Kau pernah berkata,
Bahawa kau akan sentiasa,
Bersama aku selamanya,
Meski ombak dan ribut melandaNamun mengapa,
Segala bait bicara yg kau kata,
Konon sahabat hingga syurga,
Hanyalah dusta,
Omong kosong belakaBaik kau berwaspada,
Sebelum berkata-kata,
Baik kau berhati-hati,
Sebelum berjanji,
Kelak memakan diri,
Sahabat sejati,
Boleh menjadi musuh tradisi,
Buruk padahnya nanti.
YOU ARE READING
PUISI KEJAM
PoetryPuisi ini, Jika diungkapkan bersemuka, Akan menjadi luka, Tajamnya membelah hati dan jiwa.