"KORANG TOLONG AKU, TOLONG AKU,TOLONG AKU!!!"
JERIT SEORANG PEREMPUAN.
"Ahhhh....jangan tolong jangan bunuh aku"Jerit Najwa yang terjaga dari mimpinya yang mengerikan. "Kenapa kau jerit tengah malam ni Najwa" kata Balqis yang terdengar jeritan Najwa tersebut. "Wei boleh tak aku tidur sebelah kau?" tanya Najwa kepada Balqis. "Janganlah buat perangai malam-malam ni"marah Balqis. "Aku seriouslah qis"kata Najwa. "Yelah tapi jangan lasak sangat" kata Balqis. Najwa terus turun dari katilnya menuju ke arah Balqis dengan membawa selimut.
"Haritukan aku dah pesan kalau tak boleh tidur tingkat atas cakap" marah balqis. Didalam dorm mereka mempunya 4 katil dua tingkat namun mereka hanya memakai tiga sahaja kerana mereka hanya mempunyai 5 orang sahaja namun sejak hari kehilanagan Sufiah mereka hanya menggunakan 2 katil sahaja Balqis dan Wani tidur dibawah manakala Najwa dan Fatini tidur diatas.
"Ehh dah pukul 5 pagilah, KORANG BANGUNLAH DAH PUKUL 5 DAH NANTI LAMBAT MASUK KELAS!!!!!" jerit Fatini yang tersedar. "Haa dah pukul 5 ke rasa macam tak cukup tidurlah rasa badan ni sakit-sakitlah" kata Najwa. "Kau ok tak Najwa aku takut kau pengsan je dalam kelas" kata wani pula. Beberapa minit kemudian mereka selesai mandi dan terus menunaikan solat subuh. Selesai menunaikan solat subuh kira-kira dalam pukul 6:00, mereka terus bersiap dan menuju ke kelas mereka.
(Di dalam kelas)
Beberapa minit selepas mereka bereempat masuk kedalam kelas, Cikgu Aziz pun masuk ke dalam kelas. "Selamat pagi cikgu"ucap Mikail ketua kelas. "Selamat pagi cikgu" kata murid-murid pula. "Ok selamat pagi murid-murid kamu boleh duduk"kata Cikgu Aziz. Sewakti cikgu Aziz sedang mengajar dia terlihat Najwa yang sedang tidur. "Najwa bangun saya taknak kamu tidur dalam kelas saya" marah Cikgu Aziz."Minta maaf cikgu dia tak tak sihat sangat harini"kata Fatini yang duduk bersebelahan Najwa. "Ohh Fatini boleh tak kamu bawa dia ke bilik kesihatan"tanya Cikgu Aziz. "Boleh cikgu" jawab Fatini. "Apa bendalah tidur dalam kelas je tau"kata Katrina. "Memekaklah kau ni, yang kau sibuk apahal"marah Wani yang duduk dihadapan Katrina. "Ehh kau tu yang tiba-tiba perasan, ada aku cari pasal ngan kau ke perempuan" marah Katrina.
"Ehh aku memang perempuan pun"kata Wani. "Dah berhenti kalau kamu nak gaduh boleh keluar dari kelas saya sekarang. "Bukan salah saya cikgu dia yang mula dulu" kata Katrina. "Ehh bukan ke kau yang mula dulu ke" marah Wani. "Cukup sekarang saya nak kamu berdua berdiri kat luar.
Wani dan Katrina terus keluar dan berdiri dihadapan kelas. Cikgu Aziz terus menyambung peljarannya. "Hishhh sebab kau lah perempuan aku kena diri kat luar" kata Katrina. "Ehhh sekejap sekarang ni siapa yang cari pasal dulu" marah Wani. "Kaulah aku cakap pasal orang lain kau yang sibuk" kata Katrina. "Ehh selama ni takkanlah kau tak pernah tidur dalam kelas kau tak ingat ke waktu tingkatan 3 tahun lepas bukan ke kau kena marah dengan Cikgu Aznida sebab tidur waktu dia tengah mengajar" kata wani.
"Aku ngantuk sebab aku ulangkaji pelajaran malam tu" kata Katrina. "Habistu dak Najwa tu mengantuk sebab dia tak berapa sihat" kata Wani. "Perempuan tu tipu je pandai korang semua ni makanlah tipu dia tu"kata Katrina. "Ehh kot ye pun kitaorang kawan dengan kaki tipu bukan kawan yang sanggup khianat kawan dia" kata Wani. "Ehh kat luarpun nak bergaduh, ke kamu nak saya hantar kamu berdua dekat bilik guru besar" marah Cikgu Aziz. "Maafkan kami cikgu" kata wani. "Sorry cikgu" kata Katrina pula.
YOU ARE READING
Pemteri
HorrorNajwa,Balqis,Sufiah,Wani,Fatini Adakah mereka kawan?? Mengapa sejak hari kehilangan Sufiah mereka sering diganggu?? Dimana perginya Sufiah?? Siapakah yang mengganggu mereka?? Adakah Sufiah telah mati?? Masih banyak persoalan yang belum dijawab oleh...