Ep 1

44 2 0
                                    

Seorang wanita pertengahan umur 20-an sedang bercakap ditelefon dengan seseorang.

"dae..arasso..saya tahu nanti saya buat semula kerja tu..arasseo..kamsahamnida"kata perempuan itu meletakkan telefon.

"Jae In,buat kerja tu..buat kerja ni...huh!!stresss!!!"kata perempuan yang bernama Jae In yang menghempaskan kepalanya di sofa.Dia mengambil alat kawalan televisyen di atas meja lalu,menekannya.

"Stress..dengan boss aku!!sikit sikit bebel..sikit sikit bebel..dah macam mak nenek aku tengok"bebel Jae in lagi menekan nekan saluran televisyen dengan kasar.

Tiada satu pun saluran channel yang menarik perhatiannya.Dia membaling alat kawalannya kasar dipermaidani.
Alat kawalannya menekan sendiri saluran 770.Keluarlah kartun arnab sedang mengiklankan sesuatu di dalam saluran 770.

"Pelik..aku mana ada saluran 770"desis hati Jae In.

Jae in membetulkan posisi duduknya di sofa dengan matanya sedikit pun tidak beralih melihat iklan yang tertera.

"anda stress dengan kerja rumah bertimbun?kerja pejabat yang tidak pernah habis?Jadi anda datang ke saluran yang betul.

Hotel kilem akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan harga serendah 50 won.
Hotel kilem dilengkapi dengan berbagai kemudahan untuk para pelanggan kami seperti rawatan spa,urutan badan,aromaterapi yang dapat membantu anda menghilangkan tekanan.Bagi memuaskan pengunjung kami, juadah mewah dan menyedapkan akan disediakan oleh chef kami yang bertaraf antarabangsa.

Tidak percaya?Anda boleh layari laman web kami di http://kilemcountless.com.

Hotel kami dibuka daripada 7pagi-7malam untuk pendaftaran.Untuk menempah sila layari laman web kami,http://kilemcountless.com atau boleh menghubungi kami di talian 07-xxxxxxx".kata kartun arnab di dalam televisyen.

"Hotel kilem pilihan terbaik masa kini".bunyi suara latar.

Jae In terus menutup televisyennya.Dia mengambil telefonnya dan melayari laman web seperti yang tertera di dalam iklan tadi.Keluarlah laman web yang menujukkan hotel yang cantik dan mewah.Jae in terus melihat review yang diberikan pelanggan di situ.

Hotel yang terbaik!!!-unknown

Mesti cuba!!Kalau tak cuba rugi...!!-edwardkim

I tak pernah jumpa hotel yang murah dan bagus macam ni-CatellinaLim

"hmm..hotel ni nampak macam bagus"kata Jae In terus menscroll muka depan telefonnya."rasanya satu hari cuti tak ada masalah untuk hilangkan tekanan"kata Jae In kepada dirinya sendiri.Dia mula mendail satu nombor.

"umm..hello..saya nak tempah penginapan di hotel kilem satu malam"kata Jae In kepada orang yang dihubunginya.

~~~~
Di sebuah pangsapuri di tengah kota juga terdapat seseorang lelaki yang turut melihat iklan yang sama.

"Sayang,apa kata kita pergi bercuti?"soal seorang lelaki yang bernama kim jin wo kepada kekasihnya.

"bercuti dekat mana?"soal seorang perempuan bernama Minhee yang baru keluar daripada dapur.

"kita bercuti dekat..."kata jin wo sengaja membuatkan kekasihnya tertunggu tunggu.

"bercuti dekat mana?Cepatlah"kata Minhee yang mula hilang sabar.

"hotel kilem"kata jin woo menarik Minhee duduk.

"hotel apa tu?Tak pernah dengar pun..mesti hotel biasa...tak naklah~~~tak grand.."kata Minhee memasamkan mukanya.Jin Woo terus memujuk Minhee dengan menunjukkan laman web hotel tersebut.

"cuba tengok ni...sayang boleh buat spa,aromaterapi...tengok hotel dia cantiklah"kata Jin Woo meyakinkan Minhee.Minhee daripada bermasam muka terus tersenyum.

"dah tempah belum?soal Minhee.Jin Woo menggelengkan kepalanya."ppali!!tempah sekarang...nanti tak ada tempat."kata Minhee menggoncangkan tubuh Jin Woo berkali kali.

"ye sayang..sekarang juga i call"kata Jin Woo mengalah.

Setelah selesai Jin Woo menyelesaikan panggilannya,Min Hee menarik tangannya."kenapa?"soal Jin Woo yang pelik dengan sikap Minhee yang berubah ubah.

"Shopping~~~~"kata Minhee tersenyum manis.Jin Woo hanya mengeluh.

~~~~~~~~
Di sebuah kawasan terpencil jauh daripada kota terdapat sebuah bangunan tersergam indah di tengah padang.Seorang pekerja lelaki yang bernama ha neul menelefon seseorang."bos persiapan kita dah siap"kata Ha neul tersenyum penuh makna."hmm..dae..saya akan bagitahu kepada pekerja yang lain"kata Ha neul menamatkan penggilannya.

Ha neul menyusun langkahnya kembali memasuki bangunan yang dinamakan hotel kilem."Semua bersiap sedia,kita akan menerima tetamu bermula pada pukul 7 pagi esok.Ingat,layan tetamu kita sebaiknya.Kita bagi mereka memori yang tak dapat mereka lupakan sehingga mati."kata Ha neul tersenyum kepada pekerja yang lain.

"Dae~~~!!"kata pekerja di situ serentak.

~~~~
Keesokannya,sebuah kenderaan memarkir kereta berdekatan kawasan hotel kilem.Seorang lelaki lengkap berpakaian suit keluar daripada kereta dan mengambil bagasinya daripada bonet.Telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk,dia terus mengangkatnya.

"nae,appa..dah sampai dah..nae..Buat masa ni rupa hotel ni mampu menjamin pelaburan kita..what?no..!.Biar saya siasat lebih lanjut..nae..annyeong .."kata lelaki yang bernama Jung Sung mematikan panggilannya.Dia mendengus sambil menarik bagasinya.

"appa sekarang ni dah makin tua..buat keputusan pun terburu buru...macam manalah syarikat nanti..haish..."desis hati Jung Sung.

Jung Sung terus melangkah masuk ke dalam perkarangan hotel kilem.Dia menuju ke tempat pendaftaran."Selamat Datang ke hotel kilem,pilihan terbaik masa kini.Encik dah daftar?"soal seorang pekerja wanita di kaunter pendaftaran.

"Jung Sung In"kata Jung Sung menghulurkan kad pengenalannya,tidak menjawab pertanyaan wanita di kaunter itu.Wanita itu terus menaip nama Jung Sung.Tidak lama kemudian,wanita itu memulangkan kembali kad Jung Sung .

"Encik Jung Sung akan menginap di bilik 53, bilik premium di tingkat 6 untuk dua malam"kata wanita itu menghulurkan kad dan pamplet hotel kepada Jung Sung."terima kasih kerana menginap di hotel kilem"kata wanita itu memberikan senyuman kepada Jung Sung.Jung Sung terus mengambil kad dan pamplet.Tanpa mengucapkan terima kasih atau senyuman dia berlalu pergi daripada situ.

~~~~
"nampaknya ramai pelanggan yang datang seperti yang dirancang bos"kata seorang pekerja janitor hotel di situ."Bila rancangan boleh dimulakan?soal pekerja janitor kepada rakannya.

"kita tunggu arahan bos seterusnya"jawab salah seorang pekerja di situ.

"tak sabar tunggu waktu tu tiba"bisik pekerja janitor kepada rakannya memberikan senyuman penuh makna.Rakannya juga memberikan senyuman yang sama.

~~~~
Di ruang utama hotel ,terdapat sebuah keluarga yang sedang berjalan beriringan."appa..appa..cantikkan hotel ni.."soal seorang budak perempuan bernama Asui kepada bapanya.

"ya..tempat dia memang cantik"jawab seorang lelaki bernama Xio Rei kepada anaknya.Tangan kecil Asui memegang tangan bapanya.Dia memandang wajah Xio Rei.

"appa...kenapa omma tak ikut kita sekali?"soal Asui dengan penuh harapan.Terkedu bapanya apabila mendapat soalan sebegitu oleh anaknya.

"umm..kamu lupa omma dah lama tinggalkan kita?"soal Xio Rei cuba tersenyum kepada anaknya.Anaknya mengangguk.

"omma pergi mana?"soal Asui tidak memahami.Mata Xio Rei berkaca"omma pergi ke tempat yang sangat jauh"kata Xio Rei lalu mendukung anaknya dibelakang."jom kita berseronok!!"kata Xio Rei menukar topik.Asui hanya ketawa gembira apabila diangkat bapanya.

"Jommm~~~"kata Asui bersemangat.

Hotel Kilem ( Under Maintenance )Where stories live. Discover now