40°

3.8K 340 38
                                        

"Omma! Jimin dah balik" Aku tersenyum melihat susuk tubuh Jimin di depan pintu.

Aku mendekatinya dan mencium kedua belah pipinya.

"Omma , Jimin bawak kawan. Nama dia Jungkook" Jimin yang sudah berusia 14 tahun itu menunding jari pada halaman rumah.

"Mana?" Aku tercari-cari. Hakikatnya aku sudah terkejut mendengar nama Jungkook.

"Yah Jungkook! Masuklah omma aku tak makan oranglah!" Jerit Jimin.

Akhirnya dia muncul. Jungkook.

Aku tergamam. Perlahan aku mendekati dia. Kedua belah pipinya aku pegang.

Aku tersenyum. Air mataku menitis perlahan.

"Jungkook...." Tanpa aku sedar aku memeluk dia.

Muka dia. Sebijik macam Jeon Jungkook.

Jungkook , aku rindu kau.

"Omma , kenapa ni?" Jimin mendekati aku. Jungkook kelihatan terkejut dengan perbuatan aku.

"Muka dia macam Jeon Jungkook. Orang yang omma sayang sangat dulu. Dia yang dermakan jantung dia dekat omma" Sebakku datang lagi.

"Aunty , nama saya pun Jeon Jungkook. Jungkook yang aunty cerita tu abang tiri saya"

"Ap..apa?" Aku tergamam lagi. Dia pun Jeon Jungkook? Adik tiri Jungkook?

"Ayah saya , ayah Jungkook hyung jugak. Ayah saya kahwin lain dan dia namakan saya sempena nama Jungkook hyung yang dah meninggal 14 tahun lepas. Dia harap rindu dia pada Jungkook hyung berkurang"

"Tapi.. tak sangka pula muka saya sama dengan dia" Sambungnya lagi.

"Bo..boleh aunty peluk kamu lagi?" Tanyaku.

"Boleh. Saya tahu aunty rindu sangat Jungkook hyung" Jungkook tersenyum sehingga menampakkan gigi arnabnya.

"You look just like him" Kataku dalam tangisan.

"Yeom... kenapa...?" Yoongi juga terkejut melihat Jungkook.

"Dia... anak kita sekarang" Aku tersenyum sambil menggosok kepala Jungkook.

Yoongi tidak cakap banyak. Dia hanya tersenyum dan terus memeluk Jungkook dan Jimin.

"Anak appa..."

Yoongi juga rindukan kawan baik dia. Aku tahu..

Jungkook , kau lahir semula. Kau lahir semula sebagai anak aku. Terima kasih.

-END-

drunk "jeonjungkook"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang