"betul ke saya penyebab mama mati?" tanya Mikhail yang tiba-tiba keluar dari biliknya. Semua yang berada di ruang tamu terkejut. Apa yang mereka harus lakukan, rahsia yang selama ini disimpan rapi akan terbongkar tidak lama lagi. Tiba-tiba Ayuna bersuara. "Ya, betul. Mama mati sebab nak lahirkan makhluk macam kau!" Ayuna menjerit, matanya mula berkaca. Mikhail sangat terkejut mendengarnya, jadi inilah penyebab mengapa Ayuna sangat membencinya.
Qimi yang melihat, Mikhail yang dalam keadaan kebingungan segera menariknya masuk ke dalam bilik bacaan. "betul ke, apa yang kak Yuna cakapkan tu?" tanya Mikhail kepada Qimi. Qimi menarik nafasnya dalam-dalam, nampaknya sudah tiba masanya dia memberitahu segala-galanya kepada adik bongsunya itu. "Mikha, kamu tahu kan yang kita istimewa?" tanya Qimi kepada Mikhail. Mikhail mengangguk lemah, dia tahu yang setiap ahli keluarganya mempunyai kuasa istimewa.
Qimi, abang nya yang sulung. Mampu meramal masa depan dan mempunyai tiga nyawa tetapi khabarnya nyawa Qimi hanya tinggal dua sahaja akibat perlawanannya yang dulu. Seterusnya, Nequ mampu bergerak dengan pantas dan mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa. Kemudian, Danny pula mempunyai kekuatan yang hebat dan juga dia kebal dari apa-apa serangan sekalipun. Raid mampu menjadi halimunan dan mempunyai medan kuasa yang kuat disekelilingnya manakala Riz pula mampu mengawal semua jenis tenaga semula jadi di sekelilingnya. Akhir sekali, Ayuna mempunyai kuasa yang membolehkan nya memasuki minda dan mimpi seseorang. Mikhail juga tahu, dia juga mempunyai kebolehan istimewa tetapi tidak diberitahu oleh abang-abangnya kerana mereka merasakan Mikhail belum bersedia untuk mengawalnya. "Ya, kenapa? Semuanya ada kena mengena dengan hal ni ke?" tanya Mikhail. "dah tiba masanya, abang ceritakan semuanya pada kamu" kata Qimi dengan nafas yang berat.
YOU ARE READING
Kuasa
ActionOld story, that i change from fanfic to my original story. Actually fanfic tu just pinjam nama so still original story. Some might dah baca story ni under my sister name (as fanfic), so this my first and original story. Kisah 7 beradik istimewa ya...