3

257 7 2
                                    

"Abang duduk bahagian dalam eh" Kashaf bergerak ke dalam tempat duduk.

"Lantak kau lah" Aku mengambil tempat dudukku yang kedua dari hujung itu.

Lima minit selepas itu, ada seseorang duduk di sebelah kiriku.

Aku tak dapat lihat wajahnya kerana gelap.

Aku hanya menutup mata dengan tangan sejak cerita bermula.

"Aik, tengok 'kawan' kau rasuk orang pun takut ke?" kata orang di sebelah kiriku.

Aku menghadam ayat mamat itu tadi.

'Kawan?'

"Kau Qabil ke?" soalku perlahan.

"Haah lah. Kau pikir siapa?" tanya Qabil.

"Semak siaa ustaz celup ni" Aku memalingkan badanku menghadap Kashaf di sebelah kanan.

"Kau pehal, dik?" soal Kashaf tetapi matanya tetap 'melekat' di skrin pawagam itu.

"Ada USTAZ CELUP sebelah aku ni" perkataan ustaz celup itu dikuatkan.

"Hahaha. Padan muka kau!" ujar Kashaf lalu melihat cerita itu kembali.

"Kau memang takde baju lagi sopan dari ni ke, iblis?" soal Qabil.

"Pontianak yang hantu tu pun pakai baju longgar. Kau yang manusia ni pulak pakai baju tak senonoh" bebel Qabil.

Aku menekup telingaku.

Qabil meniup telingaku.

"Kau nak apa, syaiton?!" tengkingku.

"Shhh!" orang yang berada di dalam wayang suruh aku diam.

"Abang, aku blah ah. Panas duduk kat sini" Aku mengambil beg tanganku dan lalu beredar.

Qabil mengekoriku.

"Kau apesal ikut aku, dowh?!" tengkingku.

"Saja. Abang kau takde kan. Aku tolong jaga kau. Kalau something bad happen, aku boleh tolong kau" Qabil mengenyitkan matanya.

Aku membuat muka dan terus berjalan.

"By the way, kau ni memang annoying ke?" soalku.

"Annoying? Tak. Aku gentleman" Qabil mendabik dadanya.

"Ow, please. Jangan perasan sangat. Geli euww" Aku membuat gaya hendak muntah.

"Hahaha, kau ni cute eh kekadang" Qabil mendekatkan mukanya denganku. Lalu dia mencubit hidungku.

"Auch!" Aku mengaduh.

"Sakit ke? Sorry, my dear" Qabil resah.

"Hahaha i gurau je. Hahaha" Aku memegang dada.

'Wahai jantung, jangan meletup sekarang. Aku nak pakai kau lama tahuu' fuhh.

"Aku nak pergi kedai buku tu sekejap" Qabil terus mengatur langkah ke kedai itu.

Aku hanya mengekori Qabil.

Tiba-tiba Qabil berhenti. Aku terlanggar belakang Qabil.

"Apesal kau stop, sewel?!" naik seoktaf suaraku.

"Shh" Qabil meletakkan jari telunjuknya di mulutku.

Qabil mengatur langkah ke belakang rak buku itu.

"Hai, dah sihat ke Bella?" sergah Qabil.

"Eh, Bil. Er, I can explain to you, biy" lembut gila suara perempuan ni.

"Biy?! Habis tu, I ni apa bagi you, Bella?" Jerit lelaki di samping Bella.

"We're done, Bella!" Qabil terus menarik lenganku dan berlalu ke tempat lain.

Aku hanya nampak kemarahan di mata Qabil.

                                  ***

"Er, Qabil. Are you okay?" aku melayangkan tanganku di hadapan muka Qabil.

"Aku okay. Dont worry" Qabil kembali tersenyum.

"Aik, nampak girlfriend kau curang pun still boleh tersenyum eh?" aku tertawa kecil.

"Memanglah boleh tersenyum sebab kau ada" Qabil memgenyitkan matanya lagi.

'Woah woahh, jantung nak meletup'

"Jom aku bawa kau beli barang jap" Qabil menarik hujung lengan bajuku.

'Auww dia gentle. auww I tergodaaa' aku tersengih sendiri.

"Jom masuk" Qabil mengheretku ke sebuah kedai pakaian muslimah.

"Boleh pilihkan baju yang sopan untuk perempuan ni tak? Dia tak reti cari baju sopan" Qabil berkata kepada jurujual itu.

"Miss, ikut saya" kata jurujual itu kepadaku.

Jurujual itu menunjukkan beberapa baju muslimah berfesyen kepadaku. Aku hanya mengangguk setuju untuk membeli.

"RM899?!" aku terjerit kecil setelah mendengar harga pakaian itu.

"Ni siapa nak bayar?" soalku kepada Qabil.

"Kau lah bayar. Sebab kau yang pakai" Qabil menyilangkan lengannya.

Aku mengeluarkan kad kreditku sambil membuat muka muram.

"Kau buat muka macam itu lagi, aku cium kau" bisik Qabil kepadaku.

Aku menjegilkan mataku kearahnya.

"Dasar tak guna!" aku mengetap gigi tahan geram.

                                 ***

Aku melihat Nia minum minuman. Walaupun pakaian dia terjal, tapi dia masih tahu beradab sopan.

"Apesal kau tengok aku? Naik seram aku dengan kau ni" kata Nia.

"Perasan! Aku tengok makcik belakang itu lah!" Aku mengalihkan pandangan.

"Dah ah. Aku nak balik. Tata Qabil" Nia terus mengambil beg tangan dan berlalu pergi.

Aku hanya menghantar dia dengan pandangan mata.

'Maya, haih' Aku terus menyandarkan badanku.

Tanpa sedar ada sepasang mata sedang memerhati gerak-geri Qabil dan Nia.

"Siap kau Qabil!" tak lekang semyuman sinis di bibirnya.
                                

p/s: i totally takde idea sekarang. sorry guys. hahaha. and sorry if ada typo.

Suami JadianWhere stories live. Discover now