Ep 2

24 1 2
                                    

"dekat mana hotel ni?"kata Jae In melihat gpsnya.

"Sila jalan terus"suara daripada navigasi gpsnya.Dia terus memandu mengikut arah yang diberikan gpsnya sehingga sampai ke satu tempat lapang yang dikelilingi hutan."sila pusing ke kiri"arah suara navigasinya lagi.

"senyaplah"kata Jae In menutup navigasinya."lembap punya gps..ni semua kawasan hutan..mana ada hotel dekat sini"bebel Jae In.

"macam mana ni..aku dah sesat.."keluh Jae In melihat sekelilingnya."Balik jer lah"kata Jae In berputus asa.Dia menghidupkan kembali gpsnya dan reset kembali perjalanan ke arah rumahnya.

"bateri lemah..bateri lemah..."kata suara gpsnya.Jae In terus menepuk sterengnya kegeraman.Dia mula mencari cas gpsnya."bateri lemah...".suara navigasinya tertutup sendiri.

"mana ni cas gps lembap tu"bebel Jae In mencari di dalam begnya.Setelah 5 minit mencari dia masih lagi tidak menjumpai.

"matilah!aku tak bawa cas tu!!.."keluh Jae in."nak telefon minta tolong siapa eh?...."fikir Jae In.Dia melihat telefonnya,kawasan hutan itu tiada line.Sekali lagi Jae In mengeluh sendiri.

Jae In meneruskan pemanduan tanpa mengetahui hala tujunya.Dia memberhentikan keretanya di suatu tempat yang lapang.Dia melihat sekeliling kawasan itu.Terdapat satu bangunan tersergam indah di hadapannya iaitu hotel kilem.Jae In tersenyum sendiri.

"Akhirnyaa!!"jerit kecil Jae In kegembiraan."sayang kau,gps!.."kata Jae In mencium gpsnya.

  ~~~~
"oppa bawa barang ni sekali"kata Minhee menghulurkan barangnya kepada jin woo yang sedang mengangkat dua buah beg di kiri dan kanannya.

"ya!"kata jin woo mengambil satu lagi beg ditangan Minhee.Manakala Minhee hanya membawa beg tangannya dan memegang plastik yang berisi makanan.

Dengan kasut bertumit tinggi,berkaca mata hitam dan topi pantai di kepalanya,Minhee berjalan ke depan dengan penuh gaya meninggalkan kekasihnya menuju ke kaunter pendaftaran hotel kilem.

"Tungguu~~"jerit Jin Woo yang agak ketinggalan di belakang.

   ~~~~
Jung Sung keluar daripada biliknya mengambil angin.Dia berjalan di sekitar hotel sambil mencatat sesuatu didalam telefonnya.

Dia melihat seorang lelaki 50-an bertengkar dengan pekerja hotel di meja pendaftaran."saya nak duit saya balik"kata seorang lelaki yang bernama Cho Hun.

"Encik Cho,tiada pulangan yang dapat kami beri.Tapi Encik boleh nyatakan apa masalah Encik hadapi dan kami akan cuba bantu".jawab pekerja perempuan di kaunter pendaftaran.

"air- cond saya tak berfungsi dengan baik"kata Cho Hun sambil menyilangkan tangannya di dada.Pekerja wanita itu terus menghubungi seseorang.

"nombor bilik encik berapa?"soal pekerja wanita itu lagi.

"23"kata Cho Hun.Pekerja wanita itu terus menyambung perbualannya.Jung Sung terus duduk di salah satu kerusi berdekatan bagi melihat cara hotel itu menguruskan masalah.

"Encik Cho,saya rasa air cond bilik encik tiada masalah.Encik hanya  salah tekan butang kawalannya" terang pekerja wanita itu dengan senyuman.

"Saya tak rasa bayaran 50 won berbaloi untuk perkhidmatan teruk ni.!"kata Cho Hun,berlalu pergi daripada situ dengan marah.

Jung Sung hanya menggelengkan kepalanya berkali kali.

"haishh..ada juga pelanggan macam ni.."desis hati Jung Sung.
  
    ~~~~
Sebuah van yang dinaiki oleh dua orang lelaki menuju ke arah hotel kilem.

"betul ker kau nak pergi hotel ni??!"soal seorang lelaki yang bernama jong hwan kepada rakannya yang sedang memandu.

"betullah..aku nak pergi berseronok kat sana."kata seorang lelaki yang bernama Tae yong yang sedang memandu.Dia memandang jong hwan sekilas."Kau jangan risaulah,aku tak buat hal kat sana"kata Tae Yong mengalihkan pandangannya di jalan raya."Lagipun aku tak adalah bodoh sangat untuk masuk penjara kali kedua."kata Tae Yong lagi.

"macam mana kalau pihak hotel tu cek maklumat diri kau?"soal Jong Hwan masih lagi dalam keadaan ragu.Tae Yong tersenyum seperti sudah mengagak soalan itu akan ditanya.

"Tenanglah,aku dah sedia benda ni awal awal..aku buat kad pengenalan dan identiti baru untuk diri aku.Jadi susahlah diorang nak cam aku."kata Tae Yong menunjukkan kad pengenalan barunya kearah Jong Hwan."mulai sekarang panggil aku Jong Mi Soo...aku adalah abang kau sekarang.."kata Tae Yong tersengih.

"adik beradik kau kata?Muka kita langsung tak sama..Lagipun kalau kita adik beradik mestilah aku lagi hensem"seloroh Jong Hwan tersengih seperti kerang busuk.

"Jong Hwan kaulah adik yang paling teruk dalam dunia~~"kata Tae Yong tertawa kecil.Jong hwan turut tertawa.

  ~~~~
"Nampaknya rancangan kita akan dijalankan malam ni..jadi semua diminta bersedia dengan tugas yang diberikan"kata Ha Neul kepada pekerja yang lain."ingat,kalau kita silap sikit jer pelanggan akan balik dengan perasaan hampa."kata Ha Neul lagi."Kita tak nak,pelanggan balik dan keadaan hampa kan?"soal Ha neul kepada semua pekerja di satu bilik tertutup.

~~~~
Rei berjalan menuju ke restoran hotel  bersama anaknya.Kelihatan pelanggan lain juga turut berada di restoran untuk makan malam.
Rei mengambil tempat duduk di tengah restoran.

"Asui nak makan apa?"soal Rei kepada anaknya yang tengah bermain telefon.
Asui tidak menjawab sebaliknya masih bermain games di telefon.Rei mengambil telefon di tangan anaknya.

"appa~~"kata Asui sedikit merengek.Rei hanya menunjukkan muka tidak bersalah.Tidak lama kemudian seorang waiter sampai mengambil pesanan.Setelah membuat pesanan untuk dirinya dia beralih kepada anaknya.Asui memuncungkan mulutnya.

"asui makanlah~~"pujuk Rei.

"Tak naklah appa..semua makanan orang dewasa kat sini..asui tak suka."  kata Asui. Rei mendapat idea lalu memesan sesuatu untuk anaknya.

Waiter itu meminta diri dan beralih kepada pelanggan seterusnya iaitu Jin Woo dan Min Hee.Setelah selesai membuat pesanan,Min Hee sibuk membetulkan makeupnya manakala Jin Woo mengeluarkan telefonnya.

"Mana wifi ni?"soal Jin Woo sendiri.

   ~~~~
"Persiapan kita dah siap"kata salah seorang pekerja kepada Ha Neul.     

"Baiklah mulakan sekarang"kata Ha neul lalu beredar ke ruang utama hotel.Pekerja di situ terus naik ke atas pentas dihadapan restoran membuat persembahan silap mata.

   ~~~~
"hmm..appa janji eh..lepas asui makan,appa bagi balik telefon"kata Asui menghulurkan jari kelingkingnya sementara matanya masih lagi melihat persembahan silap mata.

"janji!"kata Rei mengikat jari kelingking dengan anaknya.

Tidak lama kemudian makanan sampai.Mata Asui terus membesar apabila melihat makanan yang terhidang.Sundae strawberi dan bermacam makanan manis kesukaannya terhidang dihadapan mata.Rei tersenyum melihat tingkah anaknya."gumawo appa"kat Asui tersenyum manis.

"Tak ada apalah sayang..lagipun kita datang sinikan untuk berseronok"kata Rei tersenyum ke arah anaknya.

  ~~~~
"Maafkan hotel kami seperti yang dijanji, pengunjung sepatutnya dapat mengakses kemudahan percuma internet di sini tetapi terdapat sedikit masalah teknikal".kata seorang lelaki bertopeng putih di atas pentas restoran.

"hotel lembap"bisik Cho Hun daripada tempat duduk yang agak jauh.

"Tetapi pihak hotel sudah perbaiki masalah ini.Jadi anda kini boleh menggunakan internet kami tanpa ada masalah.Segala ralat harap dimaafkan"sambung lelaki bertopeng putih.

Kelihatan semua pengunjung di restoran mengeluarkan telefon masing masing membuka wifi.Ternyata seperti yang dikata wifi hotel boleh digunakan.

"appa ni aplikasi apa?"soal Asui yang baru sahaja mendapat telefon daripada ayahnya.

"biar appa tengok"kata Rei membuka aplikasi the game.

Hotel Kilem ( Under Maintenance )Where stories live. Discover now