Kim Seokjin- The Day (1)

26 0 0
                                    

Sunday
Jan 5, 2020
19:23 p.m.

Dia berpeluk tubuh, menanti kehadiran rakan baiknya dengan carutan di hati. Berbakul sumpah serenahnya dihadiahkan pada Yoongi, lelaki berwajah beku itu. Kalau bukan kerana dia cuti hari ini, tak mungkin dia akan setuju dengan rancangan Yoongi.

Tetapi, perlu ke buat cutinya yang sehari seperti ini. Sudahlah esok dia perlu masuk kerja kembali. Dia bernasib baik kerana cutinya diluluskan, fikirnya dia mahu menghabiskan masanya di rumah. Membersihkan apa yang patut, merehatkan diri.

Dia memujuk dirinya. Berkali- kali mengingatkan lelaki itu adalah kawan baiknya.

"Sorry aku lambat."

Matanya tercelik apabila mendengar suara kasar Yoongi, laju dia ingin menghamburkan kata cacian pada lelaki itu. Tetapi melihat Yoongi tidak keseorangan, dia menghentikan niatnya.

Wanita yang berdiri di sebelah Yoongi menjadi perhatian matanya. Melihat wajah lembut wanita itu, hatinya jadi tidak keruan.

"Siapa ni?" Soalan pertama dia ajukan pada Yoongi. Tidak teringat langsung untuk mengajak mereka duduk.

"Kawan kerja aku. Aku dah janji nak- auch!" Tak sempat Yoongi menghabiskan katanya, lengan kanannya dicubit. Kuat. Dijeling pada wanita yang berdiri di sebelahnya.

Wajah Seokjin berubah melihat kemesraan mereka berdua. Ini pertama kali matanya disantap dengan adegan seperti ini. Sebelum ini, Yoongi tidak pernah bawa kawan perempuannya bersama. Dia tidak suka.

Cemburu ke dia?

Tetapi mereka baru sahaja bertemu untuk pertama kalinya. Tidak mungkin hatinya sudah terpaut pada wanita ini. Namanya pun dia tidak tahu.

"Duduklah." Pelawa Seokjin mahu tak mahu. Hatinya yang bahagia seperti bertukar keruh. Sebolehnya dia ingin pulang ke rumahnya sekarang. Tidak mahu duduk bertiga.

Matanya daripada tadi tidak berhenti memandang wajah lembut wanita ini. Dia ingin mengetahui nama dan latar belakang rakan sekerja Yoongi. Rakan sekerja atau teman mesra?

"Ini Minjung." Beritahu Yoongi pada Seokjin. "Dan ini Seokjin." Dia memandang pada Minjung.

Minjung tersenyum lebar pada Seokjin. "Selamat berkenalan." Ucapnya setiap kali permulaan untuk dia bersuai kenal.

Seokjin hanya mengangguk. "Order lah something. Aku dah makan tadi sebenarnya, lapar." Beritahu Seokjin sebelum mencari pelayan.

Melihat gaya percakapan dan layanan Seokjin, wanita itu terasa hati. Dia dapat rasakan kedinginan pada layanan lelaki ini. Bibirnya yang tersenyum tadi terus kendur dengan balasan yang diterima.

Yoongi memandang pada Minjung di sebelahnya sebelum berpaling pada Seokjin yang duduk berhadapannya. Tidak tahu perkara apa yang ingin dibualkan jika Seokjin sudah menunjukkan tanda-tanda tidak suka.

"Hyung berapa lama cuti?" Soal Yoongi panasaran. Satu cara untuk membuatkan lelaki di hadapan ini membuka mulut.

"Dua hari. Ini pun aku minta sebab ada hal yang perlu aku selesaikan." Semalam sudah digunakan untuk menyelesaikan wasiat ayahnya, jadi hari ini dia fikir untuk merehatkan diri di rumah. Tapi diganggu waktunya oleh Yoongi.

FELICITY (BTS)Where stories live. Discover now