5

182 6 0
                                    

4 bulan sebelum majlis...

"Nia, buka pintu bilik ni, sayang" mama mengetuk pintu bertalu-talu.

Aku melihat jam dimeja sisi katilku.

"Baru pukul 5 pagi. Kejap, mama!" laungku.

Aku melangkah kepintu.

"Kenapa, ma?"

"Papa. Papa kena heart attack!"

"WHAT?! Jom kita pergi hospital" Aku terus mengambil shawl dan cardigan labuh serta kunci kereta dan seangkatan dengannya.

"Nia pakai baju ni je ke?" soal mama.

"Urgent. Tak ada masa nak pakai lelawa"

Aku dan mama terus mengangkat papa kedalam kereta.

Aku terus memandu kereta ke hospital.

'Sabar, papa ')'.

                                 ***

Aku bermundar mandir di depan wad kecemasan. Risau nok.


"Duduklah Nia. Mama pulak yang risau tengok kamu ni"

"Taknaklah ma.."

Seorang doktor keluar daripada wad kecemasan.

"Doc, macam mana dengan suami saya?" mama terus meluru ke arah doktor tu.

"Boleh ikut saya?" ujar doktor itu.

'Suara tu, macam suara..'

Aku mengangkat mukaku.

"Qabil?"

"Nia? Kau buat apa kat sini?"

"Sejak bila kau jadi doktor dekat hospital ni?"

Soalan dibalas soalan.

"Nanti aku bagitahu. Jom ke bilik saya dulu, puan" Qabil berlalu ke biliknya dengan seorang jururawat.

"Jom Nia" mama menarik tanganku.

                                ***

"Begini puan, serangan jantung ni berlaku disebabkan saluran arteri tersumbat dan telah menyebabkan peredaran darah tidak sampai ke otot jantung. Pernah tak suami puan mengadu sakit di bahagian dada, lengan, leher atau sakit kepala yang teramat sangat?"

Qabil memerhati mama dan aku silih berganti.

"Ada, tapi saya anggap itu cuma lenguh sahaja sebab sejak akhir-akhir ni dia selalu sibuk kerja" mama nak nangis. Aku peluk bahunya.

"Ada cara tak, nak sembuhkan ayah aku?" soalku.

"Ada. Melalui pembedahan PTCA" ujar Qabil.

"PTCA tu apa?" soalku lagi.

"PTCA (Percutaneous Transluminal Coronary Angioplasty) atau dikenal juga dengan sebutan PCI (Percutaneous Coronary Intervention) adalah tindakan minimal invasif dengan melakukan pelebaran dari pembuluh darah koroner yang menyempit dengan balon dan dilanjutkan dengan pemasangan stent agar pembuluh darah tersebut tetap terbuka. Sesuai dengan namanya, tindakan dilakukan dengan hanya insisi kulit (Percutaneous) yang kecil, kemudian dimasukkan kateter ke dalam pembuluh darah (Transluminal) sampai ke pembuluh koroner, dan dilakukan tindakan intervensi dengan inflasi belon dan pemasangan stent (Coronary Angioplasty)" terang Qabil.

'Ha tang ni aku dah start tak faham. Aku bukan budak medic. huwaaa'

"Ada risiko tak, doktor?" soal mama.

"Ada. Pendarahan boleh berlaku, serta di dalam beberapa kes ada terdapat penggumpalan darah di lokasi pembedahan. Jangan risau puan, peratus untuk operation ni berjaya adalah  90%, 99% atau 100% selamat.  Kejayaan atau kegagalan sesuatu pembedahan terpulang sepenuhnya kepada keadaan pesakit" Qabil tersenyum.

"Mahu teruskan?" soal Qabil.

Mama mengangguk.

"Baiklah, nanti saya bagi borang kebenaran, puan isi ya. Nurse." Qabil menghulurkan pen kepada mama.

Mama mengisi borang kebenaran itu dengan senyap.

Aku terasa diperhatikan. Aku memandang Qabil.

Dia kenyit mata. Aku besarkan mata. Dia cakap sorry tapi tak keluarkan suara. Aku jeling dia. Dia gosok tapak tangan. Aku jelir lidah. Dia buat gaya kucing gatal.

"Em ni doktor suratnya" mama meletakkan surat itu di depan Qabil.

Qabil terus duduk tegak. Dia berdehem, membetulkan tali leher.

"Terima kasih ya, puan. Saya akan pastikan operation itu selamat" Qabil membuat gaya seakan berikrar.

"Saya percayakan kamu. Boleh saya lawat suami saya sekejap?" soal mama.

"Boleh, tapi seorang sahaja yang dibenarkan masuk untuk melawat"

Qabil tipu je. Sebenarnya dia nak berbual dengan Nia. Chait.

"Kalau macam tu, mama masuklah. Ciumkan pipi papa untuk Nia" Aku hanya tersenyum

Senyuman aku mati bila nampak Qabil tunjukkan pipi dia, isyarat suruh cium pipi dia jugak.

"Ha ye la. Mama pergi dulu" mama menepuk bahuku.

Setelah bayang mama tak kelihatan, Qabil terus jadi liar.

"Hai bucuk masyam anje bulat pipi sayang kita ni" Qabil dah start buat muka cute.

'Layankan je la, Nia'

"Hai doktor poyo muka masam"

"Haha, kurang ajar kau. Sihat tak? Sorrylah tak contact kau. Lost contact. Phone aku kena curi" Qabil mengusap kepalaku. Berlapik hokayy.

"La, kesiannya. Padan muka, werkk" Aku menarik tali lehernya.

"Nak tercekiklah. Lepas!" Qabil menarik tanganku.

"Janganlah pegang tangan aku. Cepuk kang" gumamku

"Kau tarik tie aku kenapa. Kau cari pasal dulu. Padan ah muka werkk" Qabil menarik hujung tudung aku. Dia terus berlari.

"Kurang asam keping punya doktor. Woi tunggu!" aku terus mengejarnya.

Adegan bergaduh dah start.

Dibalik dinding, mama memerhatikan tingkah laku Nia dengan Doktor Qabil.

"Ingat mama tak tahu" mama hanya tersenyum dan berlalu ke wad kecemasan.

Suami JadianWhere stories live. Discover now