"Apa? Kahwin dengan dia? Ish, tak mahu tak mahu!" Bising Dania menjawab pertanyaan dari abang-abangnya. Achik dan Angah dah garu kepala. Along buat tak peduli. Surat khabar diambil dan dia teruskan bacaan.
" Lah, kau bagilah dia peluang dulu dik. Wan tu budak baik. Achik memang suka sangat kalau dia jadi laki kau." Ujar Abag chiknya. Dania menjeling tajam.
" Ish, yang sibuk nak kahwinkan adik ni kenapa. Along, angah, achik pun tak kahwin lagi. Umur masing-masing dah terlebih cukup umur, tapi sibuk nak kahwinkan adik pula. Kenapa perlu dia. Ish….tak suka tak suka!" Jawabnya lagi. Kali ni bertambah dengan pakej muncung pula.
" Sebab dia je mampu tahan dengan kau…" Angah membalas. Namun dengan nada perlahan di sebelah Achik. Dania tidak dapat mendengar dengan jelas.
" Apa dia?" Tanyanya. Angah tak menjawab sebaliknya tersengih. Pada masa itu juga, kebetulan orang yang disebutkan mereka tadi sampai ke rumah.
" Ha, dik. Kau keluar sekarang. Kau jawab dengan wan tau. Dia yang beriya minta tolong Achik hari tu nak pikat kau balik!" Beriya Achik berkata. Sambil itu sempat dia menyeret Dania keluar bawa ke halaman di rumah di mana Izwan menanti di situ.
" Pikat balik? Ish, apa ni! Wei Achik!! Kenapa kau kunci pintu pula ni?!" Dia mengetuk pintu sekuat hati bila Achik mula berlari masuk semula ke dalam rumah. Di dalam Achik dan Angah dah ketawa. Along hanya mampu menggelengkan kepala. Gila betul adik-adik dia ni.
" Kau, apa kau cakap abang aku tu? Kau ni demam ke, tiba-tiba nak kahwin dengan aku. Aku tak pernah pun kenal kau." Dania berkata. Sambil itu sempat dia beri pandangan tajam pada lelaki tersebut. Wan tergelak.
" Amboi, cantik jelingan kau tu. Tajam betul." Guraunya. Dania membalas dengan menjengilkan mata.
" Betullah cakap abang kau tu. Aku nak merisik kau ni. Nak buat kau jadi bini aku, tak boleh?"
" Eh eh mamat ni, selamba dia je. Wei, kau cakap dengan aku, berapa lama kau dah kenal aku sampaikan kau boleh sesuka hati buat keputusan mendadak macam ni sekali?"
" Kalau aku cakap aku dah kenal kau lama macam mana?"
" Apa kau mengarut ni?" Soalnya dengan rasa hairan.
" Kau mesti ingat aku siapa kalau aku nyanyi lagu ni." Tiba-tiba Izwan berdehem. Dania menanti dengan sabar.
" Pen merah,
Pen biru,
Kalau you marah,
I still love you….. "Sebaik bait lagu itu dinyanyikan dengan gaya ala kanak-kanak menyanyi, buntang mata Dania memandang Wan di depan.
" Kau…kau Izwan.." Gagap dia bertanya. Izwan mengangguk.
" Tapi Izwan yang dulu, botak, gigi jongang…" Sempat dia mengutuk. Wan terus tersedak bila gadis itu selamba berkata begitu padanya.
" Kau ni Dania. Sempat lagi kau kutuk aku kan. Memanglah aku dulu lain. Budak sekolah, mana nak jaga imej." Balas Izwan. Dania terpana. Beberapa kali dia menggelengkan kepala. Sambil itu sempat dia mencubit pipinya.
Ya, dia tak bermimpi kali ini. Di depannya kini, Izwan yang dewasa sudah banyak berubah, dengan rambut stylo nya, dengan baju yang cukup kemas, dengan wajah yang kacak dan paling penting, gigi Izwan dah lawa.
Tidak lama kemudian, tanpa sedar Dania tersenyum. Tidak sangka, cinta pertamanya dulu kini datang kembali. Dahulu, 13 tahun lepas, dia tahu orang yang tak reti putus asa memberinya surat cinta dulu adalah Izwan.
Mulanya dia malas melayan, namun hampir setiap hari di sekolah dia asyik diganggu oleh budak tersebut, membuatkan hatinya mula tergerak untuk melayan kerenah Izwan walaupun kadang-kadang dia rasa jengkel dengan cara Izwan mengoratnya." Aku nak tanya kau ni, kenapa taktik kau dulu ngorat aku poyo gila. Bagi surat, tapi tak nak mengaku? Dah tu, pura-pura buat aku annoying setiap hari kan." Soalnya. Kali ini Izwan pula terkedu.
" kau tahu surat tu dari aku?" Soal Izwan kembali.
" Mestilah aku tahu. Tulisan paling buruk dalam kelas tu kau tahu tak. Tulisan cakar ayam." Balasnya sambil tergelak. Angah dan Achik yang mengintai disebalik cermin tersenyum. Along yang mulanya malas masuk campur turut join belakang mereka berdua untuk melihat reaksi adiknya.
" Dah tu kau nak tak? " Tiba-tiba Izwan bertanya.
" Nak apanya kau ni pun?!" Balas Dania terlupa sesuatu.
" Nak tak kahwin dengan aku?!" Soal Izwan. Walaupun takde gaya romantik dia melamar, Dania terasa jantungnya berdegup dengan kencang bila soalan itu diajukan padanya.
" Yela, yela. Aku nak. Puas?" Jawabnya sambil kontrol dengan sifat cool. Izwan mula melompat kegembiraan.
" Yahooo!!!!" Jeritnya.
" Woi! Diamlah sikit!! Dah lewat malam ni! Pergi baliklah tidur lagi bagus!" Tiba-tiba ada suara orang sebelah menjerit. Izwan terdiam. Begitu juga Dania.
" Tu lah kau, yang kau datang melamar aku lewat malam ni kenapa?! Tak boleh tunggu esok ke? Kan dua-dua dah kena." Perli Dania.
" Hehe, saja. Buang tebiat, dah lama sangat aku tunggu pun." Balasnya. Dania tersenyum lagi.Along, angah dan achik yang berada di dalam rumah nak mula buat aksi jamming gembira punya pasal sebab adik mereka sudah setuju untuk berkahwin dengan musuh lamanya dulu a.k.a first love lah katakan ( padahal dorang seronok sebab adik dorang dah tak duduk sekali dengan dorang lepasni xD )
--
--Done short story sayaa 😄 Thanks sudi tunggu . Pada yangg sudi baca , vote dan letak kan dekat library tu thankss sangat² !! 😊 Sayannggg korangg HAHAHAH 🙈😝 Sorry kalau penulisan agak serrr sikit . First time haa buat story HAHAHA 😁 okey byeee .
Salam sayang ,
Cikapplee__
YOU ARE READING
[C] Musuh Cinta
Fiksi Remaja[ Pemenang FabulousAward2017 Best TeenFiction ] Pen merah, Pen biru, Kalau you marah, I still love you..... Dania - Panas baran. Cantik, boyish. Cinta ? Memang takla . Izwan - Botak, gigi jongang! Musuh ketat Dania. Sering buli dania waktu di sekola...