1

458 10 0
                                    

"Abah bagi masa 5 bulan je untuk Nia cari suami. Fullstop. Abah dah taknak dengar apa-apa alasan dari Nia. Keputusan abah muktamad!"

Nia terus meninggalkan ruang tamu dan berlari ke biliknya.

"Sabar bang, jangan stress. Abang tu bukan sihat sangat" ujar Datin Kastina sambil mengusap dada suaminya.

"Betul kata umi tu, abah. Jangan marah. Biarkan je Nia tu" celah Nazrin Kashaf.

Datuk Naim menjeling anak lelakinya.

"Kamu pun satu lagi masalah. Umur dah dekat 30, pun tak reti nak cari bini. Sedarlah, Shaf. Kamu bukan muda lagi nak enjoy macam orang remaja. Dah tua bangka" bebel Datuk Naim.

Shaf menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Err, Shaf tidur dulu eh, abah, umi. Good night!" ujar Kashaf sambil berlari ke biliknya.

"Dia sengaja larikan diri. Macam tak kenal. Chait" Datuk Naim mencebikkan mulutnya.

***

Bunyi ketukan di pintu biliknya mematikan lamunannya.

"Adik, bukalah pintu ni" bisik Kashaf.

Nia mengatur langkah yang tersangat perlahan. Boleh disamakan dengan Sloth.

Tombol pintu dipulasnya perlahan.

"Lembab betul lah kau ni"

Kashaf terus masuk ke bilik adiknya. Nia menjeling geram.

'Dahlah sesuka hati masuk bilik orang, pastu nak cakap aku ni lembab. Aku siku jugak kepala dia ni kang.' omel Nia perlahan.

"Kau nak apa?" Nia menghenyak punggungnya di atas katil empuknya.

"Em, aku nak tanya pasal Maya" Kashaf tanpa rasa malu menyatakan hasratnya.

"Hah, kenapa dengan Maya?" Nia mengecilkan matanya.

"Err. Macam ni.. Em, janganlah tengok aku macam tu!" jerit Kashaf. Dia mencampak bantal kecil yang berada di sofa adiknya.

"Kau apehal campak bantal dekat aku!" naik seoktaf suara Nia.

"Kk, sorry. Em, aku nak nombor Maya" Kashaf menundukkan kepalanya.

Nia menjegilkan matanya.

'I smell something fishy'

"Ehem, kau nak buat apa?" Nia menguji Kashaf.

"Takde papelah. Lupakan je la. Ni aku nak tanya" muka Kashaf berubah menjadi serius.

"Tanyalah" Nia meneguk air minuman yang berada di tepi katilnya.

"Kau setuju ke dengan apa yang abah suruh tu?"

"Kalau aku cakap, tak?" Nia memejamkan matanya.

Kashaf menjongketkan bahunya.

"Dah ah, berambus. Aku dah ngantuk. Esok ada class" Nia segera menolak badan Kashaf sehingga ke pintu.

Sebelum Nia menutup pintu, dia berkata, "доброй ночи (selamat malam)".

***
"Nia!" jerit Prof Amir.

Nia yang tertidur itu terus menegakkan badannya akibat terkejut dengan jeritan itu tadi.

"Saya nak awak keluar dari bilik ni" jerit Prof Amir lagi.

Nia menundukkan kepalanya kerana malu.

"Sebagai denda..."

'Denda. Alaaaaaaaaa' Nia membuat muka polos.

"...saya nak awak kutip sampah satu blok kawasan ni" ujar Prof Amir.

'Hei, nasib baik kau prof tau. Kalau tak, senget hidung kau. Sesuka hati kau je suruh aku kutip sampah. Kau pikir aku makcik cleaner?' bebel Nia dalam hati.

"Boleh tak?!" Prof Amir menjerit lagi.

"Boleh prof. Boleh, boleh" Nia mengangguk kepalanya lalu keluar dari bilik kuliah itu.

Setelah menutup pintu bilik kuliah itu, Nia terus membebel.

"Aku ni dahlah banyak problem, pastu disuruhnya aku kutip sampah. Bebudak kat U ni dahlah buta. Tong sampah yang sebesar alam tu, dibiarkan kosong. Pastu yang bangangnya, sampah dibuang kat tepi tong sampah. Pastu yang kena kutipnya, aku jugak. Kan dah menyusahkan aku. Hah, ni lagi satu masalah. Sampah dalam longkang ni aku nak seluk macam mana. Ya Allah geramnya akuu. Yang prof ni pun satu, suruh kutip sampah, pastu plastik sampah bukannya nak bagi. Ya Allah, Kau bukakan lah otak semua manusia di universiti ini. Amin" hah hambik panjang bebel dia.

"Nak saya tolong?" satu suara menegurnya.

"Boleh. Tapi! Sebelum awak tolong saya kutip sampah-sampah ni, awak pi masuk bilik kuliah tu, awak cakap dengan Prof Amir, saya mintak plastik sampah" Nia menggengam tangannya dengan harapan jejaka yang tampan tu sudi berbuat demikian.

"Okay" ujar jejaka tu. Nia menepuk tangan.

***
Aqram mendengar gadis itu membebel lalu dia tersenyum.

'comel' desis hati Aqram.

"Nak saya tolong" dia memberanikan diri menegur gadis itu.

"Boleh. Tapi! Sebelum awak tolong saya kutip sampah-sampah ni, awak pi masuk bilik kuliah tu, awak cakap dengan Prof Amir, saya mintak plastik sampah" Aqram terpaku melihat wajah gadis lalu dia mengangguk setuju.

Aqram terus menuju ke bilik kuliah yang dimaksudkan oleh gadis itu.

"Awak!, nama awak apa?" jerit Aqram.

"Nia" jerit Nia balik.

Aqram tersenyum lalu melangkah masuk ke bilik kuliah itu.

"Err, maafkan saya. Nia suruh saya mintakan plastik sampah dari prof" Aqram melihat wajah Prof Amir yang tenang itu.

"Ambil lah di stor sebelah" balas Prof Amir.

"Okay, terima kasih. Maaf mengganggu" ujar Aqram.

Aqram terus menuju ke stor itu. Dia mengambil 2 plastik sampah. Satu untuknya, satu lagi untuk Nia.

"Nah!" Nia memandang plastik sampah itu.

"Terima kasih" Nia terus mengutip sampah di sekitar itu.

Aqram mengganguk sambil tersenyum manis.

***

"Fuh penatnya" Nia telah membongkok mengutip sampah saral selama setengah jam.

Dia mengetuk pinggangnya yang terasa sengal.

"Patutlah panas kat koridor ni. Ada iblis rupanya" fuh pedas mamat ni sindir.

Nia menoleh ke suara itu. Qabil ni lagi. Satgi dia ceramah lettew.

"Kalau panas, berambus lah" selamba Nia menjawab.

"Kau memang takde baju yang sopan ke? Entah-entah semua baju dalam almari kau macam baju Neraka" Qabil terus menyindir.

"Kau dah melampau ni" Nia terus menanggalkan sarung tangan tadi.

Baru sahaja dia ingin menumbuk muka Qabil, Prof Amir memanggilnya.

"Spoil ah orang tua ni"

Nia memandang Qabil yang tersengih macam kerang busuk itu.

"Apehal kau sengih-sengih macam orang hilang akal?" ujar Nia.

Nia terus berlalu ke bilik kuliahnya.

Qabil melihat setiap langkah musuhnya sambil tersenyum.

Suami JadianWhere stories live. Discover now