Selamat Hari Jadi

124 8 0
                                    


"Happy Birthday Mikha!" ucap abang-abangnya pada Mikhail. Riz lalu menghidup kan lampu, keadaan yang seketika tadi gelap beransur terang. "Cepatlah buat hajat dan tiup lilin ni. Nanti terlepas hajat pula" kata Qimi sambil memegang sebiji kek yang mempunyai enam belas batang lilin. Mikhail menutup matanya dan kemudian meniup lilin itu. "Potonglah cepat kek tu" gesa Riz. Dia segera merampas pisau yang dipegang oleh Mikhail namun ditepis oleh Danny. "Apa yang kamu buat ni? Harini biarlah birthday boy kita yang makan dulu" marah Danny sambil memandang tajam kearah Riz. "baiklah abang" balas Riz sambil menundukkan muka nya. Dia tak berani nak melawan abangnya yang sorang ni, silap hari bulan duduk hospital lah dia. "hahaha, padan muka" kata Raid sambil tersenyum sinis kearah Riz. "diamlah kau!" marah Riz.

Mikhail tergelak kecil melihat telatah abang-abang nya itu. Selama enam belas tahun dia hidup, abang-abangnya lah yang telah menjaga dia. Mikhail difahamkan oleh abang-abangnya bahawa kedua ibu bapa mereka telah mati ketika Mikhail dilahirkan enam belas tahun yang lalu. Matanya melihat kearah Qimi, Nequ dan Danny. Mereka lah yang mencari duit untuk keluarga ini daripada bekerja sebagai pekerja biasa sehinggalah menjadi bos di tempat kerja masing-masing. Mata Mikhail beralih pula kearah Raid dan Riz. Dua orang abang kembar yang selalu bermain dan bergurau dengannya. Akhirnya, matanya tertangkap kearah satu susuk tubuh di penjuru ruang tamu mereka. Ya, itulah Ayuna, satu-satunya kakak kepada Mikhail. Gadis itu hanya duduk sambil memerhatikan abang-abangnya yang lain.

"Kak Yuna, marilah makan dengan kami" pelawa Mikhail, dia mengharap kan kakak nya itu akan turut bergembira seperti yang lain. "pergilah kau dari sini, meluat aku tengok kau. Aku benci kau,faham tak? Pergi! Aku tak nak tengok muka kau kat sini" jerit Ayuna menyebabkan semua yang berada disitu menoleh kearahnya. Mikhail segera berlari masuk ke biliknya, dia menangis di tepi katilnya.

Dia tidak faham, mengapa Ayuna amat membencinya. Setiap tahun pada hari jadinya, dia membuat hajat agar kakaknya akan baik kepadanya. Namun segala-galanya adalah sia-sia, malah Ayuna pernah beberapa kali cuba untuk membunuhnya tetapi gagal kerana abang-abangnya yang lain sempat menghalang Ayuna. "Yuna! Kamu ni tak boleh ke buat baik sikit dengan adik kamu? Harini kan hari jadi dia" marah Nequ dengan tindakan melulu Ayuna yang menengking Mikhail. "biarlah! abang tak ingat ke, apa yang kita lalui sebab dia" balas Ayuna dalam keadaan marah. "tapi perkara tu kan dah lama berlaku. Lagipun dia tak bersalah" jerkah Danny. Riz dan Raid hanya mampu melihat mereka bertikam lidah, mereka tahu mereka tidak ada hak untuk turut serta dalam pergaduhan itu. "bukan salah dia? dia yang buat mama mati. Abang tak ingat ke?!" jeritan Ayuna bertambah kuat. 

KuasaWhere stories live. Discover now