satu lagi botol kepada Jimin tapi aku tengok Jimin tak minum pon susu tu sebab dia hanya menggigit puting botol itu. Tiba² Suga suruh aku bagi satu lagi botol tu kat Taehyung. Hadui! Dia tahukan yang Taehyung tak sukakan aku!
Aku memberikan botol susu itu kepda Taehyung dengan hati yang berdebar². Taehyung pandang aku dengan wajah takut dia. Haihh ni yang aku tak suka ni.
"Nuna bukan nak curi baju Taetaekan? " tiba² dia bersuara
Apa dia panggil aku tadi?? Nu-nuna??? Argghhhh kau lah budak yang aku suka sebab panggil aku dengan panggilan yang muda! Daripada panggilan 'omma' dan 'ahjumma' tu.
"Nuna bukan nak curi baju Taetae, nuna tadi nak bersihkan baju Taetae je" kataku dengan senyuman
"Mianhae... Taetae salah faham tadi " katanya dengan nada sedih dan tunjukkan muka dia yang comel tu. Argghhhh comelnya!
"Gwenchana. Nuna pon nak minta maaf sebab buat Taetae takut"
"Taetae cepat amik botol susu tu. Appa nak sambung baca cerita ni" kata Suga
Taehyung mengambil botol susu itu dari aku. Aku hanya tersenyum melihatnya. Akhirnya dia dah tak takut pada aku lagi.
Suga sambung membaca buku cerita yang tertunda tadi. Aku duduk je kat situ perhatikan budak ² tu sebab si gula ni yang suruh.
"Akhirnya mereka bahagia~tamat~" kata Suga sambil menutup buku cerita yang dibacanya.
Aku melihat budak ² tu dah tidur lena dengan botol susu yang masih ada dalam mulut. Huhuhu sedap sangat kot susu yang aku buat tu!
"Umji nanti saya akan keluar untuk urusan kerja. Saya nak awak pastikan mereka makan dan tidur malam ni" kata Suga
"Ahh arraesso! " balasku
======
Malam pon menjelma Suga meninggalkan anak ²nya, aku dan kingkong a.k.a ahjumma Lee di rumah. Yang aku geram sekarang ni kenapa budak² ni tak nak tidur??
"Chim, Tae, Kookie tidurlah. Dah lewat ni" pujuk ku
"Tak nak! Kookie nak tengok TV! "
"Nuna Tae nak susu" Taehyung memeluk kakiku
"Hurm nae. Temankan nuna kat dapur ea? " kataku lalu mendukung Taehyung
"Ahjumma Lee tolong tengok²kan mereka berdua ya? "
"Nae Umji" balasnya dengan senyuman
Aku pergi ke dapur lalu mendudukan Taehyung di atas kerusi dan mula membancuh susu di dalam botol susu. Aku tengok Taehyung menggosok² kedua² belah matanya. Hurm dah nak masuk tidurlah tu.
"Tae susu dah siap! "
Aku memberikan kepadanya dia terus memasukkan ke dalam mulutnya lalu berjalan ke ruang tamu. Arggghhh comelnya Taehyung!!
-tbc
-typo abaikan
-vote?
-komen?
YOU ARE READING
My Lovely Omma || Min Yoongi
FanfictionKehidupan seorang gadis yang bekerja keras mengumpul duit. Tujuannya hanya untuk kahwin dengan jejaka yang kacak! Bergaya! Hahahahahahahaha siapalah suami dia ehh??