Cast:
Jimin
Yeon Joo
Bts•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Matanya tidak lekang dari memandang jam ditangannya.
" Mana Jimin ni. Lambat nya. " keluh Yeon Joo perlahan.Tiba-tiba seseorang memeluknya dengan kemas dari belakang. Yeon Joo memejamkan matanya. Terasa sangat selamat. Siapa lagi yang memeluknya kalau bukan Jimin.
Sejak dia berjumpa dengan Jimin hidupnya berubah. Daripada sebatang kara menjadi penuh dengan kebahagian.
Jimin. Lelaki yang telah membuka sinar baru dalam hidupnya yang sudah gelap.
" Dah lama tunggu? " soal Jimin sambil mencium manja pipi Yeon Joo. Jimin tersenyum melihat pipi Yeon Joo yang mula kemerahan.
" Tak la lama sangat. " jawab Yeon Joo sambil duduk di sisi Jimin.
Suasana di taman sunyi seketika hanya kedengaran bunyi air pancuran kolam yang berdekatan mereka." Jimin.. Kalau suatu hari nanti, saya tinggalkan awak macam mana? " tanya Yeon Joo tiba-tiba.
Jimin mengerutkan dahinya.
" Soalan maut ke ape? Haishh jangan cakap yang bukan bukan la. Awak takkan pernah hilang dari pandangan mata saya. You will always beside me. Okey? " jawab Jimin sambil mengenyitkan mata kepada Yeon Joo.Yeon Joo hanya tersenyum.
" Ajal bukan di tangan kita Jimin. Lambat atau cepat kita akan pergi dari dunia ni. "" Kalau awak dah takde dalam hidup saya, ermm mungkin saya akan jadi gila. " kata Jimin.
Yeon Joo memandang Jimin. Lama.
" Mana boleh macam tu. Saya tak nak tengok awak menderita sebab saya. Ramai lagi perempuan dekat dunia ni. Awak kaya. Semua awak ada. Awak boleh beli dunia ni tau. " kata Yeon Joo sambil tersengih.
Jimin tersenyum melihat Yeon Joo.
" Kalau betul la saya boleh beli dunia ni. Dah lama saya beli. Tapi, kita hanya manusia biasa. Tak mampu bertindak luar jangkaan. Tapi apa apa pun, saya gembira sangat dapat jumpa awak, Yeon Joo. Kalau boleh saya nak awak selalu ada dengan saya. " tutur Jimin panjang lebar.
" Always with me? "
" Yes, Yeon Joo ahh "
BANG!!
Pintu di hempas kuat.
Lamunan Jimin terhenti. Detektif Oh menghempas dokumen-dokumen di atas meja.
Jimin memejamkan matanya. Terasa bingit bila bilik soal siasat itu bergema." Kenape kau bunuh dia? " soal Detektif itu. Jimin hanya membatukan diri.
Detektif lekaki yang dikenali sebagai Oh Jitae itu mengeluh.
" Aku anggap kau tak dengar soalan aku tadi. Aku ulang sekali lagi Park Jimin. Dengar baik baik. "
kata Detektif Oh dengan tegas." Kenape kau bunuh adik aku?!! " Detektif Oh menglempar semua dokumen dokumen tadi ke muka Jimin. Habis berterabur semuanya.
Jimin menggeletar. Kepalanya tergeleng geleng dari tadi. Badannya terasa kebas kerana sudah dua hari dirinya di ikat dan dikurung di dalam bilik yang serba hitam. Hanya ada sebuah kerusi dimana tempat dia di ikat dan sebuah meja.Detektif Oh tersenyum sinis. Dia menghampiri Jimin dan menarik rambut Jimin dengan kuat. Detektif Oh merapatkan mulutnya ke telinga Jimin.
" Kenape kau diam? Aku tanya sekali lagi Park Jimin. Kenape kau bunuh Oh Yeon Joo!! Kenape?! " Detektif Oh menolak kerusi Jimin dan akibatnya Jimin terjatuh bersama kerusi.
" Se.. se-- sebab aku sayang dia. Aku tak nak sesiape pun pisahkan aku dengan dia. Aku nak dia selalu ada dengan aa-- aku. " jawab Jimin tersekat sekat.
" Apa kau cakap? Kau sayang dia? Gila! Kalau kau sayang dia, kau takkan bunuh dia la bodoh!! " kemarahan Detektif Oh terluah.
Detektif Oh terus memukul Jimin bertalu-talu tanpa henti. Hatinya puas. Ini balasan untuk orang yang dah bunuh adiknya. Oh Yeon Joo." Kau tahu tak aku sayang Yeon Joo! Walaupun dulu aku tak berharta , tapi aku mampu untuk bahagiakan adik aku sendiri! "
Darah merah pekat tidak henti henti keluar dari mulut Jimin. Tiada lagi perasaan sakit dalam dirinya. Yang ada hanya perasaan rindu.
" Yeon Joo ahh.. Mianhae.. kita akan hidup bersama buat selama selamanya. Tunggu Jimin. Saya janji akan selalu berada di sisi awak. Buat selama-lamanya.. "
Di sebalik cermin yang menghalang antara bilik soal siasat dengan bilik cctv, 6 pasang mata tertumpu kepada Jimin.
" Hyung. Kenape hyung buat Jung kook macam ni. Kenape hyung jadi pembunuh. " rintih Jungkook.
Jin cuba untuk memujuk Jungkook. Dalam ahli mereka, Jin akui, Jungkook dengan Jimin yang paling rapat. Dia sebagai hyung yang sulung juga buntu apabila dapat tahu yang Jimin seorang pembunuh.
Ya. Jimin pembunuh! Pembunuh kekasihnya sendiri.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
" Yeon Joo.. "
" Jimin shii.. "
Mereka sama sama tersenyum.
~The End~
@nrnnjiha
YOU ARE READING
SHORT STORY | MY & KR |
Short Story" Walking with friend in the dark is better than walking alone in the light " [ Slow update ]