Sedang asyik menikmati minuman yang enak itu ,"Korang tu bukan ke budak lelaki kat dalam kelas kita tu"kata Balqis. "Aah lah"kata Najwa yang terus melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Balqis.
"Ehhh tu bukan ke budak yang membebel waktu perhimpunan pagi tadi"kata Syafiq yang melihat balqis bersama rakan-rakannya. "Aah lah tu budak yang bebel pagi tadi"kata Azzar. "Jom kita pergi dekat diaorang"kata Azhar pula. Azzar, syafiq, Azhar,Haziq dan putera terus menuju ke arah mereka namun hanya shukri sahaja yang duduk di meja bersebelahan tempat makan Balqis dan kawannya yang lain.
"Hai korang"kata Azzar. "Hai, korang buat apa kat sini"tanya Fatini. "Kitaorang tadi beli hadiah untuk cikgu Hafiz dengan cikgu Munira kan bulan ni hari jadi diaorang"kata Azhar. "Ohh"kata Balqis. "Korang pula buat apa kat sini"tanya Putera pula. "Fat ni ha, dia nak gi jalan-jalan dia kata bosan duduk kat dorm"kata Sufiah.
Selang beberapa minit mereka pun balik ke sekolah semula. Sampai di sekolah Sufiah memberitahu kawanya bahawa dia hendak ke bilik guru dan mengajak Balqis mengikutinya. Didalam perjalanan mereka terserempak dengan beberapa budak lelaki dari kelas 5 mahir yang sedang berborak ditangga. "Hai boleh saya berkenalan dengan awak kata seorang dari budak lelaki tersebut. "Hai nanti jelah kita berkenalan saya ada hal penting ni"kata Sufiah.
"Ehh tu bukan Sufiah dengan Balqis ke"tanya Syafiq. "Aah lah diaorang kenapa jom kita pergi tengok"kata Azhar yang risau. "Ehh korang ni kenapa haa pergi balik dorm korang sekarang"marah Azhar kepada beberapa budak lelaki itu. "Korang tak apa-apa"tanya Syafiq. "Kitaorang ok je, terima kasih sebab membantu"kata Balqis yang terus berlalu pergi bersama Sufiah.
Sufiah amat dikenali oleh semua kerana dia seorang pelajar yang cantik disekolah ini walaupun dia baru pindah ke sekolah ini tahun lepas. Selesai sahaja dibilik guru mereka berdua terus balik ke dorm mereka. "Minggu hadapan cikgu kata dia nak buat ujian betulke"tanya Fatini. "Betul sebab tulah kitaorang pergi bilik guru sebab nak dapatkan kepastian"kata Sufiah.
"Baik kitaorang belajar dengan kau"kata Wani. "Bolehje"kata Sufiah. "Lagi satu lupa nak bagi tau cikgu kata ujian ni memang penting sebab cikgu nak tampal keputusan bagi tahun ni" kata Balqis. "Betulke"tanya Najwa teruja. Balqis dan Sufiah hanya mengangguk. Mereka memulakan sesi mengulangkaji pelajaran beberapa minit selepas itu.Beberapa hari selepas itu,"wei lagi 3 hari je lagi"kata Fatini risau. "Tak pe kita kan dah ulangkaji"kata Sufiah menenangkan hati. "Kau tu pandai takpelah"kata Najwa pula.

YOU ARE READING
Pemteri
HorrorNajwa,Balqis,Sufiah,Wani,Fatini Adakah mereka kawan?? Mengapa sejak hari kehilangan Sufiah mereka sering diganggu?? Dimana perginya Sufiah?? Siapakah yang mengganggu mereka?? Adakah Sufiah telah mati?? Masih banyak persoalan yang belum dijawab oleh...