Ep 3

25 1 1
                                    

Jin Woo dan Minhee membuka aplikasi baru yang muncul di telefon mereka.

"Selamat Datang ke aplikasi the game.Segalanya bermula di sini.."kata pemain telefon.Jin Woo menekan butang back,tetapi pemainnya terus bercakap.

"Cara bermain sangat mudah..Anda hanya perlu membunuh sebanyak yang boleh sehingga hanya anda seorang yang hidup..atau..anda boleh mencari kunci untuk lepaskan diri..Klue akan diberikan di tempat tempat tertentu..Jika anda berjaya menjadi orang terakhir hidup atau berjaya lepaskan diri..anda dikira sebagai pemenang..Hadiah wang bernilai 100  juta won menjadi milik anda."sambung pemain telefon Jin Woo dan Min Hee.

~~~~
Kelihatan pengunjung lain juga mendapat aplikasi yang sama.

"ouh game jer"kata Jung Sung menekan butang start.

"Yosh..macam best jer game ni.."kata Jae In turut menekan butang start di telefonnya.

"alangkah bagusnya kalau ni game betul..kaya kita kalau menang"kata Tae Yong tertawa kecil.Jong hwan memandang rakannya tajam."apa?kau tak fikir macam tu?"soal Tae Yong menekan butang start di aplikasi telefonnya.Jong Hwan menggeleng kepalanya.

"Kalau ni aplikasi betul,kita kena membunuh orang jawabnya"kata Jong Hwan.Tae Yong menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"betul juga cakap kau..aku tak nak terlibat dengan benda benda macam tu lagi"bisik Tae Yong.

  ~~~~
"Let's the game begin"kata lelaki bertopeng putih.Dia memusingkan roda wheels.Tidak lama kemudian roda wheels berhenti di tempat kuning.

Dia mengambil kertas kuning di dalam kotak dan membacanya."oops..daisy..nampaknya beberapa pengunjung kita yang kurang bertuah telah keracunan makanan"kata lelaki bertopeng putih tersenyum.

Beberapa pelanggan di situ tiba tiba terjatuh sendiri.Apabila melihat kejadian itu,Rei terus menolak makanan yang baru ingin disuap anaknya ke dalam mulut.

"appa~~"jerit Asui tidak berpuas hati.Rei tidak menjawab,mukanya nampak pucat.Dia menarik anaknya pergi daripada restoran tersebut.

Pelanggan yang lain masih lagi duduk di tempat masing masing.Mereka menyangka itu persembahan yang dirancang hotel itu dengan beberapa orang pengunjung.Lelaki bertopeng itu terus memusingkan roda wheels lagi.Dia melakukan perkara yang sama,kali ini warna yang keluar adalah hijau."ahh..nampaknya anda akan dikejar oleh pembunuh upahan"kata lelaki bertopeng putih.Keluar beberapa orang lelaki berpakaian hitam berjalan perlahan ke arah pengunjung.

Pengunjung di situ mengeluarkan telefon mengambil gambar.Ada yang berselfie dengan membuat riak wajah ketakutan.

"hotel ni patut perbaiki lagi cara persembahan mereka"desis hati Jung Sung.

Jung Sung bangun berjalan kearah seorang lelaki yang jatuh tadi."oii..bangunlah..semua orang tahu ni cuma lakonan korang"kata Jung Sung menggerak badan lelaki tersebut.Lelaki yang didekatinya sikit pun tidak bergerak.Jung Sung memeriksa nadi lelaki itu.Mukanya pucat apabila mendapati tiada denyutan nadi.Jantung Jung Sung berdegup laju apabila mendapati lelaki itu tidak lagi bernafas.

"lelaki ni dah mati!!"kata hati Jung Sung.

Jung Sung memandang sekeliling restoran.Pengunjung lain tidak sedar lagi yang mereka berada dalam bahaya.Mereka asyik mengambil gambar sedangkan lelaki berpakaian hitam itu akan membunuh mereka tidak lama lagi.Jung Sung menarik tangan pengunjung berdekatannya untuk berlari bersama.

"apa yang kau buat ni"marah Jae In apabila tangannya ditarik kasar oleh Jung Sung semasa dia sedang sibuk melihat persembahan hotel.

"Diamlah"kata Jung Sung terus menarik tangan Jae In.Jae In cuba untuk melepaskan diri tetapi tangan Jung Sung lebih kuat daripadanya.Jung Sung terus menarik sehingga mereka jauh daripada restoran.

"bang..bang..bang.."kedengaran buyi daripada restoran diikuti dengan jeritan pengunjung di situ.

"bunyi apa tu?"soal Jae In.

  ~~~~
Minhee bangun daripada tempatnya."sayang,nak pergi mana?"soal Jin Woo kepada kekasihnya.

"I nak pergi tandas..nak betulkan makeup.Kenapa? ada masalah?"soal Minhee kebosanan dengan sikap kekasihnya.

"oppa nak ikut sekali"kata Jin woo turut bangun.Dia berasa tidak sedap hati dengan aplikasi telefonnya.

"Suka hatilah"kata Minhee berjalan  ke arah pintu keluar restoran.Tiba tiba dia terdengar bunyi yang membingitkan telinganya.

"bang..bang..bang.."kedengaran bunyi tembakan dilepaskan kepada beberapa orang pengunjung.MinHee memusingkan kepalanya memandang belakang.Darah terpercik di mukanya.Dia menjerit ketakutan apabila melihat seorang pengunjung mati ditembak di kepala.Mata pengunjung yang mati itu jelas ketakutan.Jin Woo terus menarik Minhee berlari keluar daripada situ.Pengunjung yang lain juga mula menyedari mereka dalam bahaya,mereka turut berlari keluar.

"a..apa y..yang berlaku?"soal Minhee hampir menangis.Tidak sempat Jin Woo menjawab suara daripada  speaker kedengaran.

"Mulalah berlari..Jangan risau semua akan dibunuh sebentaaar lagi..cctv ada disemua tempat...jadi cubalah lari kalau boleh.."kata lelaki bertopeng putih melalui speaker.

Kelihatan ruang utama sudah kosong tiada lagi pekerja.Beberapa orang pengunjung cuba membuka pintu hotel untuk keluar tetapi usaha mereka tidak membuahkan hasil.

"Kami mencariii"kata suara daripada speaker."Oops..mungkin ada yang belum jelas dengan permainan ni..biar kami jelaskan..Bunuh seberapa banyak orang yang boleh..sehingga kamu yang tinggal..atau...kamu boleh mula dengan mencari klue untuk melepaskan diri daripada sini..Tapi...tak seronoklah kan tanpa pembunuhan..apa apa pun..ganjaran bagi yang berjaya ialah 100 juta won..jadi mula membunuh..okey?"kata suara daripada speaker.
 
  ~~~~
"damn..!"jerit Jae In apabila mendengar pengumuman tersebut.Dia memandang  Jung Sung yang masih lagi berjalan ke hulu hilir memikirkan rancangan.Dia mengeluarkan telefon cuba meminta bantuan.

"Tak payah call..memang tak boleh..aku dah cek tadi"kata Jung Sung seperti berputus asa.Jae In tetap meneruskan niatnya untuk menghubungi seseorang.Malangnya kawasan hutan itu tiada line.Wifi hotel itu juga tidak dapat dibuka.Jae In terduduk sendiri.

"Aku rindu bebelan bos..menyesal ambil cuti kalau tahu benda ni akan terjadi..aku sanggup kerja 24 jam.."desis hati Jae In.

Jae In dan Jung Sung kini berada di tangga tingkat ketiga di mana cctv tidak kelihatan.

  ~~~~
Lelaki bertopeng putih mula memutarkan lagi roda wheels..kali ini warna yang keluar adalah hitam..Dia mencabut satu kertas hitam di dalam kotak."okie dokie..nampaknya kita semua akan bergelap selama 10 minit... sementara tu pembunuh mencari kamu semua..jadi good luck mungkin?"kata suara speaker.

Kedengaran suara suara menjerit, merayu,meminta simpati."to..tolonglah jangan b..bunuh s..saya.."kata seorang wanita bernama Park Min Su."S.s..saya sang..gup bagi ap..a s..saja a..wak nak.."kata Min Su mengundur dirinya ke belakang
sedikit demi sedikit menyedari seseorang berada dihadapannya.

"betul..awak nak bagi apa yang saya nak?"soal seorang lelaki bernama Ji Young yang tidak kelihatan disebabkan gelap.Min Su tidak menjawab sebaliknya hanya  mengangguk.

Min Su tahu yang lelaki itu tidak dapat melihat dia,tetapi dia tidak mahu mengambil risiko menyerahkan nyawanya dengan cuba melarikan diri,sedangkan Min Su sendiri tidak tahu bilangan pembunuh yang mengelilingi dia.

"kalau camtu aku nak nyawa kau"kata Ji Young lalu mengelar leher Min Su sepantas kilat menggunakan pisau."ermm..satu dah mati..tinggal lagi berapa eh?"soal Ji Young sendiri."100 juta Won milik aku"kata Ji Young tersenyum sendiri menjilat  pisau di tangannya.

Hotel Kilem ( Under Maintenance )Where stories live. Discover now