"jadi itulah yg berlaku" kata Qimi lemah. Mikhail bertambah bingung. Jadi dia lah penyebab mama mereka mati. Dia juga lah yang telah membuatkan Abang Qimi mati suatu ketika dulu. Tiba-tiba keadaan menjadi gelap. Kemudian keadaan kembali terang namun Mikhail tiada ditempatnya. Qimi yang pernah melihat keadaan ini rasa seperti dejavu. Kemudian Qimi berlari keluar dan terus ke laman belakang rumah mereka. Nequ, Danny, Raid, Riz dan Ayuna yang sedang berbincang tentang perkara tadi hanya mengikut nya.
Di tengah laman belakang terdapat satu puting beliung berwarna hitam yang sangat kuat, kemudian muncul seorang lelaki bertopeng bersama Mikhail. "jangan apa-apakan dia" jerit Riz, walaupun dia suka membuli adiknya itu tapi dia sangat sayangkannya. Lelaki itu mengeluarkan sebatang picagari dan menyucuknya di leher Mikhail. Mikhail menjerit kesakitan sebelum jatuh disebelah lelaki itu. "apa yang kau buat kat dia" jerit Raid. Dia risau apabila melihat Mikhail tiba-tiba sahaja rebah. "jangan risau, Mikha cuma pengsan untuk seketika waktu, nampaknye dia tak nak bunuh Mikha,mesti ade sesuatu yg dia mahukan daripadanya" kata Nequ, dengan menggunakan kebijaksanaannya dia dapat tahu cecair apa yang lelaki itu gunakan pada Mikhail.
Danny mula menyerang dengan menumbuk lelaki itu dengan kekuatannya, namun lelaki itu sempat mengelak. Danny terpelanting kebelakang akibat terkena serangan balas lelaki itu. Melihat keadaan abangnya, Riz segera mengunci kaki lelaki itu dengan menggunakan tenaga tanah. Kemudian Raid membuat medan kuasa di sekeliling lelaki itu untuk menghalangnya daripada membuat serangan. "Ayuna, cepat masuk fikiran dia dan dapatkan maklumat" arah Qimi kepada Ayuna tetapi Ayuna buat tak endah seperti tiada apa yang berlaku. "Ayuna!" jerit Danny pula. "biarlah kalau lelaki tu culik dia. Saya tak kisah, biar je dia bunuh Mikha tu lagi senang" Ayuna membentak.
Sementara itu, genggaman kuasa Riz dan Raid semakin lemah. Lelaki bertopeng itu sudah bersiap sedia untuk membuat serangan. "Ayuna!" kali ni Danny tidak dapat menahan kemarahannya lalu menampar Ayuna menyebabkan gadis itu terduduk kaku dia atas tanah. "kamu dah lupa ke apa yang papa kata? Setiap nyawa itu berharga kan!" Danny berkata. Perangkap Riz dan Raid akhirnya lenyap, mereka terduduk tidak terdaya. Qimi dan Nequ yang dari tadi cuba untuk mendapatkan Mikhail yang pengsan di sebelah lelaki bertopeng itu, diserang dengan kuasa misteri yg keluar dari cincin yang dipakai oleh lelaki itu. Danny yang melihat tiada perubahan pada reaksi Ayuna segera menyerang lelaki bertopeng itu menyebabkan lelaki itu tercampak ke tanah.
"inilah peluangnya" kata Raid di dalam hati. Dia segera menjadi halimunan dan menarik Mikhail kearah Nequ dan Qimi. Danny, Raid dan Riz bergabung kuasa melawan lelaki misteri itu. Namun, sebelum lelaki itu tumbang, dia sekali lagi mengeluarkan kuasa misteri daripada cincinnya dan menyerang kearah Riz. Lelaki itu rebah begitu juga Riz. Nequ, Qimi, Danny dan Raid melihat keadaan Riz. "Ayuna!" jerit Qimi secara tiba-tiba, pada masa yang sama satu cahaya berwarna merah meluru laju kearah Ayuna. Ayuna tidak dapat melarikan diri, dia juga tidak mempunyai kuasa pelindung. Jadi Ayuna hanya dapat memejamkan matanya. "mungkin nilah penghujungnya" bisik hati kecilnya.
YOU ARE READING
Kuasa
ActionOld story, that i change from fanfic to my original story. Actually fanfic tu just pinjam nama so still original story. Some might dah baca story ni under my sister name (as fanfic), so this my first and original story. Kisah 7 beradik istimewa ya...