Kim Taehyung - Memories of a teacher (2)

9 0 0
                                    

Thursday
March 26, 2020
17:17 p.m.

Senyap.

Cangung antara mereka berdua. Pendingin hawa yang dipasang memang tidak membantu langsung di saat dia sedang berdebar. Makin berpeluh tapak tangannya gara-gara rasa risau dan takut.

Puan Kim tersandar penat pada sofa, lima belas minit dia menunggu masing-masing membuka mulut, tetapi tiada siapa yang ingin mulakan dahulu.

Perangai, dua kali lima. Ego mereka berdua sama sahaja, tiada perbezaan. Apa yang ada pada suaminya, ada juga pada anak lelakinya. Saling tak tumpah. Kadang-kadang dia, Taejun dan mendiang Haein yang jadi mangsa.

Dia sangat bersyukur kerana Taejun, anak keduanya tidak seperti Taehyung dan suaminya. Jika tidak, semakin bertambah teruk maigrain nya.

"Ehem.." Taehyung berdehem perlahan. Ingin ayahnya memberi perhatian padanya, daripada tadi dia lihat ayahnya sibuk membaca surat khabar.

Dia tahu, ini semua salahnya. Kerana itu dia ingin memulakan dahulu. Bukan senang untuk dia memberikan kata maaf. Selama ini, hanya dengan ibunya sahaja dia berhubung dan bertanya khabar.

Salahnya juga, tiba-tiba sahaja meletakkan jawatan.

"Kamu merepek apa ni Taehyung?" Keras suara Encik Kim tatkala dia mendengar hebahan dan berita dari mulut pembantunya. Bukan dari mulut anaknya sendiri. Rasa malu dan marah akan perangai Taehyung.

"Saya nak letak jawatan." Bicara Taehyung perlahan. Hatinya jadi kosong, dia seperti tidak lagi menginginkan apa yang dia ada selama ini. Kerjanya juga jelas merundum jatuh setelah kepergian mendiang Haein.

"Kamu ingat benda ni boleh buat main-main?! Siapa nak tolong ayah uruskan pejabat?!" Marah Encik Kim. Dia tidak peduli jika pekerjanya mendengar pergaduhan mereka. Dia ingin semua orang tahu, ini akibatnya jika melanggar arahan dan aturannya.

"Taejun kan ada? Dia boleh handle syarikat papa. I don't want to be here." Jika dibandingkan dia dan adik lelakinya, Taejun boleh dipercayai. Dia boleh lihat minat yang ada pada diri Taejun.

Minat boleh dipupuk.

Dia menyampah dengan ayat yang selalu disebut oleh ayahnya itu. Sehingga kini, dia tidak berminat langsung untuk menceburi dalam dunia perniagaan. Hampir setahun dia bekerja di bawah ayahnya, tiada satu pun pencapaian dari titik peluhnya.

"Kamu anak pertama Taehyung! Jangan lupa tanggungjawab kamu!"

Dia benci dengan aturan keluarga mereka. Semua perkara diletakkan pada anak sulung. Semuanya adalah tanggungjawab anak pertama. Dia benci!

"Kalau macam tu, biar saya keluar dari keluarga Encik Kim. Biar Taejun jadi anak pertama." Luahnya geram. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia meluahkan rasa penat yang dia simpan selama ini.

Sakit hatinya melihat Encik Kim seperti tiada perasaan sedih pada apa yang telah berlaku pada keluarga mereka. Kematian Haein sepertinya tidak meninggalkan impak pada ayahnya. Masih lagi sibuk memikirkan tentang syarikatnya di saat Haein sedang nazak di hospital.

"Kamu!" Encik Kim memegang dadanya. Mendengar bait bicara tersebut yang keluar dari mulut anak lelakinya, sakitnya datang kembali. Tidak pernah dia sangka yang Taehyung bakal mengutarakan perkataan tersebut.

"Jangan pernah jejakkan lagi kaki ke rumah!"

"Kenapa datang sini?" Soal Encik Kim kasar, mematahkan lamunannya tatkala dia memilih untuk mengeluarkan diri dari kelompok keluarga Encik Kim.

Matanya naik memandang ayahnya. Berdebar sungguh dadanya, di dalam mindanya berpusing-pusing ayat yang sedang dia reka. Hanya kata maaf, tetapi masa yang diambil seperti sedang membina ayat yang gramatis.

FELICITY (BTS)Where stories live. Discover now