Thursday
Jan 9, 2020
03:37 a.m.Berkeluh kesah bibirnya. Dia tidak tahu, tetapi hatinya kuat mengatakan yang akan ada sesuatu yang berlaku hari ini.
Jam di tangannya sudah menunjukkan jam lima petang. Minjung sudah berjanji dengannya yang mereka akan bertemu di Kafe Blossom pukul 4:30 petang, tetapi sehingga kini wanita itu tak memunculkan dirinya.
Sungguh dia tak sedap hati.
Telefon tak diangkat, mesejnya juga tak dibalas.
Tak pernah-pernah kekasihnya menyepikan diri tanpa beritahu sesuatu padanya.
Kekasih? Ya, mereka dalam fasa bercinta dan mengenal hati budi masing-masing. Bergaduh, menangis, gembira bahkan berpisah selama sebulan, semua mereka pernah lalui.
Sejak penerbangannya di London tempoh hari, dia terus mengajak Minjung menjadi teman wanitanya. Berkali-kali wanita itu menolak, dengan alasan mereka berdua baru sahaja kenal.
Gila. Memang dia gila, dia takut jika Minjung menjadi milik orang lain. Kerana itu dia melakukan perkara drastik seperti itu.
Selepas tujuh kali ditolak, akhirnya Minjung terima. Hari itu, adalah hari bermakna baginya.
12.6.2017
Kalau dikenang kembali, terasa seperti orang bodoh pun ada. Mengejar seseorang tanpa henti. Tetapi memikirkan apa yang dicapai terlalu bernilai, dia bersyukur dengan apa yang dia lakukan.
Sedang sibuk melayan lamunannya, ada bunyi ketukan pada tingkap di sebelahnya.
Kepalanya berpusing, kemudian dahinya berkerut. "Minjung?" Bisiknya perlahan. Pelik melihat wanita itu berdiri di luar kafe. Kenapa tidak masuk sahaja?
Jari telunjuk Minjung menuding pada telefon pintar Seokjin, mengarahkan untuk lelaki itu melihat pada telefon.
Laju telefon tersebut dicapai, dia melihat pada skrinnya. Ada satu pesanan dari Minjung sendiri, dia tidak sedar, barangkali sibuk termenung.
Berdebar jantungnya tatkala ayat penuh tersebut dibaca.
Can we change our relationship?
Minjung dicari, tetapi tiada. Kelibat wanita itu hilang dari pandangannya. Bingkas dia berdiri, berlari keluar dari kafe. Cuba untuk mencari kekasihnya.
Dia pasti Minjung masih lagi berada di kawasan sedekat ini. Tak mungkin wanita itu boleh menghilangkan diri selaju ini.
"Encik." Teguran dari seseorang mengehentikan pencariannya, laju dia berpusing menghadap seorang remaja lelaki. Menghulurkan sekuntum bunga ros merah. "Untuk Encik."
Apabila bunga ros bertukar tangan, pengirim itu segera berlari. Tidak sempat mulutnya ingin menanyakan soalan.
W
Ada satu huruf ditulis menggunakan marker pada balutan bunga ros itu. Di saat dia cuba untuk menyelesaikan teka-teki tersebut, dia menerima lagi satu kuntum bunga ros.
Y
Enam kuntum bunga ros diterima olehnya. Setiap satu darinya mempunyai huruf yang tertulis-