"Mama, jom lah makan" kata Ayuna manja. "jom" jawab mama. Semua sudah menunggu di ruang makan. Mama tersenyum melihat telatah anak-anaknya yang seramai 6 orang itu dan tak lama lagi seorang lagi akan menyertai keluarga besar mereka. Mama mengusap lembut perutnya. "Mama, adik saya nanti lelaki ke perempuan?" tanya Ayuna sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya. "kamu nak lelaki ke perempuan?" tanya mama kembali kepada Ayuna. "lelaki" jawab Ayuna ringkas sambil tersenyum. "kenapa?" tanya Mama. "supaya saya sorang je jadi puteri mama", jawab Ayuna sambil berlagak comel. Malam itu, setelah menidurkan Ayuna. Mama memanggil Qimi, Nequ dan Danny. "kamu tahu apa yang akan terjadi lepas ni" tanya Mama kepada ketiga-tiga anaknya.
"Mama, tak boleh ke. Mama tak lahirkan dia?" soal Nequ. "betul tu, tak cukup ke dengan kami semua?" Danny pula bersuara. "kamu semua tak ingat ke apa yang papa kamu cakap sebelum dia hilang" tanya Mama. Ketiga-tiga mereka teringat papa mereka berkata. "kita mestilah melindungi semua nyawa yang ada walaupun kita tak suka pada mereka, itulah gunanya kuasa yang dianugerahkan kepada kamu semua" mata mereka mula berkaca. "apa ni, anak-anak mama yang berani. Mana boleh nangis" tegur mama lembut sambil memeluk mereka.
Keesokan harinya, mereka bersiap-siap untuk ke suatu destinasi. Raid, Riz dan Ayuna tidak mengetahui apa yang akan terjadi. Mereka menyangka, mereka akan keluar berjalan-jalan. "kenapa kita menuju ke hutan?" tanya Raid yang agak kebingungan. "kamu tengoklah nanti" balas Qimi pada adiknya. Kereta yang dipandu tadi akhirnya berhenti di destinasi yang dituju iaitu di sebuah gua. Gua itu bercahaya dengan nyalaan cahaya lilin, terdapat beberapa orang perempuan tua dan beberapa orang lelaki yang memakai baju jubah berwarna hitam sedang menunggu mereka. Mereka masuk ke dalam gua itu dan kelihatan sebuah bulatan yang dilukis menggunakan darah. Di sekelilingnya terdapat terdapat 7 batang lilin. "apa yang mama nak buat ni?" tanya Ayuna. Mukanya berubah risau. "adik kamu nak lahir" balasnya ringkas. "mengapa kita tak pergi hospital je?" giliran Riz pula bertanya. "adik kamu istimewa" kata mama.
Mama berdiri di dalam bulatan itu dan seramai tujuh orang perempuan tua yang berbaju jubah itu berdiri mengelilingi mama. Mereka membaca mantera menggunakan bahasa lama yang tidak diketahui mereka. Tiba-tiba Ayuna berlari kearah mama. Dia sudah mengetahui apa yang bakal terjadi seterusnya, selepas membaca fikiran mama. Ayuna tahu mamanya akan mati selepas melahirkan adiknya itu. Ayuna memanggil mama sambil menangis. Danny segera memeluk Ayuna untuk menenangkannya, sayu hati seorang abang melihat adiknya meronta-ronta memanggil mamanya.
Mama memanggil Qimi. "kamu dah tahu apa yang kamu harus lakukan?'tanya Mama. Qimi mengangguk perlahan. Kemudian dia mengarahkan Nequ supaya melakukan tugasnya. "Raid boleh kamu buat medan kuasa di sekeliling kita tak?" tanya Nequ kepada adiknya. Raid yang masih kebingungan melihat Ayuna tiba-tiba menangis, segera membuat medan kuasa di sekeliling mereka. Cahaya berwarna biru muncul di sekeliling mereka. Upacara di mulakan, mantera dibaca dan angin bertiup kencang, tidak lama kemudian kedengaran suara tangisan bayi bersama-sama cahaya oren yang sangat terang. Mereka yang berada di dalam medan kuasa yang dibuat oleh Raid dapat melihat seorang demi seorang perempuan yang berpakaian jubah hitam itu tumbang. Mereka juga dapat merasakan satu tenaga yg sangat kuat, mereka mengagak kuasa itu datangnya daripada bayi yang di dalam pelukan Qimi itu. Danny semakin kuat pegangannya pada Ayuna apabila adiknya meronta-ronta memanggil mamanya.
Di tengah bulatan kedengaran Qimi mengerang kesakitan. Badan adiknya sangat panas seperti lahar gunung berapi tetapi bagi menghalang kuasa adiknya membunuh dirinya sendiri, dia harus mengawal kuasa adiknya pada masa yg sama menenangkannya. Beberapa minit kemudian cahaya terang itu hilang dan Qimi meletakkan adiknya yang sudah terlena ke lantai gua. Tidak lama kemudian, Qimi jatuh disebelah adiknya itu. Danny mengarahkan Raid meleraikan medan kuasanya dan Raid pengsan kerana telah terlalu banyak menggunakan kuasanya. Ayuna dan Riz segera mendapatkan Mama, mereka mula menangis .Nequ dan Danny pula mendapatkan Qimi dan adik mereka. Danny segera menggendong adiknya manakala Nequ memeriksa keadaan Qimi.
Kelihatan kesan terbakar yang teruk di badan Qimi, pada ketika itu Qimi sudah pun mati. "Kamu semua mari sini" panggil mama lemah. Danny segera menyerahkan adiknya yang lena kepada mama. "Ayuna, dia lelaki la, kamu nak adik lelaki kan, kenapa ni janganlah nangis,dah tak cantik dah puteri mama sorang ni" kata Mama lembut pada Ayuna. "Mama bagi nama dia Mikhail macam mana, kamu semua suka tak?" tiada yg menjawab, mereka semua mengangguk dengan mata berkaca. Qimi yang sudah mati tadi hidup kembali tetapi dia kehilangan satu daripada tiga nyawanya. Dia yang masih lemah cuba bangun. Dia yang dibantu oleh Danny bangun mendekati Mama. "tolong jagakan mereka ya?" kata Mama pada Qimi. "baiklah" jawab Qimi lemah. Seketika kemudian, mama yang mereka amatlah sayang telah pergi buat selama-lamanya.
YOU ARE READING
Kuasa
ActionOld story, that i change from fanfic to my original story. Actually fanfic tu just pinjam nama so still original story. Some might dah baca story ni under my sister name (as fanfic), so this my first and original story. Kisah 7 beradik istimewa ya...