Part 3

151 7 4
                                    

Hari yang paling menggembirakan bagi semua pelajar..tak lain dan tak bukan ...CUTI SEMESTER!!!wuhuu..

Aku dan Emy berjalan  dari satu Butik ke Butik yang lain."Deyyy penatlahh.kita singgah makan dulu please.Nak tercabut skru dalam kaki aku ni ha..perut aku pun dan buat konsert AF ni" Syed Emylia Sofia ni kalau dah jumpa shopping mall, lelaki hensem sebelah mata pon dia tak pandang."alaa kau ni lia baru 30 minit kita ronda mall ni..nanti bila kau nak beli barang kahwin lagi lama."ke situ pulak minah ni...

"masalahnya dah 2 jam kita ronda mall ni...tangan kau pon dah penuh dengan beg..Kesian bakal suami kau dapat isteri gila shopping...aku turut bersimpati"harap-harap berjaya lah pujuk emy dari sambung shopping..habis kopak duit bapak si emy ni sebab dapat anak gila shopping.Eh tak mungkin punya kopak duit bapak dia.12 keturunan pon belum tentu habis duit bapak dia.Nampak tak hiperbola disitu?

"ye lee disebabkan aku simpati tengok sahabat sehidup semati sekaki aku ni jadi mari kita makan.segala kos pembayaran biar aku yang tanggung!!nak makan di mana wahai Tun Teja?."peluang keemasan...tak boleh tolak rezeki.

"Ini yang membuatkan patik sayang pada tuan hamba..baik lah patik teringin nak makan western food..Hmmm Sri Murni..jom makan di  restaurant Sri Murni.Alang-alang kau dah belanja ni baik kite manfaatkan bende ni dengan pegi tempat yang mahal."yaya aku tau aku ni jahat.

(untk pengetahuan readers restaurant Sri Murni ni makanan dia sedap,banyak and harga dia pon boleh tahan.Author pergi sana dengan mak cik.Pehh banyak gila,author makan sorang tak habis..jap asal kita cakap pasal bende ni?)

"amboii bila aku belanja je kau sayang..habis tu selama ni kau tak sayang aku la..kau habis ke nak makan dekat Sri Murni tu?,makanan dia dah la banyak.aku takut membazir je nanti"

"alamak kau ni Emy emo pulak tiba-tiba lek la aku bukan tak sayang kau selama ni.bila kau belanja tu yang buat aku tambah sayangkan kau.Patik jamin 100% yang makanan tu akan licin patik makan dengan makanan kau lagi aku habiskan." 

"yolooo jom,perut aku pon dah minta di isi.Let's eat!!!.Restaurant Sri Murni i'm coming!!!"aku dan emy berjalan di bahagian food court (betul ke ejaan sis ni?)di dalam mall yang kami berada.

"we nyah...aku nak gi tandas jap..kau pergi lah dulu nanti aku datang..tolong oderkan aku makanan fav aku tau..tak tahan nak terkucil ni.."peh saat saat bergini lah dia datang."ha yela..kau ni asal nak makan je mesti nak terkucil..aku rasalah pundi kencing kau ni ada masalah lah.pergi jumpa dokter pakar kencing lah lain kali"pehh mulut dia main lepas je..kadang-kadang rasa macam nak tampar je tapi bila difikirkan yang dia tu member baik aku ..aku buang hasrat aku tu jauh-jauh.

Aku berjalan dengan lajunya menuju ke tandas.GEDEBUK!!!(pelik benor bunyi nye tu)

aduh orang mana pulak yang aku langgar ni..aku pandang ke hadapan.usyy aku langgar makwe dia tapi yang aku tengok muka pakwe dia yang bengang(deyy yang kau langgar tu makwe dia,sudah pasti lah dia marah).tabah kan lah telinga ku ini untuk mendengar segala cacian..tapi hensem jugak lah laki ni..mempunyai iris mata berwarna kelabu cair.ni mesti mix.hidung yang mancung.pehh tengok bibir dia tu merah bak delima ni pulak mesti tak hisap rokok.Usyy dah terok kau ni Lia sempat lagi kau scan anak teruna orang.Tapi dia ni still teruna ke tak ni?usyy tak baik bersangka buruk pada orang yang hensem..

"woii mata kau letak dekat tapak kaki ke?dah pakai spek mata besar gedabak pon tak nampak orang tengah jalan.muka dah la nerd..tengok muka pon dah tau anak orang miskin.mak bapak tak ajar jalan pandang depan ke masa kecik?"ya allah aku tak kuat bila melibatkan mak bapak.Aku hanya mampu memandang lantai yang berkilau.Lantai ni lagi bersih daripada hati laki dekat depan aku ni.

"biy tak perlu lah marah dia sampai macam tu sekali.dia mesti tak sengaja.mana tau dia ade emergency ke?tak perlulah biy marah sampai macam tu.Dia juga ada perasaan."nasib baik makwe dia support aku.

"ling tak perlulah nak bela perempuan macam ni.Mata ada tapi tak pakai.Lebih baik bgi orang buta lagi bagus.Dasar anak orang miskin.mak bapak tak ajar macam mana cara nak berjalan la tu"Dia panggil makwe dia keling ke tadi?,ke aku yang salah dengar?tabahkan lah hati ini.aku pandang muka lelaki tadi dengan linangan air mata.

"saya anak yatim piatu dari lahir"hanya itu saja ayat yang mampu aku ungkapkan ketika itu.aku terus berjalan menuju ketandas.Semasa di dalam tandas aku menangis sepuas puasnya dengan tidak memandang kiri dan kanan.

sedih hati ini apabila orang mengata tentang ibu bapa aku yang tidak pernah sekali pon aku jumpa bahkan melihat muka mereka.Mana ibu bapa aku?macam mana muka mereka?masih adakah mereka didalam muka bumi ini?..aku terus menangis sehingga tangisan aku berkurangan..

"Maaf..Cik buat apa di sini?"seseorang menepuk bahu ku perlahan.kenapa suara dia macam lelaki?aku mengangkat kepala ku dan memandang orang yang menegur ku.Aik asal ada lelaki dalam tandas perempuan..

"awak buat ape dalam tandas perempuan!!.Awak nak mengintai perempuan eh?"marah aku."sepatutnya saya yang tanya cik kenapa ada dalam tandas lelaki.Cik mengintai lelaki ke?"ehh sekejap!!aku memandang kiri dan kanan disini aku di perhatikan oleh lelaki.Ya allah malunya aku..Sedih sangat sampai tak perasan diri masuk tandas lelaki.

"AHHH!!maafkan saya..salah masuk tandas..!!"aku menutup muka ku kerana malu..dan beredar dari situ.Huh boleh tak aku nak tukar muka baru?aku segera masuk kedalam tandas wanita dan membuang hajat ku yang tidak kesampaian tadi.

Semasa keluar dari tandas aku bertembung dengan lelaki yang menegur aku tadi.Dia senyum pada aku."lain kali nak masuk tandas tengok lambang pada luar tandas.pastikan itu tandas perempuan ye."cantiknya senyuman.Aduh malunya kene tegur.."maaf tentang tadi.saya tak perasan.

"tadi saya nampak awak menangis.kenapa?ada perkara buruk berlaku?mana tau saya boleh tolong"waduhh mulianya hati jejaka dihadapan aku ni."Ehh tak dela saja je buat drama petang.emo sikit biasa lah perempuan."tipu je kerja kau Lia."ouh..awak kene pandai kawal perasaan.kalau macam tu saya pergi dulu ye?"alaa dah nak pergi ke..*hujan hujan muka sedih*menggatal lah kau ni lia.sejak bila jadi ulat bulu ni?

"ha..yela saya pun nak pergi ni.nanti kawan saya membebel pulak.assalamualaikum"dia menjawab salam dan beredar dari pintu  tandas lelaki dan aku beredar dari pintu tandas perempuan.(faham tak?kalau tak faham pandai-pandai ah korang bayang kan)

Huh nanti mesti kene bebel dengan Emy.Ni semua pasal mamat celup tak ada adab tu.bende tak dela terok sangat.aku tengok makwe dia boleh lagi berdiri,tak de pulak aku tengok makwe dia tak boleh jalan.Saja nak cari masalahh.

Tabahkan lah hati ini.....

##########################################################################

Finally yeyyy dah siap.rasa tenang fikiran ni bila dah update..extra update just for readers tercinta...!!!

don't forget to vote and comment guyzz

Dendam Atau Cinta?Where stories live. Discover now