Part 1

286 10 3
                                    

Aku Orkid Dahlia Binti ismail.berumur 20 tahun.Seorang anak yatim piatu.Dari kecil dibesarkan dirumah anak-anak yatim kasih kasturi.Aku tidak pernah mengenali atau berjumpa kedua ibu bapa aku.Hanya nama mereka sahaja yang aku tahu.Ayah aku bernama Ismail Bin mohamad tarmizi jakfar manakala ibu aku bernama Siti Aisyah Binti muhammad Arifin.Siapa yang tidak mengenali diri aku di Uni?Semua pelajar disana mengenali aku.Aku bukan terkenal kerana cantik tidak.Aku terkenal kerana aku seorang budak nerd yang naif dan senang di buli.
Kisah hidup aku tidak seindah rapunzell yang akhirnya berjumpa cinta sejatinya.hidup aku penuh dengan kekejaman.Adakah aku akan selamanya tersiksa dalam genggaman si dia yang tiada hati perut?Setiap hari aku berdoa kepadanya supaya diberikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujiannya.Aku percaya disetiap kesedihan akan ada kegembiraan.tetapi bila?.Bila aku akan bahagia seperti orang diluar sana?.Melihat dunia yang penuh dengan kekejaman membuatkan aku takut untuk keluar dari rumah.

Firash Haiqal Bin Dato' Firash Hazmi.berumur 25 tahun dan bekerja disyarikat keluarganya,memegang jawatan sebagai CEO Firash Holding. Dia seorang lelaki yang tampan,bergaya,mempunyai kerjaya dan kegilaan gadis diluar sana.tetapi bukan aku.Walaupun begitu dia bukan seorang kaki perempuan atau panggilan yang selalu orang gunakan 'playboy'.Ya aku mengaku kali pertama berjumpa dengannya jantung aku berdegup kencang tetapi saat aku mengenalinya dengan lebih rapat,dia bukan seorang yang baik.Dia bagaikan seekor syaitan yang menyerupai manusia.Sifat panas baran dan kejam hadir dalam dirinya disaat sebuah kemalangan berlaku pada dirinya.Ya aku mengaku memang aku yang harus dipersalahkan atas kejadian itu.Tapi saat itu aku diserang pening kepala dan aku tidak sedar akan kereta yang dipandu oleh Firash Haiqal sedang meluncur laju kearah aku.

..Dan bermulalah kisah aku..
_______________________________
Cerita kedua saya DENDAM ATAU CINTA?
Saya suka cerita yang kejam sbb tu saya reka cerita ni.So enjoy
Ianya akan jadi cerita yg sungguh kejam WAHAHAHA!!!

Dendam Atau Cinta?Where stories live. Discover now